Isnin, Disember 31, 2012

Terima kasih kepada semua..

Syukur alhamdulilah...Allah swt masih memberi peluang untuk saya bernafas lagi i hari ini.

Semalam, saya menerima banyak ucapan hari lahir dari sahabat2 saya dan pelajar2 yang masih mengingati saya.. Terima kasih  buat semua..

Doa-doa mereka yang ingin melihat saya bahagia di dunia dan akhirat dan banyak lagi doa-doa yang baik ...saya sungguh menghargainya....

Terima kasih juga kepada adik saya kerana telah membuatkan kek hari jadi yang sedap dan cantik ini....
.



Sebenarnya kek ni kongsi dengan anak lelaki saya, Amirul Asyraf.. Tarikh lahirnya 12.12.12 yang lalu..Disebabkan kesibukan yang melanda menyebabkan saya menunda  sambutan hari lahir untuk anak saya itu..Nasib baik dia memahami.

Apa-apa pun terima kasih semua...



Sabtu, Disember 29, 2012

Budaya Majlis Perkahwinan di Dewan...

Baru sahaja balik dari majlis perkahwinan anak salah seorang  cikgu  di sekolah lama saya di dewan Bukit Mutiara Johor Bahru..Minggu lepas, jiran sebaris dengan rumah saya pun mengadakan majlis perkahwinan anak mereka di dewan itu juga..

Terima kasih kepada pn Zubaidah Mohd Tahir, cikgu SMK Taman Daya  kerana sudi menjemput saya dan tahniah juga kerana mendapat menantu perempuan tahun ini..


Gambar pinjam kat fb cikgu zubaidah Md Tahir...ni masa belah perempuan...

Berbalik kepada isu diatas, saya sebenarnya setuju juga kalau kita membuat majlis perkahwinan di dewan..lebih-lebih lagi jika kita tinggal di taman perumahan..

Jika kita buat majlis di dewan, rumah kita pun tidaklah berselerak, kita pun tidak penat untuk menguruskan rumah seusai saja majlis besar itu..Lagi satu yang penting, kita tidak menganggu lalu lintas dan menganggu keselesaan jiran-jiran kita..

Selain itu juga..jika berlaku hujan seperti keadaan sekarang yang sentiasa hujan ni, selamatlah...kita pun tidak  basah dan lantai pun tidak lecak...kalau tidak,habis basah para tetamu dan menimbulkan ketidakselesaan kepada tetamu...

Lagi satu, banyak kejadian rompakan atau kecurian di rumah-rumah yang mengadakan majlis perkahwinan kerana para tetamu boleh sesuka hati menggunakan tandas dan memasuki bilik tanpa kita sedari..

Itu pendapat sayalah...tapi saya pun tidaklah bersetuju 100 peratus..kadang-kadang ada juga keburukannya..kadang-kadang membuat majlis di dewan ini akan menjarakkan hubungan  persaudaraan...kekadang saudara mara ni nak juga  melihat rumah kita dan bolehlah  bertandang di masa akan datang...

Kasihan dengan saudaramara yang mahu beramah mesra sesama mereka ... tiada tempat duduk ..

Tapi pada saya, majlis perkahwinan di  kampung juga yang meriah...ramai tetamu , ramai yang sudi membantu,  gotong royong dan sebagainya... Saudara mara pun ramai yang datang...

apa pendapat anda?

Rabu, Disember 26, 2012

Cantik dengan Kolagen?


Sejak dua menjak ni,  "fb" saya penuh dengan iklan-iklan yang tidak diundang mengenai produk-produk mengenai kolagen. Masing-masing ingin menarik perhatian supaya kita membacanya dan seterusnya membeli produk mereka.

Siapa yang tidak mahu cantik?..kalau sudah dinamakan perempuan, memang keinginan untuk sentiasa dipandang cantik itu tetap ada walaupun sedikit...betul tak?

Saya pula memang sudah lama menghadapi masalah jeragat yang teruk...mungkin kerja saya menghadap komputer yang menyebabkan muka saya begini kot...entahlah, saya agak sahaja.. faktor jeragat ni banyak... tidak perlulah saya huraikan...

Mula-mula saya mahu berkongsi cerita tentang produk di bawah ini..

    "Rumpai Laut"

Ini kolagen asli dari laut..Jika kita hendakmemakainya, kita hendaklah memasak dahulu produk ini  untuk di minum dan disapukan di mukasetiap hari...mudah bukan..

Harganya pun murah ..kira-kira RM25 sahaja...

Rumpai asli ni saya dapat "free" sahaja dari  adik saya.. dia mencadangkan kepada saya  untuk saya memakainya..

TAPI...

sampai sekarang saya tidak membuat apa yang disuruhnya...malas sesangat...



Ini produk yang ramai  pelakon dan penyanyi Malaysia telan.Penyanyi Adira tu dah putih melepak sejak amalkan produk ini...memanglah kita akan cepat tertarik kalau ada testimoni yang berjaya putih kesan penggunaan produk ini..

TAPI..

Produk ni sangatlah  mahal... RM240.00  kalau jadi ahli bolehlah  dapat RM220.00.
Produk ini kena makan dengan satu lagi produk utama SNE yang bernilai RM200.00...Semua sekali kira-kira RM440.00...mahalkan?

Tapi kawan saya dealer produk ini ...Cikgu Mahani  ( boleh dapat harga ahli..hi hi hi )...saya baru pakai sebulan...trial dulu...





Ini pula produk yang popular jugak.. Harganya lebih kurang RM180.00...Mahal jugak..
Produk ni dipromosi oleh kawan "FB" saya iaitu cikgu Nor Arba'ayah Ramli..Ini kawan masa saya ambil Diploma Pendidikan di UTM, Skudai JB...

Sudah menjadi usahawan berjaya rupa-rupanya dia..Tahniah..jadi dealer produk ni jugak...Seorang yang baik dan berterus terang... kalau dia cakap baik, memang betullah produk tersebut berkesan...bukan bohong...

Saya sedang fikir-fikirkan produk ini...



Produk ini digunakan oleh adik ipar saya , Maria Kasim yang mengajar di Sarawak..Baru-baru ni dia datag ke rumah saya dan membeli produk ini..

Yang ini..murah jugak..tempohari saya jejalan ke Giant, Plentong..cuba tanya produk ni... sekarang sedang promosi  2 kotak cuma RM50.00 sahaja...murah kan?

Tapi saya hanya tanya sahaja...

Kesimpulannya, banyak sangat produk kolagen sekarang ini.. tak tahu mana satu yang hendak digunakan..Cuma apa-apa produk kolagen yang digunakan tu janganlah palsu kalau tidak bukan cantik yang kita dapat malah lebih teruk pulak tu...





Selasa, Disember 25, 2012

Musim Banjir Kembali Lagi

Memang semua sudah sedia maklum, kalau bulan 12 ni mesti musim tengkujuh  akan melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang orang panggil musim musim hujan atau musim banjir.

Pagi  ni baca akhbar harian  metro, penuh dengan berita banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ingatkan tidak akan berlaku banjir di negeri tersebut sebab semasa negeri di pantai barat dan tempat saya, Johor , hujan turun dari pagi hingga  ke petang tapi  mak mertua saya beritahu bahawa di Kelantan langsung tidak hujan..

Pagi ni ingatkan nak basuh semua selimut, tapi dari pagi asyik mendung aja, terbantut rancangan saya..tangguh hingga hari panas..

Berbalik cerita  hal banjir tersebut, rakan-rakan di "fb" pun dah mula update status banjir di bandar Kuantan semalam lagi.. Tak sangka pula, banjir sampai ke Kelantan.

Gambar: Mak aihh serabut..macam mana nak balik ni uwaaaaa''''''''''b
 Pinjam gambar di "fb" rakan yang berada di bandar Kuantan, Pahang.

Apa-apa pun, memang sekarang  angin monsun Timur Laut sedang bertiup, angin yang membawa hujan lebat dari Laut China Selatan.... memang banjir sering berlaku semasa monsun ini.

Jadi,berwaspadalah...mungkin banjir juga akan melanda bahagian pantai Johor dan akan membanjiri bandar Kota Tinggi, Johor...

Wassalam...



Isnin, Disember 24, 2012

Kena Pilih Sosej yang Halal..


Sosej memang makanan segera yang diminati  oleh anak-anak saya. Kata orang makanan zaman moden ni..

Golongan kanak-kanaklah yang paling suka memakan sosej ini. Para peniaga juga suka menjual sosej  kerana penyediaannyamudah dan mendapat untung yang banyak.

Isu mengenai halal haram sosej ini memang sudah lama diperkatakan. Semakin diperkatakan, semakin banyak pula produk sosej dikeluarkan dengan pelbagai jenama.

Selalunya bagi keluarga saya, saya sukamembeli produk sosej jenama "Ayamas"..Tetapi baru-baru ni, produk sosej keluaran ini juga telah dipertikaikan..

Justeru itu, terpanggil pula saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat di "fb" baru-baru ini..




Marilah kita tengok senarai sosej yang tidak halal dimakan.. sebagai  pengguna Islam, kita sudah semestinya memilih produk-produkyang halal untuk dimakan oleh kelurga kita..

Berikut adalah senarai jenama sosej yang tidak halal  ( yang dikenalpasti disalut dengan usus khinzir ):-

* Jenama  Gourmessa  keluaran Deluxe Food Services Sdn Bhd.
* Jenama  Muller's Haus keluaran German delicatessan - Subang
* Jenama Dew Fresh  keluaran   OmcorpSdn Bhd - Bukit Angkat Kajang
* Jenama Puteri  keluaran Puteri Pan Pacific
* Jenama Miami butcher House keluaran Miami Butcher  House - Batu Feringgi
* Jenama Maspac keluaran Pacific Refgerating Sdn Bhd

Terpanggil saya dengan isu ini...saya terfikir, sosej-sosej yang dijual di kantin-kantin sekolah anak-anak kita tu dan di pasar-pasar malam...halalkah?

Kadang-kadang kita tidak dapat memantau apa yang dimakan dan kesahan halalharam makanan di kantin sekolah anak-anak kita itu..Seperti yang kita maklum, para peniaga ini hanya mahukan untung yang banyak sahaja..Mereka selalunya membeli barangan yang murah tanpa melihat kualiti produk. Jika ada tanda halal, terus mereka membelinya...

Sesekali kita sebagai ibu bapa yang perihatin, kita pergi ke sekolah anak-anak kita dan cuba merasa sosej yang disediakan...sedap atau tidak?

Dari situ, kita tahu gred sosej yang digunakan....tepuk dada tanya selera...

Sekian untuk kali ini...wasalam






Rabu, Disember 05, 2012

Kad kawin dulu dan sekarang..

Sedang saya mengemas2, tetiba saya terjumpa kad kawin saya tahun 1994 dulu.

Kenangan...... kenangan...




Muka depan kad kawin saya...( dah cuba nak melintangkan tapi tak boleh-boleh...mungkin dah lama sangat tinggalkan blog ni...)


Bahagian dalam kad kawin saya..


Dahulu, masa saya nak kawinlah...masa tu saya baru sahaja bekerja setelah  tamat belajar. rasa-rasanya baru 5 bulan bekerja.. Dahulu, gaji tidak sebesar orang sekarang..sekelumit aje...cukup-cukup makan pakai sahaja.

Dahulu juga, duit hantaran pun tidaklah banyak macam sekarang..jadi emak dan bapak lah yang memikirkan mengenai kad kawin ni...saya lengang kangkung aje...

Bapa saya buat kad kawin ni dekat pejabat felda sahaja. majoriti anak-anak felda menggunakan kad seperti ini sahaja. Jika yang berduit tu barulah tempah di kedai,,, cantiklah sikit tapi mahallah..

Kad kawin saya ini menggunakan kertas saiz A4 sahaja dan berwarna kuning..Bila siap dicetak oleh pejabat Felda, bapa saya akan bawa balik ke rumah untuk di lipat lagi supaya menjadi sehelai kad depan belakang..Selepas tu kami adik beradik akan membahagikan kad tersebut mengikut bilangan ahli dalam setiap blok...selepas siap, bapa saya akan berjalan menunggang motor berjumpa setiap ketua blok untuk menyerahkan kad kawin ini...

Begitulah nostalgia nya kenangan tersebut..

Sekarang kad kawin sudah pelbagai..nak jumpa kad kawin  seperti kad kawin saya ni pun dah tak ada...semua dah cantik, kreatif dan berbau wangi lagi..

Macam gini...


Akan datang tak tahulah macam mana agaknya kad kawin yea?



Selasa, Disember 04, 2012

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

1hb Disembar 2012 petang, saya menerima sms mengatakan kawan lama saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Mersing, Johor.

Memang mengejutkan..lebih-lebih lagi membaca  sms sebegini. Untuk mengesahkannya, saya meng"sms" beberapa kawan-kawan lama yang lain melalui "fb"..memang sah..

Tetiba, rasa sedih melanda...kenangan semasa sekelas dengan allahyarham mengimbau kembali...teringat kata-kata terakhir dia...sangat sedih...

Foto

Sekampung, sebaya dan sekelas semasa tingkatan 6 di Sek Men Tun Habab, Kota Tinggi...

Foto

Esoknya,  saya en suami membeli akhbar Harian Metro. Di muka hadapan terpapar berita mengenai kemalangan ini..sangat sayu saya membacanya...

Dalam keadaan umur sebegini, seorang demi seorang kawan-kawan mula dipanggil Illahi..

Tak tahu nak bicarakan lagi sebab sebak untuk menyimpulkannya..

Semoga roh arwah  sekeluarga  ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

Al-Fatihah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...