Hari ini saya balik ke rumah dengan hati yang agak tenang sedikit...walaupun saya saya masih lagi membawa pulang fail Lembaga Pengawas untu kerja masa cuti saya nie, namun hati saya agak selesa..
Ini kerana kita akan bercuti selama 3 hari...Inilah masa untuk saya merehatkan minda saya daripada kerja-kerja di sekolah yang sememangnya tidak pernah habis..
Esok petang saya bertolak pulang ke rumah emak saya di Kota Tinggi kerana emak saya akan mengadakan kenduri arwah...Seperti biasa, saya dan adik beradik saya akan berkumpul bersama-sama di sana...Bila dah balik tu, saya kenalah bermalam juga...biasalah, sekali-sekala kan???
Hari Ahad, 1 hb Mei...
Saya bercadang ingin membawa anak-anak saya pergi menghirup udara laut di Tanjung Balau... tapi saya bukan berkelah cuma melihat keindahan ciptaan Allah sahaja....rasa tenang je...Insya Allah...
Hari isnin nanti baru saya balik semula ke Johor Bahru...bila sudah berkeluarga nie, saya jarang hendak meninggalkan rumah saya lama-lama....cepat rindu sangat....tak tahu kenapa tapi saya suka lepak di rumah....
Ini bermakna mulai esok petang , saya tak kan berblogging dan berfb...sebab kampung saya di Kota Tinggi tidak mendapat liputan ICT...tak taulah saya kerana kampung saya tu bukannya duduk di Hulu Tembeling macam di Pahang tu namun kalau nak bukak internet guna broadband masih lagi tak dapat terima...walhal saya menggunakan broadband celcom...Namun kata adik saya, kalau nak layari internet, kena pakai maxis, boleh pulak....
Okeylah semua, selamat berhujung minggu...dan semoga ceria selalu...
wassallam
7 ulasan:
selamat bercuti dan balik kg merehatkan minda..saya juga suka melepak kat rumah tambahan pula cuaca panas sangat kat luar skrg.
cikguCTE..
selamat bercuti dan selamat hari pekerja
wah!! tanjung balau.. lama ayu tak singgah sana... nanti upload pic banyak2 yer...
kim salam ibunda cikgu..
PS" anak peneroka kan??
WC: selamat bercuti juga...
CR: Insya Allah....saya akan upload gambar tu...
kat kawasan pedalaman, liputan maxis lebih baik..
selamat bercuti!
padlie: rumah mak mentua sya kat machang, kelantan pun tak dapat liputan jugak...
mungkin maxis jugak kot...
tapi saya tak suka pakai no maxis....
OOOOHHHH selamat bercuti Cikgu CTE...saya tak...*geraaammmm....*
selamat bercuti~kerja kursus dlm proses semakan pertama!
Catat Ulasan