Khamis, Mei 26, 2011

SERONOKNYA......jika berduit..

Petang tadi, ketika saya sedang minum petang di kantin sekolah saya, tiba-tiba saya menyuarakan pendapat tentang seronoknya jika saya mempunyai wang yang banyak..kawan sekerja saya Pn Mahani bersetuju dengan pendapat saya ini..

Gaji sebagai seorang guru tidaklah semewah mana...lebih-lebih lagi saya mempunyai keluarga yang besar. jadi, jikalah saya berduit...ohh alangkah indahnya...

Kenapa saya berkata sedemikian??

Sebab petang tadi juga saya telah bershopping di Jasco Tebrau... sesi melaburkan duit bermula....ini semua gara-gara J-Card Day punya pasal...

Dari sekolah, saya menaiki teksi...walhal kalau saya menaiki kereta sendiri lebih menjimatkan dan tidak sampai 10 minit saya dah sampai ke sana...Tapi melalui pengalaman yang lepas, untuk mencari parking kereta pada hari ini amatlah sukar sekali...kadang kala mengambil masa berjam-jam barulah dapat tempat letak kereta...

Bila naik teksi tu just bayar sahajalah...tiba sana, mulalah mencari barang keperluan dahulu...rambang mata dibuatnya..namun dek kerana terlalu ramai orang, saya jadi tidak selesa...

Selesai bershopping ( macam sama sahaja harganya..) saya terus menaiki teksi lagi pulang ke sekolah...

Senang bukan?...bestnya kalau berduit.. lagi best kalau dapat beli apa yang kita hendak....malangnya saya masih dalam katogeri jimat cermat...

2 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

syukurlah cikgu pandai mengatur kewangan dengan bijak.. saya ni masih bujang tapi kuat sangat boros... dah lah belum kawin2 ni.. kekekeke...

padlie berkata...

Biasa kalau nak pergi J-card day, pukul 8 pagi saya dah tercongok depan pintu.. Time tu masih selesa nak shopping..

Saya pun kurang pandai urus kewangan saya. Kira kategori boros juga la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...