Ahad, April 10, 2011

Selamat Hari lahir...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPY BIRTHDAY TOOOO YOUUUU.......HAPPY BIRTHDAY TO YAU... ( nyanyi )

Semalam saya tak dapat buat entry baru sebab hari sabtu, saya bersekolah ganti. Pada petangnya saya sibuk mengemas baju nak balik rumah emak saya keran adik bongsu saya, Shima ada buat makan-makan di rumah..Jadi inilah masanya untuk saya berkumpul adik beradik..

Sebenarnya, semalam adalah hari lahir adik perempuan saya ...dan kebetulan pula hari ini, 10hb april pula adalah hari lahir suami saya...Jadi saya berkongsilah dengan adik saya untuk meraikan sambutan hari lahir ini...

Yang gembiranya ialah adik saya sebab adik yang ke 5 buat kek untuknya..yealah adik saya yang bongsu ni belum kahwin....sementara suami saya pula tak adalah resepsi memotong kek.. dah berumur......

Selamat hari lahir shima, saya sebagai kakak hanya mampu mendoakan agar shima beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat...semoga panjang umur, adikku...

Buat suamiku, selamat hari lahir.. harapan saya...emmmm (maaf, tak boleh kongsi kat sini...)

begitu juga dengan anak perempuan saya, Nurul Afiqah yang telah menyambut hari lahir pada 22hb Mac yang lalu....selalunya saya buat majlis potong kek bersama-sama dengan ayahnya....Semoga iqa beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat juga....rajin2lah belajar yea...

bercakap tentang majlis hari lahir ini, ingin saya berkongsi sedikit mengenai sambutan hari lahir menurut agama islam....

Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Maaflah tak dapat masukkan gambar dlm kamera ....cuma boleh pinjam kat google aje...

6 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat hari lahir utk adik cikguCte dan en suami, semoga panjang usia mereka berdua..


seronoknya walau hari yang berbeza dapat sambut dalam hari yang sama.

PS:ayu tak pernah sambut hari lahir..en zalie dan ayu sukar nak keluar..so duduk umah..ayu masak2
jerlah

Cikgu CTE berkata...

ayu, terima kasih...
saya selalu belikan kek bila tiba hari lahir org2 yang tersayang tapi selalunya saya tak meraikannya bila tiba giliran saya pula...

Budak Coklat berkata...

sampaikan salam ari jadi dari cik coklat tuk mereka.,..huuu..trigat dulu2 masa stay kat jb...pegi kota tinggi makan kek hari jadi abg yus..huhuu

azzey berkata...

Happy belated birthday utk dia..:)

klik HB

ibunaznoy berkata...

selamat hari lahir pada mereka!
bln ni jgk besday saya akan menyusul,hehe..

klik HB cikgu..

Dda Ly berkata...

happy belated birthday buat adik cikgu..:)

meh ke rumah..
~pray for mawaddah~
keep in touch ye..♥♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...