Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Rabu, Disember 18, 2013
Adunan Kek sedia ada..
Isnin, Februari 06, 2012
Breakfast Pagi Cuti maulidur Rasul
Pagi ini mood untuk memasak tiba-tiba hadir tanpa disangka-sangka..Pagi-pagi lagi sudah pergi ke kedai India Muslim ( india muslim ke? macam betul-betul india aje ) yang berdekatan beli gula kastor, telur dan kelapa parut..Entah kenapa kedai runcit Acheh yang bersebelahan pula sudah kehabisan kelapa..
Apa-apa pun misi untuk memasak Apam Seri Ayu ini mesti dilaksanakan.. apam ini merupakan kegemaran anak-anak saya. Sebenarnya, saya juga sedang menunggu kehadiran sahabat saya , Norwani yang turun ke Johor semalam dari Kuala Lumpur...Jadi saya pun buatlah kuih apam ini..Namun malangnya, sahabat saya terpaksa pulang cepat.. Tak apalah mungkin bukan rezekinya..
Tahun lepas saya ada juga membuat kelas memasak kuih apam ini. Kelas tersebut diadakan untuk mengisi program pelajar-pelajar selepas PMR.. Apam ini ada juga dijual di kantin sekolah saya tapi rasanya tidak sesedap apam yang ini..
Kuih apam ini memang sedap dan enak. Saya dapat resepi ini dari buku masakan.. maaf, sudah tidak ingat dalam majalah masakan apa...
APAM SERI AYU
Bahan-bahanya:
250gm gula kastor
300gm tepung biasa
1 sudu kecil penuh Quick 75 @ Ovalatte
1 sudu teh pes pandan ( saya gantikan dengan perasa pandan dan pewarna hijau )
3 biji telur
125ml santan pekat
1 sudu kecil serbuk penaik
Kelapa parut
Sedikit garam
Cara-caranya:
1. Pukul telur, gula kastor dan Quick 75 hingga kembang. Setelah kembang, masukkan santan, pes pandan dan dikacau rata.
2. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama serbuk penaik dan garam. ( kadang-kadang saya tak letak garam pun ) dan pastikan bancuhan tersebut pekat.
3. Bubuh sedikit kelapa parut ( yang sudah digaul rata dengan sedikt garam ) dalam acuan apam. Tekan kuat-kuat supaya kelapa parut tidak berterabur semasa kuih apam dipisahkan daripada acuannya.Tuang sedikit adunan kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. ( kadang-kadang 10 minit pun dah boleh diangkat ).
Cubalah...pasti nak buat lagi...macam kek kukus pandan rasanya...
Jumaat, Mac 04, 2011
HEARTBEAT??????
HEARTBEAT?
First time tengok benda ni kat blog suziapai ( mentor saya )..tapi saya buat do no aje...sebab saya masuk industri alam blogger ni pun hanya untuk berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan..Tetapi bila saya masuk blog2 orang lain pulak, benda ni tetap ada kat bawah header masing-masing...
Masing-masing meletakkan iklan ini dalam blog diorang.. kenapa saya tidak amil kesempatan ini. Jom ramai-ramai letak HEARTBEAT kat blog! lagipun cantik jugak blog nie...
terima kasih pada Nasuha Salleh kerana saya copy dari blog dia...
Wasallam
Khamis, Februari 24, 2011
TIP untuk hidup tenteram..
Assalamualaikum...
Petang ni saya nak kongsi sedikit tentang tip yang saya rasa memang kita perlukan dalam hidup ini...saya pun kena aplikasikan tip ini...bukan kerana hidup saya tak tenteram ...tapi kadang-kadang dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan godaan-godaan yang menggoncangkan keimanan kita menyebabkan hidup kita menjadi tidak keruan...tidak tenteram...
Hidup yang aman damai adalah ibarat sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mekar...macam templet blog saya ni, saya rasa tenang je bila melihat bunga-bungaan ini... Taman yang penuh haruman bunga-bungaan dan juga saujana keindahannya menyegarkan jiwa kita.. betul tak? akan tetapi, bolehkah kita menikmati hidup yang sedemikian????
Janganlah bersikap negatif...jawab sahaja ..BOLEH!
tapi dengan syarat.....
1) bebaskan fikiran kita daripada perasaan bimbing, takut, dan risau.. Percayalah kepada kuasa Yang Maha Agung dan serahlan diri kita sebulat-bulatnya kepada bantuan Nya. Selalulah bermuhasabah untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri..
2) Untuk ketenangan jiwa dan minda yang cerdas, dapatkan tidur yang lena dan cukup. Walaupun tidur kita sering terganggu, jangan risau. Tidak boleh tidur bukanlah suatu masalah tapi masalah yang sebenarnya ialah kerisauan kita kerana tidak boleh tidur. Oleh itu, masuklah tidur awal dan berjaga awal, itulah amalan yang baik.Ini akan membantu kita mendapat tidur yang lena dan mencukupi.
3) Demi tubuh yang sihat, jaga kulit kita supaya bersih dengan melakukan senaman hingga berpeluh dan kemdian, cuci. jaga badan supaya sentiasa bersih dengan memakan makanan segar dan asli seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita mesti ingat bahawa kita perlu makan ketika kita lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jangan makan semasa anda sedang marah.
4) Minda yang bersih akan mententeramkan jiwa. untuk itu, pastikan fikiran anda sentiasa "bersih". Bagaimana?...Perlu ada perasaan seronok terhadap hidup. Untuk itu, tanamkan minat dan aktifkan diri dengan aktiviti sosial, khususnya yang menjurus kepada kesihatan diri dan ketenangan jiwa. Hobi akan membuatkan minda kita lebih cerdas, ia juga dapat melegakan tekana.
5) Untuk makluman semua, tubuh kita mempunyai 36,000 gen yang berbeza. Setiap satu ada keistimewaannya. Gunakan 'kuasa'yang ada pada setiap gen itu untuk melakukan sesuatu yang menarik dan tidak memenatkan seperti mendengar muzik, melukis dan bersukan. Hidup yang aktif dan berseronok dengan pengalaman-pengalaman baru akan membuatkan anda sentiasa sihat dan gembira. Seperkara lagi, sentiasa optimis dan bercita-cita tinggi supaya anda sentiasa bersemangat untuk melayari hidup ini.
6) Akhir sekali, kita fikirlah....berapa lama kita hidup bukanlah hal yang penting, tetapi bagaimana kehidupan itu kita lalui itulah yang lebih utama...
Dah baca?
bagaimana????
Sebenarnya, dalam melakukan apa-apa perbuatan pun kita sentiasa merasa bimbang, takut dan risau..betul tak? Kadang-kadang sebagai blogger ni, bila tidak ada orang jenguk blog kita pun kita dah mula give-up...nak follow blog lain pula, kita takut dia tak follow kita balik...betul tak?
Percaya atau tidak, kalau saya katakan bahawa ramai blogger yang kurang tidur???..kadang-kadang tu tidur hanya 1 jam atau 2 jam aja...Macam saya, setiap malam saya tidur lewat akibatnya bila saya duduk sahaja semasa mengajar, saya akan mengantuk...sebab tu saya tidak suka duduk semasa mengajar. Bila balik petang sahaja, saya akan tidur sekejap sebelum keluar semula untuk mengambil anak di taska..
Betul ke kalau kita sedang marah, kita akan makan dengan banyak??? macam ne dengan pendapat cikgu sains??? saya rasa macam betul jugak...tapi saya jarang makan bila sedang marah...kalau saya sedih sahaja saya akan melantak apa yang ada kat rumah...tu yang badan makin gemuk ni...
Semalam saya tidak buat apa-apa entry kerana saya kepenatan melangsaikan tanggungjawab membersihkan rumah yang macam tongkang pecah... ditambah pulak dengan kepala saya yang sakit berdenyut-denyut dari pagi hinggalah ke malam...tension dengan keadaan sekolah dan rumah yang tidak terurus... tapi selepas saya bersihkan rumah, barulah pening tu beransur-ansur hilang...dan hari ini, fikiran saya tenang dan tidak pening lagi...Ehhh, betullah...cuba lihat tip no 3 tu...tentang kebersihan...
Kekawan semua, saya rasa memang penting kita amalkan tip-tip diatas...kita akan tenang nanti...cubalah kalau tak percaya...
selamat mencuba...
Wassalam
Rabu, Februari 02, 2011
Diet Rasulullah..
.....macam Koktel.....
Kita kalau makan di luar bersama-sama famili kita, kerap kerap kali kita order ikan sweet sour atau ikan masam manis kan?...saya pulak orang yang suka makan salad..so saya suka makan salad dan ikan sekali gus...nampaknya saya kenalah buang tabiat tu....kena ikut sunnah nabi...
wassalam....













