Khamis, Januari 20, 2011

Pasar Kemboja.....

Esok cuti Thaipusam....jatuh hari Khamis pula.... Masa yang sesuai untuk pergi ke Pasar Kemboja... Pasar Kemboja ni sangat terkenal di Johor Bahru...Selalunya saya pergi ke pasar kemboja di Ulu Tiram pada pagi Khamis..itu pun kalau jatuh pada hari cuti....Dari rumah saya ke pasar kemboja ni taklah lama sangat...hanya mengambil masa 15 minit sahaja... Kadang-kadang kalau mood baik dan cuti jugak, saya akan pergi ke pasar kemboja di Kota Tinggi pula...Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi tak jauh sangat...adalah memakan masa 30 minit perjalanan...akan tetapi pasar kembojanya hanya pada pagi jumaat sahaja... Pasar ni macam pasar pagi ditempat-tempat lain juga....ada menjual pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan basah....ada juga menjual barang kemas tiruan... Kalau kita pergi ke pasar kemboja di Ulu Tiram, pasar paginya terlalu luas....buat masa ni, saya belum lagi dapat meng"eksplore" pasar ni.....penat sangat-sangat.... selalunya saya pergi ke kedai-kedai yang penting-penting sahaja... Pasar kemboja ini selalunya dikunjungi ramai terutama sekali pengunjung dari luar Ulu Tiram...Kebanyakannya pengunjungnya adalah kaum hawa...sebab disinilah kita dapat membeli kain-kain dan baju-baju yang dijual oleh peniaga-peniaga berbangsa Kemboja pada harga borong...Sementara kain-kain yang dijual terutama kain ela, harganya sangat murah.... Selain kain-kain ela, terdapat juga baju-baju kurung "ready made" yang memang murah...kalau kita pandai tawar menawar, kita boleh dapat sehingga RM30.00 sepasang... Dahulu, saya pernah menjual kain-kain ela dengan guru-guru di sekolah lama saya....dan kain yang tidak terjual boleh di pulangkan semula kepada penjual dan ditukarkan dengan kain yang lain....Laku memanglah laku ..tetapi saya ni sebenarnya kurang ingin berniaga...so itulah sekali sahaja saya buat jualan....selebihnya saya malas.... Lagi pula, kalau dicongak-congak tentang kos pembeliaan baju dan upahnya...baiklah kita membeli kain di sini.. dengan kos kain cuma RM15.00 - RM20.00 dan upah menempah baju...kalau harga baju kurung, upahnya RM25.00 dan baju kurung pahang pula RM30.00....rasanya berbaloi pula..... Hujung cuti tahun lepas atau pada hari raya...ramai cikgu-cikgu yang suka membeli baju-baju ready made di bandar Kota Tinggi....Kalau di sana, dah macam gedung baju ready made ....harga baju ready made di sana dijual antara RM50.00 ke atas... So, kira berbaloi lak jugak....lagi pun kita dapat menempah baju mengikut ukuran badan kita sendiri.... Di sini, tudung pelbagai aneka pun banyak dijual....dari tudung segera ( tudung berawning ) hinggalah tudung bawal....semuanya dari kelantan atau kemboja....Harga borong jugak... Malangnya..... esok baru 20 haribulan.... Saya belum gaji lagi......mana nak cari duit untuk pergi ke sana....banyak duit dah habis untuk pengurusan awal tahun....yuran, pakaian sekolah, buku dan peralatan sekolah, pengangkutan anak, bayaran taska dan dot dot dot...... Esok...betul-betul dah kering....rasanya saya tidak dapat pergi juga....walaupun hati meronta-ronta....tak pelah...mungkin di hari lain pulak....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...