Ahad, Januari 23, 2011

Galakan atau Gagalkan...

Berat... Berat... Kenapa ada orang yang suka menjatuhkan orang lain...kenapa ada orang yang tidak senang dengan kesungguhan seseorang dalam melakukan perubahan... Kesal saya dengan keadaan ini....walaupun berilmu, namun mereka masih tidak tau membezakan sama ada apa yang mereka ucapkan itu adalah galakan atau sengaja nak menggagalkan usaha seseorang itu... Sepatutnya mereka berbangga dengan pencapaian tersebut...bukan inginkan pujian , bukan inginkan sanjungan...tapi itulah sikap manusia... Irihati....cemburu....hasad dengki.. Dah macam makanan harian mereka.....apa sahaja yang ingin diutarakan mesti ada negatifnya... sikap inilah yang kerap menjatuhkan dan menggagalkan orang lain....lebih2 lagi kepada mereka yang baru nak berjaya... Saya bukan nak mengutarakan isu ini secara detail tetapi dalam konteks persekolahan....pelajar yang lemah akan ketinggalan sementara pelajar yang cemerlang diagung-agungkan.. Bagi saya sendiri, memanglah agak sukar untuk memahami pelajar-pelajar yang lemah IQnya...tetapi bila kita sudah mengalaminya....kita akan berusaha untuk membuatkan mereka berjaya... Selalunya, bagi pelajar-pelajar yang sebegini...mereka sentiasa dianaktirikan...dipinggirkan dalam semua aktiviti... dan pendapat mereka juga tidak diendahkan... Akan tetapi sebagai guru, sejauhmanakah yang kita dapat membantu mereka untuk berjaya??....jika mereka sendiri tidak mahu memperbaiki hidup mereka sendiri... kesabaran.... Perlu banyak bersabar...bagi yang memang hati mereka tertutup untuk belajar...biarkanlah mereka dengan citi-cita mereka..... p/s..semalam ketika sedang mengisi minyak di esso, terlihat kelibat bekas pelajar yang pernah duduk di kelas yang paling hujung....emmm SMART gila.... satu-satunya pelajar islam yang gagal dalam matapelajaran Pendidikan Islam dalam PMR 3 tahun dulu...nampak macam berjaya dengan kereta besarnya...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...