Ahad, Mei 08, 2011

Setiap Hari Adalah HARI IBU....

Selamat Hari Ibu...

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

************************************************************

Fakta Terbaru..

Hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

***********************************************************

P. Ramlee

Ibu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempat menyatakan kasih

Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah

Yang menyinari hidupku

Sepanjang masa engkau berkorban

Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempatku menyerahkan kasih

Wahai ibu

8 ulasan:

izzafey berkata...

yup betul, every day is mothers day

ieda berkata...

selamat hari ibu...moga dapat membentuk anak2 yg soleh & solehah....amin.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

lepas nie hari guru pula..jeles i tauuuu...

Cikgu CTE berkata...

izzafey: bestkan jadi ibu...tak lama lagi hari bapa...

ieda:AMinnn

BS: Minggu depan hari guru pulak...janganlah jeles...

Citarasa Rinduan berkata...

cikgu cte.........
untuk kamu jua SELAMAT HARI IBU..
ayu tak sambut..

setiap tahun hanya ucapan sahaja.. mereka semua dihati saya..

nur berkata...

betultu cikgu.. setiap detik ibu bapa harus dihargai..

Kalamhati berkata...

Selamat hari ibu utk cikgu CTE gak..huhu blum terlambat lg kan?

Mak Su berkata...

tak perlu. tapi kita taati ibu sebagaimana sunnah rasul saw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...