Selasa, Mac 15, 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

"INI ADALAH PANDUAN DAPATAN KAJIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011, GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH HANYA SEBAGAI CONTOH SAHAJA..JIKA ANDA MAHU MENYERTAKAN GAMBAR SILA AMBIL GAMBAR DI KAWASAN KAJIAN ANDA.

(GAMBAR BOLEH DILETAKKAN DI DAPATAN KAJIAN DAN BOLEH JUGA DILETAKKAN DI LAMPIRAN- IKUT KESESUAIAN )"

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

* Sila buat kesimpulan anda sendiri..

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar

a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

d. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

* Anda pilih dua sahaja jenis-jenis pencemaran...sila nyatakan dikawasan mana yang tercemar dalam kawasan kajian anda..

Punca-punca pencemaran alam sekitar

a) Perkilangan.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.

Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

b) Kenderaan

Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

c) Pembakaran terbuka

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.

d) Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

e) Pembinaan

Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

f) Perniagaan

Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.

g) Petempatan.

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.

h) Perlombongan

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

*Hanya pilih empat punca sahaja dan huraikan. Huraian mestilah berkaitan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan kajian anda.

Buat nilai atau unsur patriotisme, selepas memilih 4 punca di atas..

Contohnya, Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni..

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.

a) Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

b) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

c) Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

d) Air tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut

e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

pilih 5 kesan sahaja dan huraikan... jangan lupa tuliskan nilai juga..

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

4. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

5. Catalytic converter

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Ambil 4 cadangan sahaja dan huraikan...nilai juga perlu di sini untuk mendapatkan markah penuh..

Rumusan

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Wasallam

Jika anda LIKE entry ini, silalah klik di bawah ini...just tekan sahaja....

104 ulasan:

padlie berkata...

Menarik. Dah lama tak baca info macam ni..

Masa sekolah saya tahu pasal pencemaran air, udara, bunyi dan tanah. Bila dah kerja saya tahu pasal pencemaran radio frekuensi (RF). Sekarang banyak menara telekomunikasi, nak cari kawasan bebas RF susah..

Penggunaan catalytic converter adalah baik tetapi ekzos kereta cepat berkarat..

Entry terbaru padlie: BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Tinta Emas berkata...

terima kasih padlie sbb sanggup baca entry yg pjg lebar nie..

teratai berkata...

salam ckgu cte,

Anak murid cikgu dah mula ke buat soal selidik ttg kkg ni? Saya minta pelajar saya buat masa cuti sekolah ni s/ada di tempat tinggal mereka atau berhampiran kawasan sekolah. Buka sekolah ni, terus bincang dapatan kajian.

Tanpa Nama berkata...

salam kak...
sy cikgu zue dr sarawak...sy nak minta izin guna maklumat ni tuk kerja kursus anak2 didik sy...utk pengetahuan akak saya br di beri kelas tgktn 3 thn ni..so agak kelam kabut sikit sbb sy xde pengalaman lg uruskan kerja kursus...tqvm kak...:)

Tanpa Nama berkata...

salam...
saye slah sorang pljr t.3..
nk tnyer ckit tok dapatan kajian tuh mmg hrus ade gmbr ke...ataupown ltk kat lampiran jew....

min mie berkata...

assalammualaikum..
sye dri t3..
na tnye..
dekat rujukan tu kn kne ltak sebagai internet..
pastu kne ltak ke peta yg kita amek dri internet??

Tinta Emas berkata...

mimi:

rujukan kena letak alamat enternit ..kalau nak letak peta dalam web kat kawasan kajian, boleh tapi anda kena buat frame, tajuk dan petunjuk...sila bincang dengan cikgu anda yea...

saya galakkan pelajar lukis semula peta tersebut dan warnakannya...

Tanpa Nama berkata...

salam ckgu....
jenis kajian 2 kna pilih 2 atau kna buat smua????

mahiss berkata...

terima kasih cg .cg banyak menolong saya.jazakallahu khairan

mahiss berkata...

terima kasih cg

anak murid cg berkata...

thanks cg . jazakallahu khairan

Tanpa Nama berkata...

salam ckgu....
nk tnya ckit....
yg 8.2-8.5 tu kena crita yg trdpat dkt tmpat kjian kita je ke???

Tinta Emas berkata...

untuk pelajar:

sesuaikan dengan pencemaran di tempat anda yea...

sila rujuk panduan penskoran kerja kursus yea ..

saya tidak sertakan nilai..so tolong bincang dengan guru anda...

rumusan

sidah berkata...

assalamualaikum, cikgu saya dah jadi follower cikgu.. jadi minta izin nak copy dokumen ni ya... thanks a lot... =)

Tanpa Nama berkata...

salam,
terima kasih cikgu diatas penerangan kerja kursus.saya nak ambil sikit isi ni ye..

Sanggi berkata...

terima kasih banyak cikgu....

Tanpa Nama berkata...

salam...cikgu kalau contoh kerja khursus tajuk sistem perhubungan tak de ke???/

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tinta Emas berkata...

maaf bagi pelajar yang mahukan tajuk perhubungan...
saya cuma buat tajuk nie sahaja...

rozaimi ganu berkata...

cikgu mana contoh borang temu bual?

nora berkata...

SALAM CIKGU
SAYA MINTA IZIN UTK GUNA MAKLUMAT INI UTK KEGUNAAN ANAK SAYA SEBAGAI PANDUAN - INSYALLAH GAMBAR TU ANAK SAYA AKAN AMBIL DI SEKITAR KAWASAN RUMAH DAN SOAL SELIDIK AKAN DIUBAH SEDIKIT MENGIKUT KESESUAIAN

Unknown berkata...

terima kasih cg ;)
sangat berguna . boleh sy copy untuk kerja kursus saya cg ?

it's me berkata...

terima kasih cikgu!!

aini berkata...

assalamualaikum cikgu,,,saya mintk ckit ea mklumat cikgu nie..sbgai pnduan utk wat KKG taon nie,,ape-ape pown,,terime ksih ye cikgu..
p/s:cikgu pnye blog menrik n best tok dibce!!!

Unknown berkata...

walaupun sy org selangor, tp ni byk bantu, camne nk dpt peta yg bagus, cikgu?

senget berkata...

terima kasih daun keladi cikgu

senget berkata...

la lal lalalal last minute mcm mane ni huk3

Tanpa Nama berkata...

nak susun cam na????lampirandan rujukan 2 cam na??

Tanpa Nama berkata...

thanx a lot....byak bnda y sya dh dpt kat web ne...akhirnya c'ap gax

tYlLa berkata...

thanks a lot....sangat2 membantu

Kamila Husna berkata...

em..assalamualaikum..boleh tak saya nak jadikan maklumat di atas sebagai panduan saya untuk menjalankan kerja kursus saya??...terima kasih...

Kamila Husna berkata...

em...assalamualaikum..saya nak mintak izin untuk gunakan panduan di atas...boleh tak??

Kamila Husna berkata...

boleh saya amik maklumat di atas sebagai panduan kajian saya??...

ayen berkata...

biznkn sye amk mklumt at sni?? tok djdkn pnduan

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak-banyak cikgu. Catatan in banyak membantu. Semoga Allah membalas jsa dan budi baik cikgu. - Ikhlas dari Dinie Norsyazana, Selangor

shantini berkata...

10q so much cikgu.ia amat membantu kpd sy.....thanx again......

Aniss berkata...

assalamualaikum , cikgu .
TQ utk info ini ye .
Sgt berguna . Nak minta izin cikgu

Amir berkata...

assalamualaikum. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. saya ingin mminta izin untuk mngambil sedikt maklumat.

Tanpa Nama berkata...

cikgu apa beza antara sisa domestik dan sampah sarap

anak murid cikgu dulu berkata...

Maaf cikgu,yang bahagian bahan grafik tu belum lagi cikgu masukkan kan??saya tinggal yang tu je lagi sebab bahagian tu yang susah sikit...

i'm QafQaf . berkata...

assalamualaikum .
terima kasih cikgu kerana telah mempermudahkan kerja kursus geografi saya . semoga allah merahmati cikgu :)

cikguyob berkata...

Assalamualaikum....cikgu
mohon..kebenaran,,sebagai panduan kepada pelajar-pelajar..

Terima kasih,,,

tihani azman ;) berkata...

Salam cikgu cte..tq bnyk2 sbb da tolong saya..n sye nk taw,bahan grafik 2 kte letak kt mne2 dapatan kajian ke atau dh siap sume dptn kajian, kte letak kt bwhnye?saya confuse la cikgu.. hrp cikgu bls..tq cikgu :)

Tinta Emas berkata...

Salam, kepada semua pelajar...
untuk grafik, anda boleh selitkan dimana -mana sahaja tajuk kecil..
contoh:

Jenis-jenis pencemaran di taman anda..

* buat jadual daripada soalan soal selidik ( 2 markah )

jenis Bilangan
p. udara 8
p. darat 5
p.air 1
Jumlah 14
sumber: hasil soal selidik / temu bual

*lepas tu buat graf bar / palang mudah aja..

Jgn lupa petunjuk.
graf diwarnakan.
tajuk mesti ada..yang pasti graf mesti lengkap...( 2 markah )

* Boleh buat peta minda kat mana2 tajuk lain..buat 1 muka surat besar mesti ada tajuk..

contoh punca2, atau kesan2 atau langkah2...

bahan2 grafik letak di bahagian tajuk-tajuk berkenaan...

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

nak tanya, boleh ke kalau saya masukkan kesan yang lain yang tak ada dalam kertas yang diberi tu?

Boyz_ed berkata...

Klou xbuat kesimpulan bleh x ??? Heheehe !!! Xthu nk wat mcm mner !!! lainlah ad cntoh kn !!! Huhuhuhu...

miszadila berkata...

terima kasih cikgu,
izinkan sy mengambil sdikit sbnyk isi-2 pnting dlm entry cikgu.

Tinta Emas berkata...

KALAU ANDA MAHU TAMBAH DENGAN ISI YANG BERSESUAIAN ADALAH DIGALAKKAN....

tihani azman berkata...

time ksih banyak2 cikgu..b'coz akhirnye sye dpt wat jgak.. Alhamdulillah.. :)

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH. INFO YANG PUAN BERI TELAH DAPAT MEMBANTU SAYA.

Sammy berkata...

Cikgu!!memang syukur atas sample ini!!terima kasih cikgu!!

HAFIZ berkata...

TERIMA KASIH. INFO YANG PUAN BERI TELAH DAPAT MEMBANTU SAYA.SAYA MINTA IZIN UNTUK AMBIL MAKLUMAT YG TELAH PUAN SEDIAKAN

hafiz berkata...

Terima kasih atas catatan cikgu,saya mintak izin untuk mengambil maklumat ini ya

Tanpa Nama berkata...

Cikgu saya minta izin copy sdikit info...Terima kasih ats cikgu sbb info yang cikgu beri byk m'bantu saya..

nurul alia marjan berkata...

cikgu saye minx copy paste kerja kursus ny ye..terima kasih ye cikgu!!

pu3 mahiss berkata...

assalamualaikum, cikgu,..
thanks a lot for the informations.
very useful.
jazakillah~
syukran jazilan
may Allah bless you,..
wassalam~(:

gadis_96 berkata...

terima kasih sngt membantu.. :)

Tanpa Nama berkata...

thankyou alot for ur help ya!^^
grateful to have a teacher like u =DD
haha..

terima kasih dan minta izin copy ya^^

thk from my botomm of heart=)

wish u all the best

Tanpa Nama berkata...

thank you , cikgu :) dpt jugak idea nak buat folio . hehehhe

Tanpa Nama berkata...

CIKGU, MINTA IZIN YA NAK JADIKAN PANDUAN :) JANGAN RISAU, SAYA TAK TIRU BULAT2 PUN

ALyaSS berkata...

salam ckg..saya student dr kedah..sya nk mintak izin untuk copy sedikit maklumat

nadiyana berkata...

asalammualaikumm , terima kasih banyak-banyak cikgu kerana contoh kerja kursus cikgu bnyk memantu saya dalam manyiapkan kerja kursus saya :) setinggi gunung everest , begitulah tingginya penghargaan saya pada cikgu :)TERIMA KASIH .

Tanpa Nama berkata...

Cikgu.....Terima Kasih....THANK YOU SO MUCH>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semoga dirahmati allah...amin

cat kucing berkata...

salam..cikgu.
mohon untuk copy :)

Tanpa Nama berkata...

erm, sory.. saya copy n paste untuk membuat rujukan kepada saya untuk memudahkan saya membuat folio.

bumbum berkata...

saya sukew..nk mintk copy..

chloe berkata...

terima kasih cikgu.....
blh x saya gunakan bahan cikgu ni sebagai rujukan...

No_2_Limits berkata...

salam..minta maaf...sayerr ade copy paste..untuk wat sebagai bahan rujukan...harap diizinkann

Miya Salzihan berkata...

Assalamualaikum ckgu :)
terima kasih atas segala panduan yng diberi oleh cikgu. kini saya dan rakan2 saya berjaya menyiapkan folio geografi ini~ the best :D

Gareth berkata...

cikgu,saya mintak izin copy sedikit sebanyak info yang cikgu beri ini..terima kasih banyak2 kerana membantu saya..

Adyla Azam berkata...

huhu..thnx cikgu :)

really thank to you..
n now my geog kerja khusus is done..
thnx teacher..
may god bless you
terima kasih sekali lahi...
Wasalam :)

eimer berkata...

salam cikguu, hihi, saya ni kan, dah siap folio, amik dari blog ni, tapi lupa nak mintak izin, kedatangan saya di sini nak mintak izin untuk mengambil isi dan maklumat dalam blog ni sebagai panduan saya menyiapkan folio geografi saya, trimas hihi

Tanpa Nama berkata...

salam....cikgu...saya nk mintak izin untuk guna maklumat ini untuk di jadikan panduan kerja kursus saya tahun nie....ape2 p0n...terima kasih ya ckgu...semoga Allah membalas budi baik ckgu ini...-ikhlas dari Anyss shairah,kuala lumpur.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ckgu....saya di sini nak mintak izin untuk mengambil isi dan maklumat dalam blog ni sebagai panduan saya menyiapkan folio geografi saya.....dan saya akan mengubahnye sedikit mengikut kawasan kajian saya...ape-ape p0n...trima kasih ya ckgu..

Mujahidah Ilmu berkata...

Syukran jazilan Cikgu CTE krn menulis entry contoh KGT 2011..actually,ia memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan PMR ini.Thanx once again...May ALLAH always bless u,Cikgu CTE...

nAff berkata...

assalamualaikum ckgu~
trima kasih bnyak2 sbb bg info kkg nie.syukur sangat akhirnya siap gak..cma tnggal graf lg.,thnx so much! u da best.,! :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu kerana berkongsi kajian geografi ini. Sangat berguna kepada pelajar macam saya :)

siza fauzi berkata...

esok nk anta,,ary ny dh mula sbok.. btw finally dpt gk cri & tenkiu laa sbb d blog yg tlis bnda2 pnting mcm ny..masih ckgu !

DrAgOn SlAyErZ berkata...

Assalamualaikum ckgu..
bleh tk ckgu update format terbaru KKG ni?

Tinta Emas berkata...

Dragon: format terbaru KKG macam yang saya buat dlm Kerja Kursusu Geo ( part 1 ) dan dapatan kajian ini pula saya tak buat khusus..para pelajar hanya perlu ambil data-data yang berkaitan dengan tempat mereka sahaja...yang tidak berkaiatan, jangan di ambil.

Contohnya, jika tempat anda tiada perlombongan, so jgn ambil isi tersebut...

cuma, untuk punca dan langkah2 perlulah berkaitan..

contohnya kalau puncanya ialah sampah sarap so langkahnya mestilah membuat tempat pelupusan sampah yang bersistematik...

Kalau anda menmahami , anda boleh mendapat markah cemerlang ...

Unknown berkata...

saya ingin meminta izin untuk mengambil sedikit maklumat dri dapatan kajian

Nur Amira berkata...

Assalamualaikum cikgu..
izinkan saya gunakan entri ini sebagai rujukan..

terima kasih ;)

Tanpa Nama berkata...

cikgu saya nk mnta izin copy...
sbg rujukn...tq...cikgu

Tanpa Nama berkata...

askum ckgu ..
nak tnya ni,dlm bhagian bhan grafik, sya brcdang nak buat graf dan carta pai . tp sya x pham dan x thu apa tajuk yg prlu sy kaitkn dgn bhan grfik trsebut . bley ckgu britahu apa yg prlu sy buat?

Tinta Emas berkata...

sebenarnya untuk membuat graf atau carta pai perlu berpandukan kepada soalan soal selidik..

jika soalan soal selidik ada jenis2 pencemaran...buat sahaja graf bar mudah...

langkah2
1. buat jadual ( 2 markah )
2. Buat Graf ( 2 markah )

Selepas tu anda pilih mana-mana tajuk seperti punca2 atau kesan2 atau langkah mengatasi...buat sahaja peta minda yang lengkap.(2 markah )

simple bukan...anda akan mendapat markah penuh jika anda mengikut cara diatas...

Tanpa Nama berkata...

hye ckgu. nk copy skit2 ble ye. hihi. makaseh.

wani nie berkata...

cg,saya f3 nk mntk izin ambk ckit maklumat sbg panduan,harap cg halalkan.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, saya eizzaty minta izin copy ea? terima kasih cikgu, alhamdulillah dapat jugak rujukan.. hehe :)

Tanpa Nama berkata...

mtk izin copy serba sikit ye . terima kasih atas contoh2 yg berguna utk sy ye ckgu .

Nur Fatihah ♥ berkata...

Cikgu, saya guna sikit maklumat cikgu ni yee. Terima kasih :)

syamin_adlin96 berkata...

salam c'gu saya bknlah anak murid c'gu tapi saya nk mintak izin utk buat blog c'gu ni sbg panduan. terima kasih c'gu telah bnyk bagi saya panduan kalu x. x tau lah saya nk buat apa.. terima kasih.

Silentlens berkata...

cikgu saya minta izin jugak nk copy rumusan.. hehe. cikgusy nk tanya pasal bahan grafik yang dia suruh buat carta pai,graf tu nk buat mcm mn? boleh cikgu bg ulasan sikit? please...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum cikgu,,
saya minta izin copy dapatan kajian ni yea..
blur la cikgu pasal kerja khusus ni..
terima kasih cikgu !

Tanpa Nama berkata...

tq so much cikgu....sy hrp ckgu bg n halalkn sy copy ckgu punye contoh...n sy ble wat rujukan

Silent Gaiden berkata...

As salam. Saya seorang pelajar dari MRSM dan saya ingin mengucapkan berbilion terima kasih kepada cikgu kerana sudi postkan guide ini. Terima kasih daun keladi,
ada masa, kita bersua lagi.....

Triple_GlowingGirlz berkata...

ckg, sy hanis. sya mintak izin untuk d buat rujukan. tirima kasih! ^^

emi_emila71 berkata...

cikgu sye amik sdikit mklumat dr ckgu.. time ksih

Tanpa Nama berkata...

CG sy x phm macam mana perhotelan boleh menjadi punca pencemaran alam sekitar

Tanpa Nama berkata...

cikgu, saya mintak izin nk ambil sedikit maklumat. terima kasih (:

hanis berkata...

Salam.. terima kasih cikgu... Halalkan segala yg diambil daripada contoh kerja kursus yg dipaparkan utk saya jadikan panduan.. Semoga Allah membalas budi baik cikgu..Amin...

Izzatisalam berkata...

MOHON COPY PASTE YE
HARAP ALLAH AKAN MEMBALAS BUDI BAIK CIKGU

Syamitsu berkata...

Terima kasih bnayak2 Cikgu!!! saya copy ape yg patut yer.. :)

yong berkata...

sangat berguna , saye ambik nee .

zabariah_saman@yahoo.com berkata...

penulisan yang amat menarik.
mudah difahami dan sistematik.
mohon izin untuk dijadikan bhn rujukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...