Rabu, April 06, 2011

PENDENGKI???

Dari Anas sesungguhya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"DENGKI ITU MEMAKAN KEBAJIKAN SEBAGAIMANA API MEMBAKAR KAYU."

Hadis Riwayat Al-Imam Ibnu Majah

"Hairan betul dengan si Jamilah tu, kenapalah dengki sangat dengan di Alif. Apa yang Aliff buat semuanya dia kata tak betul dan tak kena di mata dia. Kalau Aliff kena puji dengan bos mesti dia kutuk kat belakang. Satu ofis ni tau si Jamilah tu memang dengki dekat si Aliff tu..Kesian tengok dia, asyik kena kutuk je dengan Jamilah."

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Pernahkah anda berperasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, lalu disertai dengan niat yang buruk terhadap seseorang?

Kalau ada perasaan sedemikian, anda adalah salah seorang pendengki tersebut!

Dalam dunia hari ini sifat dengki atau iri hati merupakan asam garam kehidupan..tanpa asam garam ini macam tawar sahaja dunia ini...betul ke?

Sebenarnya sifat pendengki ini banyak memberikan keburukan kepada sesebuah oraganisasi..tak kiralah jika kita bekerja di mana sahaja...sekolah ke, pejabat ke, pasar raya ke, dunia blogger ke, mana-manalah....akan merugikan.

Apa pandangan rakan sekeliling, apabila mereka mengetahui yang kita ni mempunyai sikap pendengki???

Adakah mereka masih hendak menghampiri kita?, berbuat baik dengan kita? berkongsi makan dengan kita?

Semestinya kita akan dipulaukan!

Bagaimanakah pula dengan balasan daripada Allah?

Anda berfikiran waras, anda jawablah.....

******************************
Entry ini saya rumuskan daripada buku yang saya baca iaitu " Watak-watak Dalam Organisasi"hasil nukilan kawan saya sendiri. Sila klik di SINI untuk info lanjut...

3 ulasan:

padlie berkata...

Saya selalu dengki bila orang lebih dari saya. selalu saya akan perhatikan dia, apa yang dia buat untuk dapat kelebihan itu. Kalau dia dapat ngan cara baik, saya akan cuba ikut dengan harapan saya juga akan improve. kalau sebaliknya, saya belajar supaya tak buat apa yang dia buat..

padlie berkata...

Tambah sikit lg. Dulu pernah dengki dengan cara yang salah.. Balasan Allah memang cash:
Padlie dan 3 Idiots: Sama je..

Henry Zackery berkata...

x baek dengki2 tau.. :)

GEMPAR !! Justin Bieber Kena Belasah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...