Memang semua sudah sedia maklum, kalau bulan 12 ni mesti musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang orang panggil musim musim hujan atau musim banjir.
Pagi ni baca akhbar harian metro, penuh dengan berita banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ingatkan tidak akan berlaku banjir di negeri tersebut sebab semasa negeri di pantai barat dan tempat saya, Johor , hujan turun dari pagi hingga ke petang tapi mak mertua saya beritahu bahawa di Kelantan langsung tidak hujan..
Pagi ni ingatkan nak basuh semua selimut, tapi dari pagi asyik mendung aja, terbantut rancangan saya..tangguh hingga hari panas..
Berbalik cerita hal banjir tersebut, rakan-rakan di "fb" pun dah mula update status banjir di bandar Kuantan semalam lagi.. Tak sangka pula, banjir sampai ke Kelantan.
b
Pinjam gambar di "fb" rakan yang berada di bandar Kuantan, Pahang.
Apa-apa pun, memang sekarang angin monsun Timur Laut sedang bertiup, angin yang membawa hujan lebat dari Laut China Selatan.... memang banjir sering berlaku semasa monsun ini.
Jadi,berwaspadalah...mungkin banjir juga akan melanda bahagian pantai Johor dan akan membanjiri bandar Kota Tinggi, Johor...
Wassalam...
1 ulasan:
assalam.alhamdulillah dah beransur pulih banjir kat Ktn, tempat saya tu..:) juga ada kisah diblog sy..
Catat Ulasan