Sabtu, April 02, 2011

TSUNAMI SOSIAL???

Ini bukan tsunami yang melanda jepun baru-baru ini...Ini juga bukan tsunami yang melanda Aceh, Indonesia beberapa tahun yang lepas...

Tapi tsunami ni memang sudah semakin serius melanda negara kita..

Nama tsunami sosial ni bukan saya sengaja reka-reka supaya entry saya menarik...

Tapi saya nampak di dalam surat khabar Mingguan Malaysia minggu lepas...( baru baca semalam )..tapi okey kan???nama baru..

Lihat sahaja lah bagaimana tsunami dengan riaknya mengulung-gulungkan semua benda di hadapannya sehingga merosakkan harta benda serta mengorbankan banyak nyawa di Jepun.

Jadi apa dia tsunami sosial????

Pada pandangan saya, tsunami sosial sama dengan gejala sosial.....(betul tak?? kalau salah mintak maaflah sebab ini perkataan baru )..Contoh-contoh tsunami sosial seperti isu pembuangan bayi, isu penceraian, isu kehancuran sistem kekeluargaan, isu penderaan kanak-kanak dan sebagainya...dan kebanyakannya isunya adalah terlalu global....tidak akan habis-habis...

Oleh itu, kita sebagai manusia yang masih waras, penuh dengan akal yang cerdik serta masih mampu berfikir, kenalah bersama-sama menghalang atau mencegah supaya tsunami sosial ini tidak semakin serius...

Jadi, kita hendaklah menerapkan nilai-nilai murni sejagat dalam keluarga kita...

Nilai-nilai murni sejagat???

Emmm macam nilai bertanggungjawab, nilai kasih sayang, disiplin, integriti dan lain-lain lagi...Bila nilai-nilai ini diterapkan dan disemai dalam sistem kekeluargaan kita, sudah semestinya ia akan menjadi benteng dalam kita menghadapi segala cabaran tsunami sosial pada masa akan datang...

Kalau saya tengok serangan tsunami sosial ini, macam dah nampak tanda-tandanya sejak di alam persekolahan lagi...macam di sekolah saya dan sekolah-sekolah yang lain, tsunami sosial ini sudah mula terbentuk walaupun nampak macam kes yang kecil....Masalah disiplinlah...

Justeru itu, sebenarnya peranan ibu bapalah yang amat penting dalam mencegah gejala ini semakin serius...jika ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, pergaulan anak-anak mereka,dan sebagainya...sudah pasti tsunami sosial ini dapat dibendung...

Akan tetapi, ramai ibu bapa sekarang terlalu sangat menyayangi anak-anak mereka sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka melakukan banyak kesalahan...

Inilah punca utama kenapa masalah tsunami ini tidak dapat dibendung....Kadang-kadang saya geram juga dengan ibu bapa sebegini....tapi mungkin mereka ada sebab mereka sendiri????

5 ulasan:

eelobor berkata...

salam cikgu,

memang betul seperti yang cikgu katakan iaitu tsunami sosial. saya juga berharap agar ibu-bapa memainkan peranan bersama2 cikgu2 dan tidak melepaskan beban sepenuhnya kepada cikgu untuk mendidik anak masing2 ketika mana mereka keluar bekerja.

Sham berkata...

pernah dengar cerita mak bapak pergi hantar anaknya sendiri untuk menggugurkan janin...gilo betul...!

Cikgu CTE berkata...

eelobor: memang bukan cikgu sahaja...ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya..

Cikgu CTE berkata...

sham: mungkin dah tak mahu tanggung malu lah tu atau sudah terlalu panik...

mudah2an dijauhkan sbb saya ada 4 anak dara...

Cikgu Den berkata...

salam.
golongan dewasa perlu mengawasi tingkahlaku generasi muda dan memberi contoh yang baik untuk mencegah tsunami sosial nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...