Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Isnin, Januari 31, 2011
100 ciuman sayang.....
Selamat pagi semua....
Saya harap kekawan semua ceria dipagi Isnin ini..terutama sekali yang telah pun diberi cuti oleh kerajaan Malaysia...Selalunya dipagi-pagi isnin ni, bermacam-macam persepsi wajah yang ditonjolkan sebelum punch-card...ada yang gembira, ada yang tak tersenyum ( mungkin ada masalah kot ) ada yang berserabut je dan macam-macam lagi..
So dipagi yang ceria ini, saya nak kongsikan satu kisah yang pasti membuatkan anda tersenyum sendiri...Tapi kena baca sampai habislah yea...
Alkisah...
Seorang suami yang susah hati apabila syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar wang ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya dia mendapat satu idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya..
Isteriku sayang,
Maafkan abang sayang, bulan ini abang tidak dapat menghantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab busines abang merundum. Abang hanya mampu kirim 100 ciauman untuk sayang...
Yang menyintai sayang,
suamimu...
Seminggu kemudian , si suami telah menerima surat balasan dari isterinya...
Abang sayang,
Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Saya amat menghargainya.Untuk bulan ini, saya berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah laporan perbelanjaan saya..
Kedai runcit Pak Hashim sedia terima 2 ciuman sayang untuk beli 5liter minyak masak.
Tukang baiki paip sedia terima 4 ciuman sayang untuk baiki sinki bocor.
Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.
Linggam karpet tidak terima ciuman, tetapi mahu dibayar dengan benda lain terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan belanja.
Guru tuisyen Along sedia terima 3 ciuman. Guru angah terima 3 ciuman dan guru adik 12 ciuman ( sebab adik perlu diberikan banyak tumpuan)
Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman dengan wang sebanyak RM100..
Terima kasih abang diatas kiriman ciuman amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan juga tersangatlah mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak lagi ciuman untuk sayang.
Oh ya, sayang ada lagi baki ciuman sebanyak 56 kali... Abang rasa patutkah sayang tukar perabut baru ataupun simpan saja ciuman itu?
Daripada sayang abang,
Sayang....
p/s: Saja nak kongsi-kongsi... saya baca lama senyum pisang majalah mastika..
Wassalam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan