Isnin, Disember 20, 2010

Donat Oh Donat

DONAT - Emmm sedapnya...bukan sahaja kanak-kanak sukakanya bahkan orang dewasa dan orang tua juga tidak ketinggalan menyukainya...bila bercakap tentang kuih donat ni, saya sudah banyak kali membuatnya..mana-mana kuih donat yang sedap dimakan, saya tidak malu-malu untuk meminta resepinya..tetapi kadang-kadang, resepi yang diberikan terlalu rumit dan agak sukar untuk diaplikasikan... Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi resepi donat dari donat yang mudah dibuat hinggalah donat yang agak lama penyediaannya...Donat-donat ini saya telah cuba membuatnya dan semuanya menjadi cuma saya ni suka sangat mencari resepi donat yang betul-betul gebu... Resepi ini saya dapat dari mak mentua adik perempuan saya. Dia selalu mengambil tempahan masakan untuk kenduri kendara.Resepi ini boleh juga dibuat pau..selalunya saya buat donat dan pau sekali. Bahan-bahannya:- 1 kg tepung 1 Senduk nasi Minyak masak 60 sen yis basah 2 biji telur ayam 2 sudu besar margerin 2 sudu besar susu tepung 2 sudu besar gula Garam Caranya ialah semua bahan-bahan tersebut kecuali tepung diblander bersama dengan air suam sebanyak 1/2 ukuran blender. Lepas itu, uli dengan tangan dan bulat-bulatkan serta di lubangkan ditengah-tengahnya. Resepi ini tidak perlu diperap. kita boleh goreng terus. Resepi donat yang ke-2 ni saya peroleh daripada Pn Zetty, tuan punya kantin sekolah saya dulu. Bahan-bahannya ialah:- 1 kg tepung gandum 2 @ 1 1/2 bungkus yis ( mauripan ) 1 Kuning telur 1 senduk nasi margerin 3 sudu susu pekat garam Semua bahan di atas disatukan dan digaul sehingga sebati. kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut. Rehatkan 10 minit..selepas naik sedikit, lumur tangan dengan minyak masak dan bentukkan donat. lepas itu masaklah...( Resepi ini saya dah cuba tetapi agak sukar untuk dibentuk sebab adunannya agak lembik sedikit ) Resepi ke- 3 ini saya, saya dapat daripada Puan Suria di Resepi.Net. Resepi ini agak mudah dan saya sudah mencubanya banyak kali..lembut dan sedap..bahan-bahannya ialah:- Bahan A 3 cawan tepung gandum 3 sudu besar susu tepung 3 sudu besar lelemak sayuran ( shortening ) 3 sudu besar gula caster Bahan B 170 ml air suam 2 sudu teh yis Cara-caranya:- 1. Satukan bahan B dan biarkan berbuih sekejap. 2. Satukan semua bahan A yang telah digaul sebati.kemudian masukkan bahan B ke dalam Bahan A. Uli doh hingga licin dan lembut 3. Terus terap atau bulat-bulatkan. Kemudian perap hingga naik 2 kali ganda. ( lebih kurang 30 minit ) dan goreng dengan api yang sederhana. Resepi yang ke 4 ni saya dapat dari Face book Kongsi resepi. Resepi donat ini menggunakan kentang lenyek.. Jiran saya dahulu suka membuat donat dengan menggunaka kentang..dia cakap donat yang akan terhasil akan lembut dan gebu. donat kentang kastor sugar bahan2nya: 500 gm tpg roti 1 pkt yis segera 100 gm gula 2 biji telur 2 biji kentang..rebus n lecek halus 100 gm mentega 1 sudu teh garam halus air secukupnya untuk mengguli. cara2nya: masuk tpg, yis, gula,telur n kentang..uli dengan air sedikit2. agak dah jadi doh..masukkan mentega..uli lagi n masukkan garam..uli hingga doh menjadi lembut n licin...canai n terap. biarkan donat ini kembang sebelum menggoreng dgn api yang sederhana..selesai mengoreng..boleh lah di salut dengan gula kastor or dihias dengan coklat... Resepi terakhir ini saya peroleh daripada kawan saya.. saya tidak pasti dia dapat dari mana...tetapi resepinya saya dapat di dalam blog dia www.teratakmuslim.blogspot.com yang dikenali sebagai donat Taman Daya.. Resepi donat ini menggunakan susu segar. Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar ) 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast) 1/4 cawan air suam 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit 1/2 cawan gula halus 1 sudu kecil garam 2 biji telur 1/3 cawan shortening/butter 5 cawan tepung gandum Minyak untuk menggoreng Cara-cara 1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih. 2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan. 3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti. 3. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari. 4. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 5. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak. 6. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas. Inilah sahaja resepi donat yang menjadi koleksi saya selama ini...bagi yang mahu cepat bolehlah menggunakan resepi 1, 2 dan 3 tetapi bagi yang mahukan resepi yang berlainan, bolehlah menggunakan resepi 4 dan 5...bagi saya, saya akan mencuba semua resepi ini..dan bila kita sudah mencubanya, kita akan dapat menilai sendiri sama ada donat yang kita hasilkan itu sedap atau tidak..Saya tidak berhenti untuk mencari resepi donat sehinggalah saya memperoleh donat yang benar-benar memuaskan hati saya dan keluarga saya...SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...