Salam ceria..
Sejak dua menjak ini, saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang tidak pernah habis-habis...Sekarang saya sedang sibuk untuk memunggut kerja kursus Geografi para pelajar saya...selepas memunggut kesemuanya, saya sibuk pula untuk menanda buku skrap tersebut...
Memang minggu yang sibuk
Sebenarnya, setiap hari rabu adalah hari ko-kurikulum atau para pelajar saya suka menyebutnya sebagai hari koko....
Dan saya pula adalah antara guru penasihat Kadet Bomba...entahlah kenapa saya minat sangat kat kadet bomba ini.....
Di sini, saya ingin kongsikan tentang pengalaman saya mengendalikan aktiviti kadet bomba ini...
Kami telah mengadakan pertandingan membuat sandwich...Akan tetapi, ahli kadet bomba dikehendaki memasak dengan kreativiti masing-masing seolah-olah mereka sedang berada di dalam hutan @ camping..
Lihatlah gelagat pelajar-pelajar saya ini...
Dalam menyediakan sandwich bomba yang tersendiri...
Ahli kadet bomba berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan mula mencari kayu-kayu mati serta tempat memasak yang bersesuaian....
Aktiviti memasak bermula...ada pelajar yang memasak sardin.....ada yang memasak telur hancur...sampingan , ada yang memasak maggi ( tak termasuk dalam pertandingan...)
Seronok melihat dan memantau bagaimana mereka memasak dan menyediakan sandwich ini....kalau tengok mereka ini, teringat saya sewaktu kecil-kecil dahulu suka sangat bermain pondok-pondok di belakang rumah emak saya....
Kadang-kadang, saya memasak nasi dalam tin susu sahaja tapi tak ada lauklah....dahulu, saya agak susah jugak...nak beli roti pun tak mampu...
Inilah antara pemenang-pemenangnya....setelah dipilih berdasarkan kekreativiti, kebersihan dan cara penyediaan...kami, guru-guru memilih 5 sandwich sahaja...
Akhirnya sandwich yang menang ialah sandwich yang dilapis dengan telur hancur dan laipsan keduanya pula ialah sardin...kira 2 dalam satu sandwich lah.....
Saya adalah merasa sedikit sandwich ahli-ahli bomba ini ( untuk jaga hati) tapi kebanyakan daripada mereka tidak membawa garam...jadi sandwich mereka rasa tawar.....
yang penting di sini, mereka sangat gembira dengan aktiviti ini...
Pernah tak makan kelapa sawit bakar....sedap tau tapi mulut akan menjadi oren...saya selalu bakar kelapa sawit nie....main pondok-pondoklah....
7 ulasan:
suspen je tajuk entry..hehe
best bila wat program2 cemni..
tahniah kepada pemenang.. tak sangka kan.. bomba pun ada skill memasak.. slute dgn cikgu Cte sebagai guru penasihatnya
PS: ayu kecik2 suka makan bingka kelapa sawit.. nyami.. baunya harum tau.. (SAYA ANAK PENEROKA)
KH: tetiba aje nak cipta sandwich bomba...tak tau tajuk lain...
Ayu: saya pun anak peneroka jugak....emak saya pun suka masak bingka kelapa sawit....memang sedap..
tapi sekarang susah nak buat...rumit...
as salam, ada apa dgn tajuk janji N3 baguskan? BSB suka baca blog cikgu sbb citer pasal dunia cikgu yg BSB tak tahu apa2 pun dgn dunia tue.
BSB: terima kasih sbb sering jenguk blog saya...
terharu sesangat...
samala kita..sibuk sokmo :)
sekolah pun ada buat aktiviti koku, baru lepas kem solat di taman pertanian
Catat Ulasan