Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Sabtu, Februari 18, 2012
TAJUK SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012
Soalan Kerja Kursus Geografi sudah pun diketahui..Walaupun pihak sekolah belum menerimanya secara rasmi, namun ketua panitia sekolah saya telah bertindak cepat men"download"....Insya Allah pada minggu hadapan, taklimat ringkas akan diadakan kepada semua pelajar Tingkatan 3..
Di sini saya kongsikan tajuk-tajuk tugasan yang boleh dipilih oleh para pelajar dan berbincanglah bersama guru-guru Geografi sekolah masing-masing tugasan tersebut. Jika boleh tugasan tersebut hendaklah bersesuaian dengan keadaan tempat tinggal kita.
Untuk sekolah saya pula, disebabkan tinggal di kawasan perumahan jadi tugasan no 1 kurang sesuai . Kemungkinan besar kami akan membuat tugasan no 2 bertajuk Perniagaan Runcit iaitu Pasar Malam..
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai panduan kerja kursus ini, silalah rajinkan diri melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Disitu, anda boleh mendapat melihat panduan yang lengkap dan jika anda mengikuti panduan tersebut sudah pasti kerja kursus anda akan mendapat CEMERLANG...
TUGASAN 1: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN
C a l o n d i k e h e n d a k i me n j a l a n k a n s a t u k a j i a n t e n t a n g e k o s i s t em h u t a n t e r g a n g g u di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep ekosistem hutan
• Kepentingan ekosistem hutan
• Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
• Kesan ekosistem hutan terganggu
• Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
Untuk mendapatkan dapatan kajian tajuk ini sila layari www.smktd2geografi.blogspot.com
ATAU
TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/
PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan
perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja
di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep dan jenis perniagaan runcit
• Kepentingan perniagaan runcit
• Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
• Kesan negatif perniagaan runcit
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
Jika anda ingin membuat kerja-kerja awalan bolehlah merujuk di SINI
Dan jika anda ingin dapatan kajian , sila pergi ke SINI
Terima kasih..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
oo cikgu geografi rupanya... semoga ianya memberi manfaat buat pelajar2 dan guru2
sekolah buat tugasan 2 ...lebih mudah sbb di kebanyakan perumahan ada tapak perniagaan pasar malam!
cikgu, ada x cnth utk tugasan 2?
tak suke geografi.. tak minat sangat pasal negara2 ni..
Assalamualaikum :> Hehe. Takde ke link bab tugasan satu tu? Hehehe. Penat laa cari. Tak jumpa-jumpa :> Thanks :)
Assalamualaikum,trima kasih ye sbb sudi bgi idea dgn maklumat ni ^_^
ckg , takde ke contoh uyk tugasan 1 ? ..saya bingung klau tjuk dapatan kajian ni .huuu. harap ckg boleh bntu sy dan yg lain .. thankx :D
bolehkah cikgu buat dgn kadar segera utk membantu saya dlm menyelesaikan masalah nie...saya memilih tugasan 2...harap cikgu boleh memahami
saya nak minta tolong sangat sbab saya belum siap lagi kerja kursus nie cikgu.... harap cikgu boleh la dlm masa terdekat nie.... cuti sekolah masih berbaki...... geografi tugasan 2..... perniagaan runcit....???? tolong ya cikgu
putera jihad : sila layari smktd2geografi.blogspot.com...
Catat Ulasan