Ahad, April 03, 2011

Kenapa Perlu Mengampu!!!!

"Allah membenci orang yang munafik, oleh sebab itu, kedudukan orang munafik adalah hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya, tetapi si munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu salah. Justeru, Allah meletakkan meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah. Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya di perjuangkan."

Mari kita berkongsi kisah ini sambil minum petang....

Pada suatu hari, raja memanggil semua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negara ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerahi bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya...Baginda membuka dan menghidu lalu berkata " Minyak wangi apa ini? busuk baunya."

Kemudian , raja menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini...". Minyak wangi ini diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata "Betul Tuanku, Minyak wangi ini memang busuk."

Begitulah seterusnya, botol itu diedarkan kepada para jemputan yang ada di balai rong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh raja...

Akhirnya sampai giliran memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, beliau memberi respon. "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Semua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri itu, raja tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana ingin mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat daripada jawatan. Mamanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

*************************************

Benarkah banyak pengampu dalam organisasi kita sekarang ini?..

Pengampu ni selalunya ibarat "talam 2 muka"... bermuka-muka ...

Seperti dunia blogger nie...semua orang tak mahu menegur jika ada blogger yang membuat sesuatu statemant yang bertentangan...sebagai follower kita kena mengikut sahaja dan menganggukkan kepala sahaja....Ini tidak betul...kalau memang salah, salah! dan jika betul caranya barulah kita ikut...dan sesekali mereka perlu kita sedarkan....

5 ulasan:

Gen2Merah berkata...

betul tu cikgu. sekarang ni pun banyak kawan2 yang talam dua muka. depan kita baik sangat. belakang abis kita di hantamnya.. teruk betul kalau dapat sahabat macam ni

Kalamhati berkata...

hmm betul tu..
thanks utk entry ni..mmg ingatan yg baik..
yg salah perlu kita tegur wlaupun pahit..
jgn asik mengiyakan saja..

Citarasa Rinduan berkata...

selamat malam cikgu cte--
sangat2 bermakna entry ini...
semoga kita dijauhkan dari sikap mengampu sesama kita..
kelak binasa diri kita

IMANSHAH berkata...

Salam

sangat setuju tentang ini..banyak sungguh kakim kipas dalam organisasi..takpa yang penting kita buat amanah kita sebaik mungkin, insyaAllah ada tempat nanti kita di sisi Allah

padlie berkata...

kenapa perlu nak mengampu? Bila kita mengampu, maknanya kita menipu orang.. Buat baik di balas baik, buat jahat akan dibalas jahat.. Tak mustahil orang akan tipu kita balik suatu hari nanti.. Nak ke kita ditipu?

Jauhi la sifat mengampu ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...