Selasa, April 19, 2011

Aku Rasa Berdosa ....

Untuk entry kali ini , saya terpaksa menggunakan kata ganti nama diri 'aku' untuk menggantikan penggunaan kata ganti nama diri pertama saya selama ini..( macam ajar tatabahasa sahaja...)

*******************************************************

AKU RASA BERDOSA ...

Aku rasa berdosa..

jika aku membiarkan pelajarku membuat kesalahan demi kesalahan

Kesalahan yang tak sepatutnya diulangi...

Aku rasa berdosa ...

jika aku tidak menegur pelajar-pelajarku yang bertudung pendek.

pendek sehingga menampakkan kegebuan leher dan jaluran rerambut yang tergedik-gedik keluar..

membiarkan mereka dari terus berdosa...

Aku rasa berdosa...

jika aku hanya melihat pelajar-pelajar kesayanganku itu hanyut dalam mengejar arus kemodenan,

sibuk mengejar bayangan yang tidak pasti

sehinggakan sanggup melupakan nasihat ibu bapa yang mendayu-dayu inginkan mereka belajar bersungguh-sungguh...

Aku akan rasa lebih berdosa...

Jika aku terus membiarkan pelajar-pelajarku bercinta sebelum waktunya

Membiarkan mereka terus hanyut dengan impian dan angan-angan yang tercipta hasil ungkapan-ungkapan yang belum pasti..

Aku akan rasa lebih berdosa ...

Jika aku membiarkan pelajar-pelajar perempuanku memakai pakaian yang ketat..

< div="">

<>

membiarkan kemontokan tubuh mereka mengiurkan pandangan mata-mata yang liar

mata-mata yang rakus memamah setiap inci tubuh mereka

seterusnya membuka sedikit pintu Jahanam

********************************************

Sebenarnya, hari ini saya terasa kurang senang dengan pemakaian baju sekolah oleh pelajar-pelajar saya, kadang-kadang saya ingin menutup mata sahaja dan tidak mengendahkan mereka...namun saya rasa berdosa jika saya tidak mengambil tindakan apa-apa...

Mungkin berbelas tahun saya menjadi guru disiplin, jadi saya terasa dengan situasi ini....

Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi...

Fikirkanlah...

10 ulasan:

Kalamhati berkata...

Diriku juga rasa begitu..
selalu rasa berdosa bila melihat mereka tidak menjaga diri dan akhlak..

ramai bekas murid yg KH jumpa, sudah takde tudung di kepala..berseluar jeans ketat..baru tingkatan 1..jumpa cikgu buat2 tak nampak je..huhu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, rasa nyer parent kena ler lebih peka dgn pakaian anak2 mereka. Tapi susah gak nak tegur budak2 skg. nanti tegur dia lari rumah pulakk... aduh cabaran betul parents skg nie.

Cikgu CTE berkata...

KH: bebudak sekarang memang terdedah dgn persekitaran yang membuka aurat.....

Cikgu CTE berkata...

BSB : saya takut nak menghadapi dunia akan datang...saya rasa cabarannya lebih besar dan saya rasa saya tak mampu untuk menanganinya..

saya budak baik..:) berkata...

nice blog cikgu..opah suke bace entry yg ni..opah follow cikgu balikk:)

whitecappuccino berkata...

betul tu cikgu, tugas kita untuk menegur dan mengharapkan perubahan yang lebih positif.

Sham berkata...

tegurlah cikgu...itulah mulianya tugas guru ni...

Cikgu Nurin berkata...

HHmmm..yang bersekolah menengah..yang sekolah rendah ni pun...aduihhhh...sama je...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, cikgu kita tak boleh tunjuk kelemahan kita pada murid2. Kita buat jer mana yg mampu..

padlie berkata...

kat sekolah lama saya, masa gi ceramah ari tu tengok dah ada kod etika pakaian.. jenis kain, labuh tudung, fesyen jam tangan semua sekolah control

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...