Isnin, Februari 06, 2012

Breakfast Pagi Cuti maulidur Rasul

Salam Maulidur rasul 2012

Pagi ini mood untuk memasak tiba-tiba hadir tanpa disangka-sangka..Pagi-pagi lagi sudah pergi ke kedai India Muslim ( india muslim ke? macam betul-betul india aje ) yang berdekatan beli gula kastor, telur dan kelapa parut..Entah kenapa kedai runcit  Acheh yang bersebelahan pula sudah kehabisan kelapa..

Apa-apa pun misi untuk memasak Apam Seri Ayu ini mesti dilaksanakan.. apam ini merupakan kegemaran anak-anak saya. Sebenarnya, saya juga  sedang menunggu kehadiran sahabat saya , Norwani yang turun ke Johor semalam dari Kuala Lumpur...Jadi saya pun buatlah kuih apam ini..Namun malangnya, sahabat saya terpaksa pulang cepat.. Tak apalah mungkin  bukan rezekinya..

Tahun lepas saya ada juga membuat kelas memasak  kuih apam ini. Kelas tersebut diadakan untuk mengisi program pelajar-pelajar selepas PMR.. Apam ini ada juga dijual di kantin sekolah saya tapi rasanya tidak sesedap apam yang ini..

Kuih apam ini memang sedap dan enak. Saya dapat resepi ini dari buku masakan.. maaf, sudah tidak ingat dalam majalah masakan apa...


APAM SERI AYU

Bahan-bahanya:
250gm gula kastor
300gm tepung biasa
1 sudu kecil penuh Quick 75 @ Ovalatte
1 sudu teh pes pandan ( saya gantikan dengan perasa pandan dan pewarna hijau )
3 biji telur
125ml santan pekat
1 sudu kecil serbuk penaik
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Pukul telur, gula kastor dan Quick 75 hingga kembang. Setelah kembang, masukkan santan, pes pandan dan dikacau rata.

2. Kemudian masukkan tepung  yang telah diayak bersama-sama serbuk penaik dan garam. ( kadang-kadang saya tak letak garam pun ) dan pastikan bancuhan tersebut pekat.

3. Bubuh sedikit kelapa parut ( yang sudah digaul rata dengan sedikt garam ) dalam acuan apam. Tekan kuat-kuat supaya kelapa parut tidak berterabur semasa kuih apam dipisahkan daripada acuannya.Tuang sedikit adunan kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. ( kadang-kadang 10 minit pun dah boleh diangkat ).

Cubalah...pasti nak buat lagi...macam kek kukus pandan rasanya...







6 ulasan:

Kalamhati berkata...

huhu terliur..lama tak mkn apam seri ayu ni..

Mak Su berkata...

mmg sedap ni, juadah kegemaran :)

Deru Ombak berkata...

Harus cuba nih.. Tq

teratai berkata...

ohh ini apam kegemaran anak bungsu saya, syuhadah!

whitecappuccino berkata...

kuih kegemaran anak lelaki saya..tapi tak pernah buat, beli jer.

tunz berkata...

sedapnye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...