Ahad, April 03, 2011

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH...

Salam pagi ahad, semoga anda semua ceria selalu.....

Pagi ini saya nak kongsikan satu cerita yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat kita sekarang ini....cerita ini saya peroleh daripada sebuah buku yang saya pinjam dari perpustakaan sekolah saya yang bertajuk "Resipi Kejayaan untuk PENGAWAS"...

Bukan sebab saya nak jadi pengawas tetapi saya mahu mencari isi-isi penting untuk tujuan pengisian ucapan saya bagi majlis pelantikan pengawas pada esok pagi...

Bila saya belek-belek buku tersebut, terdapat beberapa kisah yang menarik yang boleh dikongsikan disini...

Kisahnya begini....

Pada zaman dahulu di negara Arab, ramai individu menunggang keldai sebagai kenderaan. seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan itu menarik perhatian ramai.

Ada antara mereka berkata " Ini kes aniaya. Keldai itu saiznya kecil. Dua orang pula naik. Itu menyeksa binatang. Tidak ada perikemanusiaan langsung."

Si bapa mendengar komen mereka. lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. si bapa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Mereka melalui sekumpulan manusia..

Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai, bapanya dibiarkan berjalan."

Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka melalui sekumpulan manusia.

Sekali lagi mereka mendengar runggutan,"Bapa tidak ada otak, dia naik keldai, anaknya dibiarkan berjalan."

Mendengar komen tersebut, si bapa turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai dibiarkan berjalan bersendirian. Sekali lagi mereka melalui sekumpulan manusia.

Masih ada yang komen, "apalah bodohnya orang tua ini. Ada keldai tapi tak mahu naik. Kalau macam ini, lebih baik jangan bawa keldai."

Mendengar kata-kata ini, si bapa itu pun memberitahu anaknya, "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan individu. Ada sahaja yang tidak betul. kalau kita ikut kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita perlu fikir dahulu dan buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka."

***************************************

Macam mana?...

sama tak dengan masyarakat kita hari ini???

Macam gitulah dengan masyarakat kita hari ini...apa sahaja yang kita buat akan dipandang serong oleh orang lain...mereka tak faham situasi ....hanya yang mereka tahu memberi pandangan yang negatif....

Macam majlis perkahwinan, ada sahaja yang tidak kena dengan majlis tersebut...makanan tak sedaplah, pengantin tak sama padan lah, pelamin tak cantiklah, solekan tak sesuailah, pengantin banyak jerawatlah, inai tak merahlah, lokek sbb tak dapat berkatlah, membazirlah....dan 1001 macam komen lagi yang tak mampu saya senaraikan...

Tapi yang sepatutnya kita amalkan ialah " yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

3 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
ADA KEBENARAN CAKAP CIKGU NI. KITA KENA BIJAKSANA DALAM MENGHADAPI DAN MENANGANI SITUASI MASYARAKAT SEBEGINI

Kalamhati berkata...

Yang buruk tu biasanya orang lebih suka cari..yg baik tu tak nampak pulak..
ni la fenomena masyarakat kita..

Tinta Emas berkata...

Memang betul tapi setiap keputusan kita tu ada sahaja kritikannya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...