Ahad, Mei 22, 2011

Siapa Idola anda!

Idola??

Rasanya semua orang mempunyai idola mereka masing-masing.....betul tak?

Selalunya mereka yang suka menyanyi akan menjadi seseorang penyanyi yang mereka suka sebagai idola mereka seperti Siti Nurhaliza, Sharifah Aini, dan lain-lain lagi..

Jika anda seorang peminat drama atau filem, sudah pasti anda akan memilih seorang pelakon menjadi idola anda...

Jika anda seorang pelajar pula, mungkin cikgu yang akan dipilih menjadi idola anda...

Jika anda seorang peminat politik tanah air, anda juga akan memilih seseorang yang anda sanjungi untuk menjadi idola anda juga.

Begitu jugak jika anda seorang blogger, sudah tentu anda juga akan menjadikan seorang blogger popular sebagai idola anda juga seperti BEN ASHAARI, HANIS ZULAIKA dan lain-lain lagi...

Betul tak??

Tapi berapa ramai yang menjadikan ibu bapa kita sebagai idola mereka???

Sedangkan ibu bapa anda adalah orang yang paling rapat, orang yang sentiasa ada disisi anda, orang yang sanggup berkorban untuk anda dari segi tenaga dan wang ringgit...

Kenapa anda sanggup memilih orang lain sebagai idola anda????

*************************************************

Tapi mungkin anda kena berubah bila anda membaca kenyataan di bawah ini...

Kita cari maksud IDOLA dulu yea....Apa maksudnya??????

Selama ini kita hanya menyebut sahaja. sesedap mulut sahaja...

IDOLA..

IDOLA...

IDOLA...

IDOLA...

Mengikut takrifan kamus Oxford ( Edisi ketiga 2001>, Idol dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala: pujaan: orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks penggunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala..

Bagaimana????

Saya sendiri terkejut dengan definisi IDOLA ini...

************************************

Simpati dan terharu dengan kejadian tanah runtuh yang telah menimbus rumah anak-anak yatim... Seramai 12 orang telah terkorban... AL_FATIHAH...

8 ulasan:

izzafey berkata...

Nabi Muhammad S.A.W idola sy

whitecappuccino berkata...

Ibu ayah tetap menjadi orang yg saya sanjungi...

teratai berkata...

..idola yg spatutnya bg org Islam~Nabi Muhammad S.A.W tapi dah jadi lain sekarang!

Al-Fatihah utk mangsa tanah runtuh.

Tinta Emas berkata...

AJM: Syukur

Tinta Emas berkata...

WC: memang patut pun kan?

Tinta Emas berkata...

Teratai: bukan idola tapi ikon...Nabi Muhammad s.a.w

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

idola saya Tun Mahathir..

suzieapai berkata...

salam k yam....dh lama tak jenguk sini...hiks....malas nk online benornye....

p/s sy pindah kt nibong 53..baru sebulan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...