Ahad, Disember 15, 2013

Kek Span Keju Bersalji yang mencengkam kalbu..

Sekarang memang popular kek ni.. mana-mana penjual kek dalam fb, asyik promot kek-kek sebegini...sampai meleleh air liur ni bila terpandangkan kek keju bersalji yang meleleh-leleh tu.

Bila dah cuti  sekolah ni, mula anak-anak merengek-rengek meminta dan menyuruh buat kek itu dan buat kek ini...sampai tak terkata nak jawab " mak mu ini tak pandai buat kek bagai.."

Kali ini saya nak juga buat kek meleleh ni..jadi atau tidak belakang kira.. Explore punya eksplore terjumpa resepi ini kat blog yatie Sinar Kehidupanku....saya rajin merujuk kat blog ini, dan Insya Allah memang menjadi kalau mengikut resepinya..


Tengok...menjadi kan??? Kalau yati buat vanila coklat..saya buat vanila pink...sebab masa tu saya tak ada coklat emulco...tapi memang menjadi..lembut sesangat selepas masuk dalam peti ais..then keluarkan kejap...baru makan..mak oiiii...sedapnya..


Ni pula bahan-bahan kek nya...
kena timbang betul-betul dan pastikan semua bahan ada barulah saya boleh membuatnya...kalau kurang satu bahan pun, mood saya dah lari dan memang tidak akan menjadi kek ini..

Kalau nak resepinya  salin kat bawah ni..tapi kalau boleh mintaklah izin kat yatie dulu...

KEK SPAN CHEESE BERSALJI

Bahan-bahanya,

150 gm tepung kek - tepung lain boleh juga
1 sudu kecil serbuk penaik - ayak dengan tepung kek
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak
perisa vanilla
pewarna merah

Cara-cara :

1.             Satukan gula, ovalette dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu.
2.             Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.             Tuangkan minyak berselang seli dngn tepung yang di ayak bersama baking powder ke dalam    adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4.             Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak warna merah. Gaul sebati semuanya.
5.             Sediakan tin pembakar  griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah .
6.             Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7.             Biarkan kek benar-benar sejuk barulah di hias. 

UNTUK KRIM

·                     1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
·                       1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING

·                     1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara menghias kek

1.             Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
2.             Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
3.             Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
4.             Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong


Nilah kek yang saya buat masa pertama kali buat dulu.. nipis pulak..sebab bahagian bawah kek bantat..x naiklah..tapi separuh lagi memang lembut macam kat secret resepi...tu kata adik ipar sayalah...

Bila saya tanya orang yang jaga kedai bakery, mungkin terlebih pukul telur agaknya... betul ke?..

Tak pelah.. yang pasti kek ini adalah pengalaman pertama saya... kek kat atas tu adalah kek yang ke 2 saya buat.. jadi kan?

cubalah... memang sedapppp..





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...