Selasa, Mei 24, 2011

ANALISA ITEM...

Baru habis peperiksaan pertengahan tahun..

Masa untuk cikgu-cikgu menanda kertas soalan para pelajar..untuk peperiksaan kali ini, cikgu-cikgu diminta untuk membuat analisa item..

ANALISA ITEM??

Kalau nak cari definisinya memanglah terlalu sukar untuk ditafsirkan...tapi dalam bahasa mudahnya analisa item ini lebih kurang macam post mortem jugaklah..cuma ini style sekolah sahaja...Sebelum kertas jawapan dipulangkan kepada pelajar, cikgu perlu membuat analisa item..

Cikgu dikehendaki mengira berapa pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul bagi setiap soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan...Macam kertas Geografi ada 60 soalan, maka saya akan mengira berapa ramai pelajar yang menjawab soalan dengan betul dari soalan 1 hinggalah soalan 60..

Cerewetkan??

Memang cerewet jugaklah..kalau cikgu tu mengajar banyak kelas lagilah susah...

Sebenarnya tujuan membuat analisa item ini adalah untuk mengetahui tajuk atau soalan mana yang pelajar tidak boleh menguasai..dari sini juga, cikgu akan menekankan tajuk tersebut dalam pelajaran akan datang...

Setelah membuat analisa item ini, barulah cikgu-cikgu dibenarkan memulangkan kertas jawapan kepada para pelajar...

Dan cikgu-cikgu pun mulalah memasukkan markah terus ke dalam komputer sekolah...

********************************

Maaflah kawan-kawan..

Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini...jika terlalu sibuk sampai tiada idea yang boleh saya sumbangkan untuk blog saya ini...

Akan tetapi, saya masih lagi boleh berjalan-jalan ke blog kawan-kawan dengan tujuan untuk menambah pengetahuan dan mendapatkan maklumat terkini...

Sekarang ni pun tengah sibuk menanda kertas Bahasa Melayu 2 yang tak habis-habis dibaca...

Harap maklum

3 ulasan:

padlie berkata...

first time dengar psl ni... cerewet tu..

Jom kenal Sistem Suria kita

abiey berkata...

nice blog....jom join segmen

CikguIsya berkata...

kalau guna question/answer scanner, sekejap sahaja. Untuk ini, kena guna special OMR paper, tebal dan mahal kosnya. Dulu sekolah saya guna sekarang tidak lagi. Jawapan 7 kelas siap 'ditanda' dalam 1 jam seingat saya. Lepas itu boleh tahu soalan mana mudah, mana susah berdasarkan bilangan jawapan pelajar yang betul. Mudah betul menganalisis soalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...