Peningkan?..
Kalau anda tidak suka geografi , hal ini mesti memeningkankan...Tapi inilah realitinya..
Jawapannya, silalah baca di SINI...
Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Bulatin Utama di TV3 sebentar tadi menguar-uarkan tentang hujan lebat yang akan melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya negeri Kelantan dan Terengganu..
Dengan kata lain, musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri tersebut...Tadi pagi, kami , guru-guru wanita juga ada berbual mengenai perkara ini.. kemungkinan negeri Johor juga akan kena tempias sama dan dijangka juga akan mengalami banjir besar..betul ke???
Saya selalu menerangkan kepada anak-anak saya bahawa hujan yang kita alami bulan lepas adalah hujan yang berpunca daripada tiupan angin Sumatera.. Sebab itulah hujan yang melanda kawasan JB ni kerap berlaku di waktu petang dan awal pagi..Kadang-kadang kita panggil hujan peralihan monsun iaitu dari angin monsun barat daya bertukar kepada angin monsun timur laut..
Dan sekarang bulan November, jadi angin yang bertiup adalah angin Monsun Timur Laut..Ini kerana angin yang membawa hujan lebat ini bertiup dari bulan November hingga bulan Mac 2011 nanti.. Disebabkan angin ini melalui Laut China Selatan yang luas itu, ia membawa angin lembab yang akan menurunkan hujan yang lebat ke negeri-negeri pantai timur sehingga menyebabkan banjir yang besar..Selalunya laut akan bergelora dan nelayan tidak akan boleh pergi ke laut. Inilah yang dipanggil musim tengkujuh...
Ramai orang tidak tahu apa di musim tengkujuh? dan ada juga yang dah tahu namun tidak tahu untuk menerangkannya...saya cuma mahu berkongsi ilmu pengetahuan sahaja... saya suka subjek Geografi dan mahukan para pelajar saya faham dengan sistem angin ini...namun mereka masih tidak dapat mengaitkannya walaupun sudah mengalaminya..
Selalunya jika musim tengkujuh berlaku, orang ramai selalunya ditegah daripada bermandi manda di tepi-tepi laut. Namun kalau musim cuti sahaja, mesti ada kita dengar berita tentang kematian atau lemas...Lagi ganas ombak , lagi suka mereka yang degil mandi...
Kata orang, sediakan payung sebelum hujan, berhati-hatilah yea...
*Suka bermain dengan banjir sebab kawasan saya tak pernah banjir...*
Peperiksaan PMR tinggal beberapa hari lagi....
Rasanya ramai calon PMR sudah semakin berdebar-debar untuk menghadapi hari tersebut.
Bagi yang sudah bersedia, syukur alhamdulillah...
Masa inilah untuk mereka menenangkan fikiran dan menumpukan semua perhatian kepada peperiksaan yang akan mendatang kelak..
Tetapi bagi sesiapa yang masih dalam angan-angan ( nak berjaya tapi tidak berusaha ), masih lagi dengan dunia mereka, akan merasakan bahawa mereka masih lagi tidak terancam..masih boleh bergembira...
Begitulah dengan kejadian yang saya alami sendiri.. Bermula naik sekolah selepas cuti raya tempoh hari sampailah hari ini, latih tubi tidak putus-putus dilakukan untuk kecemerlangan para pelajar .. Saya rasa bukan sekolah saya sahaja malah sekolah lain juga sedang bertungkus lumus untuk persediaan menghadapi peperiksaan ini...Masing-masing mahu memastikan para pelajar mereka lulus dengan cemerlang...
Para pelajar sudah mula bingung, celaru, keliru dan macam-macam lagi perasaan yang bergelora dalam hati mereka. Kadang-kadang mereka sampai tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Tidak tahu mana satu yang perlu diulang kaji...
Sampaikan terjadinya dialog seperti dibawah....
"Ok semua, saya hendak terangkan tentang ciri-ciri iklim.. tolong tumpukan perhatian..."
"Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun...maksud lembap itu ialah hujan dalam bahasa ringkasnya.."
"Kalau lembap itu menandakan hujan yang turun, apa pula maksud panas??"
"PANAS ITU SEJUK, CIKGU!!!" kata seorang pelajar lelaki dengan penuh keyakinan..
"Hah!! Panas tu sejuk???" jerkah saya...
Semua pelajar ketawa.... saya pun ketawa besar juga...
Kelas ini bukan kelas galus ( gagal lulus ) tetapi kelas yang baik... kenapa pelajar tersebut boleh berkata begitu???
Saya rasa sebab KELIRU, CELARU, dan sekeluarga dengannya....
Kepada calon-calon PMR, ambillah kesempatan yang ada ini untuk menenangkan fikiran anda, tarik nafas panjang-panjang....barulah buka buku dan ulang kaji pelajaran yang lemah...
Budaya meniru memang sudah tidak asing bagi kita.
Baik meniru semasa peperiksaan, meniru kertas kerja, meniru orang lain dan macam-macam lagi
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah meniru untuk membuat kerja kursus Geografi dan Sejarah yang diwajibkan kepada para pelajar PMR tahun ini.
Kebetulan, saya membuat entry panduan untuk kerja kursus mata pelajaran ini. Tujuan saya adalah untuk membantu dan memudahkan para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.Blog ini juga dibuat salah satu faktornya adalah untuk penyebaran ilmu kepada semua..
TAPI
Nampaknya, saya rasa sedih dengan sesetengah pelajar yang meminta izin untuk memciplak atau meniru 100% panduan saya tanpa mengubahnya dan seterusnya menjadi sebuah buku skrap. Beberapa kali juga saya sudah nasihatkan kepada mereka bahawa perbuatan mereka yang tidak bijaksana ini akan memakan diri mereka.
Ini kerana, saya membuat panduan untuk memahami mereka sahaja bukan kerja kursus yang lengkap. Saya mahu mereka berusaha mengubahnya untuk menjadi satu karya mereka sendiri dan sesuaikan dengan tempat tinggal mereka.
NAMUN
Saya kecewa...
Inilah yang saya hadapi dengan pelajar saya sendiri yang suka meniru 100 % panduan dan rujukan dalam blog saya ini.Akibatnya, saya terpaksa menyuruh mereka membuat semula sebahagian kerja kursus ini kerana ada maklumatnya tidak ada di kawasan kajian mereka.
Inilah sikap pelajar sekarang, bila kita kasi peha, mereka nak betis!!
Oleh sebab itulah saya membuat entry melekat di atas post ini sebagai ingatan kepada para pelajar supaya tidak meniru atau menceduk idea di blog ini 100%. Sebab saya hanya membuat panduan sahaja bukan satu kerja kursus yang lengkap...
Dunia kita sudah banyak kemusnahan..tapi ALAM tetap bersabar..
Nuklear bermaharajalela, namun ALAM tetap mampu bertahan..
Pencemaran sudah tidak boleh terkawal lagi, ALAM seperti sudah lali..
Namun jangan diuji kesabaran ALAM, kerana sekarang ALAM sudah mula menunjukkan tanda-tanda hilang kekuatan...yang ada cuma AMARAH!!!
Kesannya sangat hebat..
Seperti Tsunami terburuk di Jepun baru-baru ini...
Dan terbaharu, ALAM telahmenghadiahkan Puting Beliung di Amerika...
Bayangkan di Malaysia ada puting beliung???
Puting beliung dilihat dari ruang angkasa..
Macam dipintal-pintal sahaja dunia ini kan???
Bila dah jadi macam ini, apa yang terfikir dalam minda kita cumalah MATI...masa tulah terfikir bahawa kita ini belum lagi bertaubat...banyak dosa yang telah kita lakukan...dan macam-macam lagi...memang menakutkan ...
Macam mana ia boleh terjadi??
Ini semua disebabkan oleh pertembungan angin panas dan lembap dengan udara sejuk dan kering..Selalunya angin ini terbentuk di negara-negara yang mempunyai lautan-lautan yang luas seperti Lautan Pasifik , Lautan Atlantik dan lautan-lautan lain..
Alhamdulillah, negara kita tidak termasuk dalam golongan negara yang menerima nasib sebegini...Kita cuma ada Laut China Selatan sahaja...Selalunya apa yang kita dapat adalah tempias daripada negara-negara jiran kita.. Contohnya negeri Sabah kerap kali terkena tempiasnya..itu pun jika ada taufan melanda selatan Filipina..
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bertanya dengan En Padlie..rasanya dia lebih pakar dalam hal ini..Saya cuma ingin berkongsi sahaja sebab ini adalah antara satu cabang geografi...
Tapi bila terjadi sesuatu musibah, kita akan terfikir kenapa???
Mungkinkah ini hukuman Allah kepada umatnya yang banyak melakukan maksiat dan dosa???
Hari ini adalah Hari Bumi
Saya pun hampir lupa bahawa hari ini adalah hari bumi... nasib baiklah saya melihat iklan di TV9 berkenaan hari bumi ini..
Sebagai seorang guru geografi, saya memang minat dengan hal-hal yang berkaitan dengan bumi. Lebih-lebih lagi bila saya sedar bahawa bumi kita sudah semakin uzur ( berjuta-juta tahun umurnya..) dan terlalu banyak pencemaran.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi dan menyokong segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan atau swasta bagi memastikan bumi kita terpelihara...
Sebenarnya hari Bumi disambut setiap 22 April setiap tahun adalah khusus untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada khazanah alam yang semakin pupus, disebabkan peningkatan jumlah manusia, keperluan untuk pembangunan serta ketiadaan pemuliharaan yang tersusun.
Sebenarnya banyak cara kita boleh sambut dan menyokong program ini
Salah satunya kita sokonglah kempen alam sekitar seperti program kitar semula.
Kitar semulalah barang-barang yang boleh dikitar semula seperti akbar lama, botol plastik, botol kaca, tin minuman dan sebagainya. Dengan car ini , anda telah menyokong hari bumi tanpa anda sedari.
Selain itu juga saya pernah membuat entry tentang sisa minyak masak yang boleh digunakan untuk sumber alternatif lain..sila klik SINI
Selain itu, sisa-sisa makanan seperti sayur-sayuran boleh juga dikitar semula....kita boleh jadikan baja kompos. Baja kompos ini merupakan baja semulajadi 100%. tidak langsing menggunakan bahan kimia..
Seperti gambar di bawah ini...
Beberapa tahun lepas, saya melalui Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah mencuba membuat baja kompos. Cara pembuatannya kena banyak bersabar terutama sekali bab bau dia ( sangat tak tahan ). Ini kerana terdapat campuran sisa sayur-sayuran, rumput, daun-daun, dan najis haiwan ( kami gunakan najis gajah yang diperoleh dari zoo johor )..
Ini adalah baja selamat...
Selain itu ada banyak lagi cara kita hendak menyelamatkan bumi daripada terus musnah..
Tanamlah pokok-pokok di sekeliling kita agar dapat menghijaukan bumi... secara tidak langsung dapat menyedarhanakan suhu bumi..
Elakkan menggunakan penyembur ubat nyamuk kerana penyembur tersebut mempunyai bahan kimia ( kloroflorokarbon ) yang boleh menipiskan lapisan ozon...
Sebenarnya banyak cara kita boleh menyokong program-program kesedaran ini...yang penting diri kita sendiri. sama ada mahu atau tidak..
Marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi...
Wassallam
Minggu ni saya mengajar tajuk "Sumber tenaga di Malaysia"...Salah satu sumber elektrik yang kita peroleh ialah daripada sumber hidroelektrik...sumber tenaga yang berpunca daripada air ( sungai)...
Sebenarnya dalam buku teks Geografi Tingkatan 3, sumber tenaga hidroelektrik tidaklah diterangkan secara menyeluruh..cuma saya tekankan bahawa jika ada tenaga hidroelektrik, mesti ada empangan...Empangan??? pelajar dah mula bertanya....
Apa dia empangan??
selalunya, saya akan melukis dua buah gunung dahulu, kemudian saya akan buat blok di tengah-tengah menandakan ada empangan tersebut...bila saya lukis je macam gini...beberapa orang pelajar dah mula tersenyum-senyum...situasi ini memang saya dah jangka...berbelas2 tahun saya melukis gunung nie...entah apalah yang ada difikirkan mereka kan????( faham-faham ajelah pelajar sekarang...banyak otak kotor...)
Macam ginilah empangan....Contoh di bawah adalah EMPANGAN KENYIR, TERENGGANU...

Empangan kenyir ini terletak di hulu Sungai Terengganu, lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir. Iaitu sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. ( pelajar kena hafal sebab tasik ini selalu sangat masuk dalam exam )
Pernah dahulu, saya sekeluarga hendak balik ke Kelantan tetapi saya tersesat hingga ke empangan kenyir...begitu besar konkritnya...terus kecut dan cuak saya...
Bagaimana stesen ini menghasilkan tenaga elektrik??? saya pun beritahulah kepada pelajar bahawa untuk menjana kuasa elektrik , terdapat satu turbin dibawahnya...( main agak-agak sahaja )...tapi agakkan saya memang benar....betul tak??...
selepas tu pelajar saya pun bertanya lagi, apa tu turbin???..emmm macammana yek nak jawab....macam gambar kat bawah lah.... ( tolong fahami okey! )

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
dengar cerita, di Tasik Kenyir ni ada naga??? betul ke??? masih belum boleh dipercayai lagi....
Nampak tak dahan-dahan pokok yang mati di permukaan tasik tu????
Sebenarnya dahan-dahan kayu yang mati tu merupakan pokok-pokok hutan yang telah ditengelami oleh air hasil daripada pembinaan empangan...Yang kita nampak tu adalah dahan yang paling atas sekali ( pucuk )...Ini bermakna bahawa tasik ini sangat dalam sebab kebanyakan pokok-pokok di hutan hujan tropika adalah berketinggian 30 meter hingga 50 meter....
Dan selalu juga saya beritahu pelajar, bahawa di tasik kenyir terdapat kegiatan pembalakan dasar air...kerja yang sangat merbahaya.....tapi kalau paelajar malas nak belajar, bolehlah apply kerja tu...sebab gajinya sangatlah mahal...
Dahulu, saya pernah menonton di Majalah 3 yang menyiarkan tentang kegiatan pembalakan ini...namun begitu, kegiatan ini hanya dilakukan oleh pembalak-pembalak profesional sahaja iaitu yang tahu menyelam...Mereka menyelam menggunakan peralatan menyelam yang lengkap macam menyelam di dasar laut..kebanyakan pembalak ini adalah warganegara Thailand...Orang Malaysia memang tak berani....betul tak???
Saya kalau mengajar santai sahaja...cukup untuk pemahaman pelajar-pelajar saya sahaja...tidaklah saya mengajar secara teliti...Tetapi kalau nak lebih mendalam , tajuk ni ada dalam mata pelajaran sains...Tanyalah cikgu sains anda yea...
Ingat yea...selain Empangan Kenyir, anda juga perlu tahu tentang Empangan Chenderoh, Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai, Empangan Padas dan lain-lain lagi....
Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 2011.
Di sini saya sudah sediakan satu contoh kerja kursus geografi PMR 2011 bagi soalan 1 - PENCEMARAN ALAM SEKITAR.
Untuk permulaan, anda dikehendaki untuk membuat kerja awalan dahulu iaitu Tajuk, Pendahuluan, Penghargaan, Objektif Kajian, Kawasan Kajian dan Kaedah Kajian.
Sila klik SINI.
Selepas itu barulah anda dikehendaki untuk menyiapkan dapatan kajian. perlu diingatkan bahawa dapatan kajian mestilah berdasarkan objektif kajian anda.
Anda boleh merujuk di SINI untuk mendapatkan contoh dapatan kajian dan sesuaikan dengan pencemaran alam sekitar di tempat anda.
Seterusnya anda perlu membuat penambahan nilai-nilai patriotisme di dalam kajian anda.
Perlu saya ingatkan semula bahawa contoh kerja kursus geografi PMR ini tidak boleh ditiru 100 peratus. Anda hanya boleh menjadikannya sebagai rujukan anda sahaja.
Sila merujuk kepada cikgu anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan kehendak nya..
semoga apa yang saya lakukan ini dapat membantu semua calon-calon PMR membuat kerja kursus Geografi bagi tahun ini..
"INI ADALAH PANDUAN DAPATAN KAJIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011, GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH HANYA SEBAGAI CONTOH SAHAJA..JIKA ANDA MAHU MENYERTAKAN GAMBAR SILA AMBIL GAMBAR DI KAWASAN KAJIAN ANDA.
(GAMBAR BOLEH DILETAKKAN DI DAPATAN KAJIAN DAN BOLEH JUGA DILETAKKAN DI LAMPIRAN- IKUT KESESUAIAN )"
Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar
a. Pencemaran Udara
b . Pencemaran Air
c . Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
d. Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
* Anda pilih dua sahaja jenis-jenis pencemaran...sila nyatakan dikawasan mana yang tercemar dalam kawasan kajian anda..
Punca-punca pencemaran alam sekitar
a) Perkilangan.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..
b) Kenderaan
c) Pembakaran terbuka
d) Sampah sarap
Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
e) Pembinaan
f) Perniagaan
g) Petempatan.
h) Perlombongan
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
*Hanya pilih empat punca sahaja dan huraikan. Huraian mestilah berkaitan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan kajian anda.
Buat nilai atau unsur patriotisme, selepas memilih 4 punca di atas..
Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
a) Hujan asid
b) Jerebu
c) Suhu meningkat
d) Air tercemar
e) Bau busuk
pilih 5 kesan sahaja dan huraikan... jangan lupa tuliskan nilai juga..
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
1. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
3. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
5. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Ambil 4 cadangan sahaja dan huraikan...nilai juga perlu di sini untuk mendapatkan markah penuh..
Rumusan
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.
Wasallam
Jika anda LIKE entry ini, silalah klik di bawah ini...just tekan sahaja....