Rabu, Januari 19, 2011

Kisah Asyraf....

Inilah anak lelaki tunggal saya...Amirul Asyraf Bin Yusran...Saya dan anak-anak yang lain panggil dia Asyraf sahaja...kadang-kadang saya panggil dia abang jugak... Asyraf baru saja berumur 6 tahun..Ini adalah tahun ke-dua dia bersekolah di Tadika Suria Bestari, di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.. Anehnya tentang sikap asyraf ialah dia ni suka duduk di rumah...menonton tv saja...tidak suka pergi ke taska dan tadika...tahun lepas, saya terpaksa menarik2 dia masuk ke dalam kereta untuk pergi ke taska pada setiap pagi... Tahun ni pun sama jugak...saya dah risau bila sesi persekolahan sudah bermula...sebab asyraf selalu buat perangai...hari pertama persekolahan sahaja dia dah tak mau pergi ke sekolah...masuk hari ke dua , pun sama...masuk hari ke tiga..saya terpaksa buat deal ngn dia... Kalau asyraf tak nak pergi sekolah..nanti mak tutup astro....asyraf tak boleh tengok tv..lepas tu mak tak nak ambik asyraf kat tadika...biar asyraf duduk taska sampai petang... Pujuk punya pujuk...akhirnya dia pergi sekolah...tapi minggu pertama, saya terpaksa ambik dia...dah janjikan... Alhamdulillah..masuk minggu ke dua...asyraf dah tak merenggek...okey sahaja sekolah...malah saya dah tak ambik dia lagi...naik van pak cik senin aja... Rajin anak lelaki mak ni buat kerja sekolah.... Sekarang dia dah banyak berubah...rajin buat kerja sekolah...tapi hobi menonton tv tu masih tak berubah-ubah.. Lihatlah tulisan asyraf..dah semakin kemas dan cantik...walaupun baru masuk tadika... Harapan mak, agar asyraf cepat pandai dan berjaya di masa hadapan...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...