Isnin, April 25, 2011

UBAT TIDUR...

Ubat tidur atau pil tidur....sama aja kan

Ubat ini berfungsi menolong kita tidur bagi orang-orang yang mengalami kesukaran tidur....

Kadang-kadang ubat ini menolong jugak bagi orang yang berputus asa dan tidak mahu hidup...kalau kita makan banyak-banyak ( overdose ) boleh menidurkan seseorang itu sampai bila-bila ( kens bunuh diri..)

Sebenarnya saya tak pernah melihat bagaimana ubat tidur nie, mungkin lebih kurang macam di bawah agaknya.. dan saya pun tidak pernah menelan pil tidur ini....

Teringat kisah lama dulu, masa tu saya dan kawan-kawan yang tinggal bersama ibu bapa dikehendaki bermalam di asrama. Semasa itu telah diadakan program untuk pelajar-pelajar STPM.. Seperti biasa, walaupun kami bukan penghuni asrama tetapi kami terpaksa mengikuti peraturan asrama... Bila masuk solat subuh, saya lihat seorang kawan saya ni, bersembahyang jugak..

Yang bestnya, dia sembahyang asyik menguap-menguap sahaja....memanglah mengantuk kena sembahyang awal subuh tapi cara menguapnya berlainan pulak...lagi hairan bila dia sembahyang asyik menutup mata sahaja...seolah-olah sedang tidur..

Apabila saya tanya kenapa?..barulah saya ketahui bahawa itu adalah kesan daripada pemakanan ubat tidur...

Ini kisah saya pula, petang ini saya rasa macam telah memakan ubat tidur dua tiga biji...

Tersangatlah mengantuknya sehinggakan untuk berbual dengan kawan sebelah saya pun saya tidak larat hendak membuka mata...hanya ingin tidur sahaja

Tepat 2.30 petang, saya terus balik ke rumah...walaupun MIL saya ada di rumah namun saya terus masuk ke bilik dan melabuhkan kepada ke bantal...tak sampai 5 minit saya sudah terlelap...macam tidur mati lagaknya...bila saya sedar, mata saya masih mengantuk juga....mengantuk dan terus mengantuk...kenapalah macam gini?....

Saya usahakan juga bangun sebab tak elok dipandang MIL jika saya terus tidur...

Bila saya fikirkan semula, kenapa saya boleh jadi macam gini...barulah saya sedar...rupa-rupanya saya telah memakan makan di bawah ini....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

NASI LEMAK

Saya sendiri tak tahu kenapa saya allergik sangat dengan nasi lemak...

Kalau saya memakan nasi lemak di awal pagi, saya akan rasa mengantuk sangat sejam selepas itu...Jadi, seboleh-bolehnya saya akan cuba elakkan memakan nasi lemak sepanjang musim peperiksaan ...ini kerana saya pernah menjaga peperiksaan dalam keadaan tidur sambil berdiri... anehkan?

Dan peristiwa petang ini semakin membuktikan kepada saya bahawa nasi lemak memang punca saya akan mengantuk seperti saya menelan ubat tidur.....

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi ...dan kalau boleh saya akan cuba elakkan daripada memakan nasi lemak atau saya elakkan terus....

Wassallam

7 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

aii ya ka nasi lemak boleh menyebabkan mengantuk? patut pun kalau pagi2 saya nak ngajar asyik nak menguap.. hahahaha.. gara2 sarapan nasi ni laa.. hehehe..
p/s: dulu saya zaman sekolah, kalau tak boleh tido, saya akan teguk sesudu ubat batuk. konfom terlena tido.. hehe

Unknown berkata...

selamat malam cikgu CTE
ayu tak pernah makan ubat tidur,...

ala.... baru nak belanjer nasi lemak.. cancellah..hahahha

Cikgu Nurin berkata...

Hmmm agaknya tu pasalla kantin sekolah tak boleh jual nasi lemak hari-hari kut....tapi mmg diketahui bahawa lemak dalam santan memang boleh menyebebkan seseorang diserang mengantuk....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam.CTE saya weekend jer makan nasi lemak...hari kerja jarang sangat.

padlie berkata...

ni la breakfast saya tiap2 ari...

bahaya tu tido sambil berdiri... takut tersembam..

NaJiB berkata...

sy pnah makan ubat tdo. dn smpai skrg sy still makan ubat tdo.. ubat tu namanya zolpidem.. kalau tak makan ubat tu mmg sy x bleh tdo smpai keesokan harinya. tp ubat tdo ni ada kesan yg buruk dn bleh ketagih jika ambil dlm masa yg lama..

armouris berkata...

info tentang pil tidur di SIHAT SELALU - Keburukan Pil Tidur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...