Isnin, April 04, 2011

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

TAJUK KAJIAN

Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor.

SENARAI KANDUNGAN

-Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib,

PENGHARGAAN

< font=""><>

Bersyukur ke hadrat illahi denga limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga mentiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada __________, pengetua sekolah menengah___________ dan puan atau tuan____________ selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3________ yang banyak member bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah_____________, ibu__________ ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan perjuangan yang lain iaitu _________, __________, _________, dan _________ kerana banyak memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. “ Objektif kajian adalah seperti berikut:-

1.

Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih.

2.

Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat majlis bandaraya Johor Bahru untuk membangunkan bandaraya Johor Bahru.

3.

Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.

4.

Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

1. Melayari internet.

Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

2.

2. Keratan akhbar.

Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam beberapa buah akbar.

3.

3. Membuat temubual

Saya juga telah mencari maklumat dengan pergi sendiri ke pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru, mengambil gambar dan menemubual salah seorang pegawainya yang bertugas di sana.

HASIL KAJIAN

1. Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama Rasmi bagi MPJB ialah Majlis Perbandaran Johor Bahru
Lokasi sila klik SINI
Matlamat sila klik SINI
Sila Klik Sini untuk mendapatkan carta organisasi MPJB

2. Latar belakang

LATAR BELAKANG MBJB

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pejabat Majlis Bandaran Pejabat Majlis Perbandaran
B
bangunan MBJB
untuk maklumat lanjut sila klik SINI

3 Peranan

- Ekonomi

- Pendidikan

- Keagamaan

- Kemasyarakatan

- Kebudayaan

- Perayaan

- Pelancongan

- Kebajikan

(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan... saya tak dapat bantu anda di sini ....)

4 Perkembangan

- Sumber kewangan

- Pembangunan prasarana / Fizikal

- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan

- Kemajuan yang dicapai

- Pengiktirafan / Penghargaan

- Cabaran yang dihadapi

- Perancangan masa hadapan

- Saranan dan harapan

(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan mengikut institusi tersebut...)

RUMUSAN

Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan sesebuah kawasan dan seterusnya memajukannya.Tanpa pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai hala tuju sesbuah pejabat pentadbiran kerajaan tersebut. dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan lebih mendalam.

sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Johor Bahru dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia amnya. Saya juga berharap Majlis Bandaraya Johor Bahru akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Johor Bahru dan seterusnya memajukan negara.

(ini bukan kajian yang lengkap, sila rujuk guru sejarah anda dan minta pendapat guru sejarah yang lebih berpengalaman)

TUGASAN 2

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Institusi pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan sebagainya. Tajuk kajian saya adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional di negara kita. Majlis bandaraya Johor Bahru juga memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan semangat ini melalui pelbagai acara kebudayaan dan keseniaan rakyat yang telah dianjurkannya seperti persembahan kebudayaan yang melibatkan semua kaum, permainan tradisional dan meraikan perayaan-perayaan setiap kaum.Melalui acara tersebut, setiap kaum akan dapat menghargai dan mengamalkan tradisi serta budaya bangsa walaupun berbeza agama .

selain itu, untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional ini juga, MBJB telah mengadakan program-program yang bermotifkan permuafakatan masyarakat. ini secara tidak langsung telah menarik minat ramai masyarakat Johor Bahru tanpa mengenal agama. Antara program yang telah dilaksanakan ialah ceramah, motivasi, aktiviti keagamaan, gotong royong dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memupuk semangat muhibah dan bersatu padu antara masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat dapat berinteraksi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Apabila tibanya sesuatu perayaan ,MPJB juga telah mengadakan program-program khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Contohnya Perayaan hari raya Aidil fitri, MPJB telah mengadakan rumah terbuka di Danga Bay..Dalam acara sebegini, penduduk yang berbagai kepercayaan akan hadir untuk memeriahkannya. Ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan antara semua masyarakat yang berbilang kaum.

MPJB juga telah menjalankan tugas dan peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan dengan adil dan saksama.Permasalahan yang sering ditangani ialah berkaitan dengan kemudahan awam dan telah dilaporkan . Pihak MPBJ telah berusaha melakukan perkara terbaik untuk memuaskan hati semua masyarakat dan seterusnya menyatupadukan supaya masyarakat dapat hirup bersatu padu.

***********************************

Terima kasih kepada Cik Hasliza kerana kerja sama dalam menyediakan kerja kursus Sejarah ini...

Kepada pelajar, ini adalah panduan sahaja, jika ada yang kurang silalah tambah sendiri yea...kalau saya silap..minta maaf banyak-banyak..

Persoalan tentang element?

Element 1 : cari segala maklumat tentang Institusi pentadbiran dan buat salinan ( photocopy ) ..cari risalah, keratan akhbar, majalah, internet, gambar dan lain-lain..

Element 2 : Buat seperti di atas ( Tugasan 1 )

Element 3 : Tugasan 2

Kepada pelajar yang inginkan tajuk FELDA sila klik di SINI
Jika anda LIKE entry ini, silalah klik di bawah ini...just tekan sahaja....

57 ulasan:

Cik Pulau berkata...

wahhh.. canggih sekarang..
cik pulau dulu takde panduan sampai cenggini pun..
bagus la cmni.. hehehe..^^,

Hamba Allah berkata...

mabruk alaiki cikgu cte!

Tanpa Nama berkata...

cantik cikgu makin senang saya nak buat kerja kursus

and cikgu nak minta tolong boleh tolong tunjukkan contoh elemen 1and 2 boleh x

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum cikgu terima kasih atas panduan ini
and lagi satu cikgu nak minta tolong boleh x tolong tunjuk kan contoh elemem 1 dan 3 saya x berapa paham sangat
saya harap cikgu dapat bantu saya

duhamaisarah berkata...

alhamdulillah,ada juga org yg dgn ikhlas hati menolong orang yang tidak mengetahui cara membuat kerja kursus ini...alhamdulillah..terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULLILLAH.....TRIMA KASIH YER CKGU CTE....akhirnye ade jugak penolong.....izinkan sye copy n paste yer....lps tu,follow la blog sye....heheh

Your love berkata...

assalamualaikum cg..tmpang tnye,yg bhagian pranan dan pekembangan tu perlu ulasan atau tidak?

Tinta Emas berkata...

peranan dan perkembangan perlu dihuraikan juga...kaitkan dengan kawasa anda yea....

kepada semua pelajar, saya tidak dapat membantu anda sentiasa...anda dikehendaki membuat sendiri berdasarkan panduan ini....ini kerana lain tempat lain pentadbiran...jadi hati-hati yeaa.....

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nk buat peranan tu? nak huraiankan,tpi tak tau buat

danail berkata...

SYUKURLAH... ada jugak contoh kerja kursus sejarah, terima kasih cikgu CTE sebab post tentang kerja kursus sejarah tingkatan 3 2011. Saya tak faham apa yang diterangkan oleh cikgu di sekolah saya, nasib baik saya jumpa blog ni....kalau senang-senang ikut la blog saya http://danialmonster.blogspot.com/

anak cikgu berkata...

Terima kasih cikgu
tetapi saya dari KL boleh cikgu tolong saya di Hasil kajian
please cikgu .....

Terima Kasih cikgu .....

HAFIZ berkata...

Terima kasih atas catatan cikgu,saya mintak izin untuk mengambil maklumat ini ya

Tanpa Nama berkata...

Yay!..Trimakasih Cikgu sbb tolong watkan contoh..Ini dapat membantu saye yg amat sangat :D..Trime kasih lagi diucapkan

sagittarius girl berkata...

cikgu..makaseyh byk2...halalkan sya copy-paste..

Tanpa Nama berkata...

terbaik dari ladang !!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mohon copy ye cg..terima kasih banyak2,,,semoga Allah balas jasa cg ni..

Ijah Zolkefli berkata...

salam cg , mtk izin copy ye . terima kasih :)

nam berkata...

Alhamdulillah.. Siap kerja kursus sejarah. Afwan ya cikgu cte!

aizmar berkata...

ass...teme keseh ckgu wlupun sye x kenal ckgu ,sye hrp ckgu xkesah klu sye nak wat cth kajian cikgu nie blhkan...teme kaseh bbyak ckgu
[dak smksp]k.rphg

Tanpa Nama berkata...

Salam...cikgu siti..kami dari SMK Seri Keramat meminta izin untuk mengambil serba sedikit maklumat melalui blog ini....

aima insyirah berkata...

salam...cg.siti..sy nk mintak izin copy..

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum ckgu...sy nk mnx izin ckgu utk copy sebagai panduan....sy nk tny, ckgu x wt tjuk pentadbiran komuniti setempat (mukim)ke??
(dak SMAR,PAHANG)

Tanpa Nama berkata...

ckgu mnta tlong bleh tak , ckgu bleh tak sediakan contoh folio sejarah tentang felda

Tanpa Nama berkata...

saya minta kebenaran untuk mengambil folio - folio di blog ini ..terima kasih cikgu.Cikgulah yang terbaik!

ashraf zack berkata...

cikgu yang peranan tu kena letak sekali dengan jawatan pegawai...pening desh...huhuhu...ikan puyu 3 samah,tq very much..

Magic Child berkata...

Salam, terima kasih cikgu! Terbaik!! saya minta izin copy and paste ye cikgu.. hehe

Tinta Emas berkata...

Kepada para pelajar...bukan saya tak nak bantu anda buat kerja kursus ni lengkap tapi masa tidak mengizinkan saya...

Insya Allah, minggu hadapan, saya akan taip semula kerja kursus ini selengkapnya....terutama sekali bahagian peranan...

Untuk institusi pentadbiran yang lain seperti FELDA, Lebih baik anda pergi berkunjung ke pejabat tersebut ...dan anda boleh jadikan contoh saya ini sebagai panduan...

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

SALAM. SY AMBIL TUGASAN NI SEBAGAI CONTOH UNTUK AJAR KEPADA PELAJAR (CIKGU BARU)

Ada Nama berkata...

TQ,Ada Nama berasa senang hati selepas jenguk2 web ni,senang buat kerja..(alahai,skema plk ayat)

MuhamadAdib berkata...

assalammualaikum wbt.,
ckgu cte,
time kaseh byk2,
setinggi-tinggi gunung everest penghargaan saye ucapkan.
lastly,saye mntak tolong halalkn saye copy n paste untuk folio geo nagn sej....
time kaseh skali lagi...
assalammualaikum wbt.

iera berkata...

salamcikgu..na copy n pste mklmt yg ckgu buat 2 bole..time kash cikgu..mge ckgu d'mrhkn rzki..ckgu mcm mana na buat laporan folio ni

Nasuha berkata...

em,,,apa matlamat penubuhan MBJB????

Boboi Boy TERBAEK berkata...

assalamualaikum, cgu.
cgu,, boleh tak buatkan folio sejarah psl felda?
sy tak fhm la mcm mana nak buat.
terima kasih.. bantuan cgu amat dihargai~ :)

Tinta Emas berkata...

Untuk pelajar yang membuat di FELDA..

Sila pergi ke pejabat FELDA di felda anda...dapatkan infomasi semua yang ada di sana....

Kalau boleh masuk ke laman web FELDA..mungkin terdapat maklumat yang boleh dikongsi..

Untuk tugasan 2, anda boleh ambil daripada saya dan tukar sahaja nama MPJB kepada pejabat tempat anda tinggal...

Tolong buat draf dahulu dan rujuk kepada guru anda...guru anda lebih memahami dan merekalah yang akan memberikan markah kepada anda..

Saya cuma boleh membantu dari jauh sahaja..

Tinta Emas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

cikgu,,halakan lah yer,,,,,terima kasih banyak banyak ye cikgu.....minta izin ye...saya x de blog ....Minta izin copy yer cikgu..

Tanpa Nama berkata...

salam...minta izin copy yer cikgu..........U ARE THE BEST...thank u

diary budop single berkata...

assalamualaikum..ckgu sy nk mntk izin untk c0py yer..hrp ckgu halalkn..emm,trima ksih bnyk2 ckgu

Tanpa Nama berkata...

Thank you, its very helpful.

Tanpa Nama berkata...

izinkn saya untuk mengambil sedikit maklumat bg kerja kursus saya.

Lim Guo Xiong ダリウス berkata...

Ribuan terima kasih kepada Guru yang memberikan maklumat tentang Kerja Kursus Sejarah. Saya amat berasa bangga kerana dapat merujukkan contoh sejarah ini. Jika saya membuatkan apa-apa salah harap maafkan saya yea. :)

Tanpa Nama berkata...

cikgu,saya minta izin copy sdikit info..trima ksih ya cikgu

farhana berkata...

thanx..

Jacquelina berkata...

Thnx alot teacher..although i m from png..bt i learn many things n i gt many ideas..rily thnx teacher..hope to you more..ini fb id i...jacquelinaxavier@yahoo.com..if teacher gt fb juz add me if dun have juz keep in touc h with me through email..thnx..god bless you..

Tanpa Nama berkata...

SALAM...CIKGU IZINKN SYE NK AMIK SKIT INFO YE...TQ

Ecah berkata...

teme keseh ckgu wlupun sye x kenal ckgu ,sye hrp ckgu xkesah klu sye nak wat cth kajian cikgu nie blhkan...teme kaseh bbyak ckgu....sy pom nk mnx copy skit...time kasih cg,,,,(dr Ganu)

Tanpa Nama berkata...

ckg, trme kasih byk2.. mula2 sy mmg xtau satu bende pn psl kkursus ini.. ttp bila kwn sy bg website ni, mmg bsyukurla sy bile tgk ni... trme kasih sbb nk tolong kteorg...

syafiqha berkata...

assalamualaikum cikgu...
terima kasih untuk panduan nie..
amat berguna untuk saya...
terima kasih..:)

amirah farzana berkata...

kamsahabnida , ckgu =)

syaf berkata...

salam cikgu,,,tenkiu,,izinkan sy copy n paste k,,,jase ckg sgt2 dhargai,,..,may allah bless u

miss kiera amiera berkata...

nak minta ijin copy erk cg..!!

Tanpa Nama berkata...

salam..sye dri ipoh..sye ingin mgucpkn jutaan trima ksih yg tdak trhgga ats bntuan yg ckgu tlah brikn..
pda mulanya ,sye hmpr brptus asa utk mnroskn kerja kursus ini ... bgaimnapun sye cbe mlyari intrnet dan tlah trlhat lman ini..skali lg sye ingin mgucpkn ucpan trima ksih yg tdak trhgga kpda ckgu...terima kasih cikgu!!!!!!

asmakhalim berkata...

salam.........
sye ucapkan ribuan trimas
coz cikgu dah banyak membantu.....
sebelum nie mmg folio dah siap...
tp salah lar pulak....
hantar lagi 3ari je....
thankz 4 save my day...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dan salam sejahtera,,
terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana panduan cikgu ini sangat padat dan mantap,,tetapi,,,
bagaimana pula dengan tajuk pentadbiran komunniti setempat,, contoh pentadbiran masjid ...
SEKIAN,TERIMA KASIH

izzatulismah berkata...

ASALAMUALAIKUM...
CIKGU SAYA MINTA IZIN NAK COPY YE..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ckg , mntk izin copy ea ? :) .. thanks , may Allah bless u ..cikgu ..

Misty Tan berkata...

selamat sejahtera cikgu, saya dr kuala selangor, terima kasih atas bantuan cikgu, terima kasih. =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...