Selasa, Mei 03, 2011

Minggu Peperiksaan.....Semoga berjaya....

Minggu peperiksaan sudah datang...Para pelajar mulai sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...

Saya rasa bukan sahaja di sekolah saya malah di sekolah seluruh Malaysia pun sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..Walaupun hanya peperiksaan pertengahan tahun sahaja, tetapi peperiksaan ini juga penting kepada para pelajar untuk menilai prestasi pelajar sama ada boleh menguasai sesuatu mata pelajaran atau pun tidak...

Minggu ni, pelajar menengah atas iaitu tingkatan lima dan tingkatan empat, sudah mula menduduki peperiksaan...Sementara pelajar menengah rendah pula akan bermula minggu hadapan...begitu juga dengan sekolah rendah pun bermula minggu hadapan...Anak saya yang tadika tu pun akan mula exam 10hb nie....

Sementara para pelajar sibuk mengulangkaji, guru-guru pula sibuk membuat overtime ( tak berbayar ) untuk mengetip ( stapler ) kertas-kertas soalan yang telah dicetak..Sekarang lebih mudah sebab kebanyakan soalan adalah setara..Tetapi ada juga mata pelajaran yang terpaksa dibuat sendiri oleh cikgu-cikgu sendiri....

Untuk mengelakkan soalan daripada bocor, sekolah saya telah membuat sistem mengetip soalan tersendiri.. Guru akan mengetip soalan yang bukan diajar oleh mereka..contohnya cikgu Bahasa Melayu akan mengetip soalan Bahasa Inggeris....macam gitulah....

Selain itu juga, pelajar kenalah bersungguh-sungguh untuk menjawab walaupun bukan peperiksaan akhir tahun...Ini kerana keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini selalunya akan di ambil oleh ibu bapa di sekolah..Kalau pelajar tidak mendapat keputusan yang baik, ini akan memalukan ibu bapa untuk hadir ke sekolah dan berhadapan dengan guru mereka...

Yang penting releks yea...tenangkan fikiran, banyakkan mengulang kaji pelajaran dan jawablah dengan selesa....

Dahulu saya pernah keluarkan entry "Belajarlah anak-anakku...", Dalam entry ini ada resepi-resepi kejayaan dan cara belajar berkesan yang diamalkan oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang...Bacalah yea...

Kepada semua pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh...semoga anda cemerlang dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kali ini...

7 ulasan:

padlie berkata...

lepas exam ni boleh cuti kejap..
adik sy exam 8hb ni..

Entry terbaru padlie: Sperma yang gagah!!!

whitecappuccino berkata...

minggu depan sekolah saya start exam.
kat sekolah kami, ajk unit peperiksaan yg susun soalan, untuk mengelakkan soalan bocor.

Cikgu CTE berkata...

Padlie: mana ada cuti...lepas exam , mula tanda kertas pulak..pas tu ada kelas tambahan..


WC: itu kira baik...saya nak macam gitulah jugak..

Citarasa Rinduan berkata...

all the best kepada semua pelajar..
selepas bercuti,, maka sibuklah cikgu dan pelajar dgn exam

semoga kalian semua berjaya

Cikgu CTE berkata...

CR: semoga mereka berjaya jugak...dan semoga CR juga berjaya...

teratai berkata...

salam ckgu CTE,
sekolah saya 12/5 ni baru periksa (menengah atas) n 20/5 baru men. rendah mula periksa...agak lewatkan!Ini yg dittpkan oleh PPD!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

As salam, mykid minggu depan exam. anak exam mak yg susah hati, dia relex jerrr...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...