Jumaat, Mei 20, 2011

PELAJAR LEMBAM?????

Sejak saya memasuki dunia pendidikan, acapkali saya telah diarahkan mengajar kelas-kelas yang terakhir..kelas pelajar lembam....

Pelajar lembam???

Pelajar lembam ialah pelajar yang lambat berfikir, kurang cerdik, lemah dalam pelajaran dan sebagainya.. Dalam bahasa inggerisnya ialah "slow learner"..

Mengajar pelajar-pelajar sebegini memerlukan kekuatan sebab selalunya pelajar ini juga hiperaktif. Kadang-kadang timbul rasa kasihan dihati saya..bukan kerana mereka pelajar melayu tetapi kemana arah tujuan hidup mereka selepas ini??

Tahun ini, sekali lagi saya berpeluang mengajar kelas yang ke 10. Sejak saya mula mendapat tahu mengenai kelas ini, saya sudah cukup risau ...risau mengenai kemampuan saya ....Lebih-lebih lagi saya mengajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR..

Sampai ke hari ini, saya masih lagi tercari-cari method atau kaedah-kaedah yang bersesuai untuk mengajar pelajar sebegini...dan otak saya seperti sudah habis berfikir untuk mencari kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian...saya buntu!!!

Ini baru luahan saya, seorang guru Geografi...bagaimana pula kalau kita mendengar keluahan guru-guru Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran yang lain???

Mesti mereka juga susah hati macam saya

Mengajar pelajar sebegini memanglah sukar...terlalu sukar bagi guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran seperti guru Pendidikan Khas.. disuruh menulis, terlalu lambat, disuruh mewarna pun lambat, disuruh membaca lagilah lambat...

Selalunya kelas akhir ini, saya akanmemberikan latihan-latihan yang mudah sahaja..seperti latihan pelajar tingkatan 1 atau sekolah rendah. latihan padanan, latihan berpandukan buku teks dan sebagainya...namun walaupun telah dipandu oleh saya, mereka masih jugak tidak boleh menjawab...bahkan kita sudah menunjukkan mukasurat dalam buku tersebut, juga masih tidak dapat mengenalpasti jawapannya...

Macam mana saya nak luluskan mereka??Bagaimana caranya saya boleh memenuhi amanah ibu bapa mereka yang mahukan mereka berjaya??? Saya cuba dan berusaha namun usaha saya seperti menuang air ke daun keladi....saya masih lagi tidak nampak peningkatan dan apa-apa perubahan....adakah saya sudah berputus asa???

Ya Allah, bantulah hambamu ini agar tidak terus lemah dan cepat berputus asa dalam mendidik pelajar-pelajar lembam ini...Berikan lah daku kekuatan untuk terus berbakti kepada mereka...

6 ulasan:

Gen2Merah berkata...

memang berat tugas untuk mendidik murid sebegitu kak. perlukan kesabaran dan ketahanan hati yang tinggi. kadang2 kesian tgok murid lembam ni terabai dan ketinggalan. entah mcm mana masa depan mereka kelak. ini lah masanya kita guru2 untuk membimbing mereka dengan sebaiknya.. all the best cikgu

norinaomar berkata...

Ya Allah kak,besarnya dugaan.itu sekolah menengah lagi menduga kesabaran kan kak to be compared saya yang mengadap budak sekolah rendah..kelas takde streaming pulak tu,pandai dan lembam dalam satu kelas.Sampai satu tahap lantaklah situ boleh belajar ke tak sebab yang mendukacitakan parents sendiri biarkan anak diorang jadi macam tu..

Kadangkan kak,kita mengeluh,geram dengan anak orang,takut juga satu hari nanti Allah nak uji kita dapat anak yang macam tu..Masya Allah,Nauzubillah..

Kalamhati berkata...

itulah yg slalu sy fikirkan juga..cemana nak mengajar dorang agar dorang cepat faham..tambahan pula sy ngaja subjek Bhs Arab..

mmg kdg2 hampir putus asa..tp perlu kuat semangat..tak putus berdoa agar Allah buka pintu ilmu dan hikmah kpd mereka..tu yg slalu jd motivasi kpd sy..keyakinan bhawa Allah akan bantu segala urusan kita jika kita ikhlas..=)

Siti Safiyyah berkata...

nak ajar pelajar lembam ni kene ade kaedah tertentu kan? semoga berjaya mendidik mereka.. :)

padlie berkata...

mereka jd gitu bukan atas kehendak mereka juga.. sepatutnya ada aliran khas untuk mereka.. kita tahu diorang tak dapat ikut pelajar normal apatah lg nak bersaing.. diorang perlukan lebih masa..

thn lepas di kota bharu ada saringan pelajar lembam di sekolah rendah.. mereka diturunkan darjah mengikut kemampuan masing2

izzafey berkata...

salam kak, sy x pernah ajar pelajar yg lembam ni...sbb sy ngjar sek teknik, lg pun budak sek teknik budak selected...

bg sy anda adalah guru yg hebat...kerana byk pgalaman mengajar budak...yg lembam ni...

cadangan sy...cukup la ajar budak diatas kemampuannya cth. sukarnya pelajar yg lembam mendapat 8A dlm PMR, tetapi cukup la pelajar tersebut lulus dlm semua mata pelajaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...