Sabtu, Mei 21, 2011

INTEGRITI, InTeGrItI dan integriti...

Isu hangat! Panas!!!!

Integriti, integriti , integriti, integriti.......

Itulah yang diluahkan oleh puan pengetua dalam mesyuarat guru pagi tadi...

Apa maksud integriti yang sentiasa diwar-warkan tu?

Walaupun saya boleh dikategorikan sebagai guru "lama" atau "senior", namun saya sebenarnya masih lagi belajar dan terus belajar

Semua orang boleh berkata tentang integriti.....tapi adakah mereka tahu maksud sebenarnya???

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang.

Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Rumusannya, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain.

Masih tidak faham lagi??

Oklah, saya mudahkan lagi...ini pandangan saya sahaja yea...

Pada saya integriti amatlah penting dalam diri seseorang itu, tidak kiralah sama ada kita ni orang atasan atau orang bawahan sahaja. Jika kita berkerja perlulah melakukan kerja tersebut dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan...saling bantu membantu...

Contohnya, pada hari ini, sekolah saya mengadakan hari gotong royong perdana.. Jadi semua orang ( guru dan pelajar ) bertanggung jawab bersama-sama menjalankan gotong royong dengan berkesan..tidak kiralah mereka orang atasan atau orang bawahan..

Kita sebagai guru pula, mesti mempunyai semangat kepimpinan yang berintegirti...

**********************************************

Saya suka dengan pendapat seorang intelek ini iaitu Dr Mohamed Sani Bin Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam Kajian kesnya mengenai isu ini telah menyatakan bahawa.....

Pempimpin seharusnya memahami bahawa semua pekerja adalah berbeza dan mempunyai bakat dan kemahiran semula jadi. Malah, yang penting mempunyai harga diri. Pemimpin yang dapat mendekati pekerja mereka secara terhormat dan memahami wujudnya keperluan yang berbeza akan disanjung dan dihormati serta disayangi.

Setiap manusia mempunyai martabat dan harga diri. Apabila pemimpin dapat memenangi hati dan perasaan pekerja, segala arahan yang dikeluarkan dilihat sebagai dorongan dan rangsangan.

kekuatan ini mampu menterjemahkan visi dan misi dalam bentuk tindakan dan komitmen kerja serta membantu merealisasikan wawasan.

Sebenarnya, pertimbangan kemanusiaan adalah kelebihan kepimpinan berintegriti dengan yang lain iaitu melihat kepimpinan sebagai suatu seni, kepercayaan dan rela hati dalam amalan dan tindak-tanduk harian..

Cuba hayati kenyataan tersebut.....

7 ulasan:

Unknown berkata...

bagus pendedahan yang terperinci cikgu cte kongsi pada kami..
mudah ayu nak faham ttg maksud sebenar intergriti..

ramai yang tahu menyebut tapi tak tahu maksudnya....

terima kasih ya cikgu..

teratai berkata...

jika setiap individu ada sifat intergriti dlm dirinya, sudah pasti isu korupsi dpt dibanteras dgn jayanya.

ps~ pelajar dah mula hantar KKG utk disemak.Sama spt Cikgu CTE, kelas lemah agak slow sikit,tapi nasib baik hasil kerja mereka,saya simpan dlm fail peribadi mereka,jadi senanglah utk disemak mana yg belum siap tu.

eelobor berkata...

"kebanyakkan" daripada senang untuk membicarakan perkataan tersebut daripada melaksanakan.... cuba pandang dalam skop yang agak luas sedikit....

Tinta Emas berkata...

ayu: entry ini ada maksud tersirat yang mendalam yang saya tujukan kepada orang2 yang berkenaan...

Tinta Emas berkata...

teratai: cuti sekolah nie baru saya nak tanda sedikit demi sedikit..

Tinta Emas berkata...

eelobor: memang sukar nak terapkan dalam diri...tapi sebagai pemimpin perlulah perihatin dengan orang bawahannya kan???

memang kita perlu tengok dalam skop yang lebih luas...

padlie berkata...

Selalu istilah integriti ni dikaitkan juga dengan kredibiliti.. Sebagai manusia biasa agak sukar untuk kita amalkannya.. Cara paling mudah untuk amalkannya, saya diajar untuk mengikut perintah..

Kan kakitangan kerajaan selalu sebut "Saya yang menurut perintah". Perintah kat sini bukan perintah bos.. Tapi adalah perintah peraturan kerajaan dan undang-undang.. Perintah bos jadi nombor dua..

Kalau kita berpandukan perintah ni, insyaAllah sifat jati diri yang cikgu sebut tu akan hadir dalam diri kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...