Jumaat, April 15, 2011

Klorox untuk bersihkan hati yang telah hitam!!

Betul ke hati yang telah bertahun-tahun penuh dengan kehitaman boleh dibersihkan dengan hanya mencurah klorox ( pemutih kain )??? biar betul.......

Tertarik dengan al-kuliyah di TV3 jam 5.00 petang tadi tentang "asal buruk jadi baik"

Kita boleh gunakan klorox untuk memutihkan hati yang telah mempunyai noda-noda hitam..Kata penceramah jemputannya ( tak sempat nak ambil nama ustaz tersebut ), seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa..

Itulah kata-kata simbolik dari ustaz tersebut untuk menarik minat penonton supaya seronok mendengar ceramah agama...

Klorox di sini adalah perbuatan-perbuatan yang baik seperti bersembahyang, berpuasa, beramal soleh, bersedekah , berzikir dan lain-lain lagi perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah...Klorox inilah yang akan dituangkan ke dalam hati yang hitam dan sekali gus membersihkannya sehingga hati tersebut menjadi putih..

Saya juga tertarik dengan isu tarian poco-poco..

Tarian poco-poco telah diharamkan kerana mempunyai rentak-rentak tarian agama kristian, namun sebenarnya kita sebagai umat islam masih boleh mencipta tarian poco-poco yang berbentuk keislaman yang boleh dipraktiskan untuk ditarikan...betul kan???

Saya juga tertarik dengan statement tentang yoga..sebagaimana yang kita ketahui bahawa senaman yoga itu memanglah sungguh berkesan dalam menenangkan fikiran, emosi dan fizikal kita..namun disebabkan yoga itu mempunyai unsur-unsur agama Hindu, jadi umat islam dilarang mengamalkannya...Namun kita boleh menggantikan senanam tersebut dengan yoga cara islam iaitu dengan bertaffakur atau mengingati Allah ( berzikir dalam hati )...menarik bukan?? selain bersenam kita juga akan mendapat pahala lagi....

Sesekali mendengar ceramah agama pun seronok jugak...banyak pengetahuan yang boleh kita peroleh... dan sememangnya kita ini memang insan yang kerdil yang masih lagi mempunyai banyak lubang-lubang yang kosong ( kurang ilmu akhirat ) yang belum dipenuhi...

6 ulasan:

norinaomar berkata...

saya tengok jugak tadi..seronok mendengar..yang paling terkesan ialah Allah menerima taubat semua hambanya

Tinta Emas berkata...

kadang-kadang hati kita juga perlu dibersihkan jugak kan??

Kalamhati berkata...

Sangat menarik..rugi sy tak dapat tengok..huhu

sama2 la kita pakai klorox agar hati2 kita bersih berseri..=)

Tinta Emas berkata...

Kalamhati: kata-kata tersirat je...
jangan guna yang betul2 udahlah....

padlie berkata...

Tak sempat tengok tadi.. Balik kerja lambat.. Satu perumpamaan yg menarik.. Untuk menyucikan hati ni tak la susah mana.. Tapi nak buat tu, ada je setan yg bisik..

Ce'gu JAERA berkata...

iya betul betul. apa2 aktiviti budaya lain pun, kalau kita praktikkan dalam cara islam, pasti akan mendekatkan kita pada yg Maha Esa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...