Khamis, Januari 13, 2011

Aduh penatnya menjadi seorang surirumah berkerjaya.....

Dulu, semasa saya tingkatan 1, saya dikehendaki mengisi 3 jenis cita-cita yang berlainan dalam borang maklumat pelajar. Semasa itu, saya seperti orang lain jugak, tidak tau apa yang diingini... So, saya letaklah nak jadi peguam sebagai pilihan pertama, guru sebagai pilihan kedua dan jika saya tidak mencapai apa yang saya cita-citakan itu jugak, maka pilihan terakhir saya ialah menjadi seorang jururawat... itu, cita-cita dahulu...sebenarnya saya sendiri pun tidak tau sama ada cita-cita saya itu akan tercapai ataupun tidak.. Semasa saya belajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok , Kedah pula...cita-cita saya tu dah jadi seperti angan-angan..Sebab saya mengambil kursus Pengurusan...Semua kursus itu, jauh daripada cita-cita asal saya...Apa yang saya tau, saya belajar untuk menghabiskan pengajian.. Selepas mendapat ijazah, saya mencari-cari apa yang saya kehendaki dalam hidup saya..sebenarnya apa yang saya mahu?.... Dan akhirnya saya mendapat pekerjaan sebagai kerani "ádmin" di sebuah kilang di Tampoi, Johor Bahru...walaupun saya lulusan universiti, tetapi itulah pekerjaan pertama saya untuk mencari pengalaman bekerja. Tidak sampai setahun bekerja, saya telah dinaikkan pangkat sebagai kerani gred A. Rezeki.... Tidak lama kemudia, saya berkahwin....... Bermulalah episod saya sebagai surirumah berkerjaya... Bukan saya mengeluh dan bukan saya menafikan....sebagai seorang surirumah berkerjaya sangat-sangatlah memenatkan.... Pergi pagi-pagi dan balik rumah petang-petang...itulah rutin saya setiap hari...biasalah kan bekerja di sektor perkilangan ..sudah tentu mengikut waktu pejabat... Akhirnya saya bertukar kerja dan menjadi pegawai personalia pula...ini bersesuaian dengan kursus yang saya ambil di UUM...saya ingatkan pekerjaan ini sesuai dengan saya, namun sebagai seorang pegawai ( orang kilang tidak panggil pegawai tapi officer...)di sebuah syarikat orang Singapura..cabaran nya memang tinggi...Dari asst. officer, saya dinaikkan pangkat menjadi officer...tidak lama kemudian saya dinaikkan pangkat menjadi senior officer... Seronok?...memanglah seronok.... pangkat semakin naik..... gaji pun semakin naik.... sampai saya gaji saya tidak layak untuk claim overtime.... Kerjanya??? cukup-cukup memenatkan... Penatnya menyebabkan saya berfikir semula tentang cita-cita saya menjadi seorang guru... Akhirnya, saya nekad untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan mengambil Diploma Pendidikan... Selama setahun belajar, maka saya akhirnya mencapai jua cita-cita saya yang menjadi pilihan kedua dulu... Saya ingatkan , apabila saya menjadi seorang guru, saya akan lebih relex.....perghhhhh..... Penat juga.... Penat-penat pun saya tetap menjadi seorang guru dan surirumah berkerjaya..... Sekarang saya baru tau, bahawa kerjaya seorang guru begitu mencabar sekali.....bukan seperti tanggapan masyarakat, bahawa kerjaya guru ini kerjaya yang mudah...kerja separuh hari sahaja.... Di masa sekarang, kerjaya seorang guru seperti orang yang bekerja di pejabat...Tetap balik lewat juga...kadang-kadang kerja tu sampai dibawa ke rumah....lebih memenatkan... Hanya jauhari yang mengenal manikam, begitu jugalah kerjaya guru ini, hanya guru sahaja yang memahaminya... Berbalik kepada surirumah bekerjaya....apabila saya pulang ke rumah semula, saya adalah seorang surirumah.....rutin saya seperti surirumah yang lain... memasak... mengemas.... mencuci pakaian... dan lain-lain lagi... Begitu memenatkan...kadang-kadang saya terfikir kenapa saya tidak menjadi seorang surirumah sepenuh masa sahaja...... Tapi kini saya pasrah....itulah pekerjaan yang saya ingin capai semasa saya di tingkatan 1 lagi....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sy jg guru. Mmg penat yg amat sangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...