Selasa, Mac 22, 2011

DI PANTAU DAN MEMANTAU...

Kena Pantau???....Memantau???

Apa pantau - pantau nie???...

Minggu ni adalah minggu terakhir bagi pemantauan guru-guru di sekolah saya. Mana-mana cikgu yang suad dipantau, legalah...dan bagi yang belum tu...tunggulah giliran anda...

Petang tadi, cikgu yang duduk disebelah saya, Cikgu Rohaida @ Mok Da, gementar saja..sebab cikgu nie akan dipantau oleh Puan Pengetua.. Saya tau mungkin macam-macam perasaan yang melanda kalau kita mengetahui bahawa kita akan dipantau oleh pengetua...kalau guru penolong kanan tu, okey jugak tapi ini puan...mesti macam2 perasaan kan?... tenang....setiap tahun kita akan hadapai hal ini...

Teringat tahun lepas, puan pengetua ni asyik masuk memantau kelas saya sahaja.. dalam satu minggu tu adalah dua tiga kali...Cuak jugak tapi bila dah kerap sangat jadi macam biasa sahaja...Ini kerana pengetua memang suka mata pelajaran Geografi...Kadang2 puan pengetua pulak yang mengajar di hadapan sementara saya pula berdiri di belakang...Ini semua gara-gara pelajar tidak tahu jawapan semasa ditanya oleh pengetua...

Esok, giliran saya pula dipantau oleh guru senior saya..En Mariappan....sama level ..kira okeylah....Saya buat mana yang mampu sahaja...tidak lah seperti guru-guru muda yang lain memang banyak bahan bantu mengajar....siap dengan kertas mahjung...

pada saya, kalau buat macam-macam pun kalau cikgu tiada keyakinan pun tak guna..perlu ada keyakinan...barulah apa yang hendak diajar akan masuk ke dalam otak pelajar...

Pengalaman dahulu mengajar saya..sudah banyak kali saya di pantau oleh guru-guru yang lebih tinggi pangkatnya dari saya.. kalau pengetua, memang banyak kali...maklumlah orang glamour...asyik-asyik kena pantau aje...Mula-mula dulu memang saya akan bawa sebemban alat bantu mengajar...siap bawa glop, bawak peta atau carta dan macam2 lagi...sampai tak cukup masa nak buat latihan...

Tapi itu cerita dulu...sekarang nak kata banyak pengalaman taklah jugak...tapi cukup gunakan bahan sedia ada sahaja..cuma satu bahan bantu mengajar aje...yang paling penting cara penyampaian guru..mesti ada nada...kejap naik, kejap turun, kejap mendatar, kejap tinggi dan macam2 lagi...jangan lupa mesti ada iklan sikit.... ( nasihatlah )....

**********************************************

catatan memantau guru pulak

Tahun ni, dah bertambah tugas untuk saya ...almaklumlah dah jadi guru senior... tak kanlah nak jadi cikgu junior aje...gred pun dah naik sikit...so tugas pun kena tambah...

untuk minggu nie sahaja , saya kena memantau empat orang guru...dua orang guru lama dan 2 orang guru baru....seram jugaklah nak pantau guru lama yang sorang nie...rasa macam tak layak pulak sebab salah seorang guru yang saya nak pantau nie adalah guru cemerlang!...saya belum sampai tahap guru cemerlang....dah diarahkan untuk pantau ,jadi saya layan ajelah....

kalau nak pantau tu, kenalah masuk sekali kelas guru tersebut sambil melihat guru tersebut mengajar, mengawal pelajar , menyelia buku-buku latihan dan nota dan macam-macam lagi...ala-ala nazir....

Tapi, saya taklah lokek sangat..kalau dah namanya cikgu, sebelum masuk ke alam pendidikan nie..guru-guru ni kan dah di latih dengan kaedah2 atau teknik pengajaran dan pembelajaran..So, tak ada masalahlah untuk cikgu-cikgu ini dipantau...

**************************************************

teringat saya pada seorang guru muda yang masuk ke sekolah saya dahulu...kasihan dengan cikgu ini ( orang Terengganu ) dah lah kecil molek, suara amatlah perlahan...tapi mungkin parent dia memang nak dia jadi cikgu, so dia jadilah cikgu...

Disebabkan suara yang amat perlahan, pengetua sarankan dia supaya memakai alat microphone kecil...( dah lupa namanya )..Tapi bebudak sangatlah nakal..di usik2 lagi benda tu ...akhirnya, cikgu tu makin stress...

Kestressan ( bahasa pasar ) cikgu tu dah tahap melampau...sampai hilang ingatan...last2 di hantar balik ke Terengganu dan sampai sekarang saya tak tau apa jadi dengan cikgu tersebut...kesian...kesian...

9 ulasan:

whitecappuccino berkata...

kesiannya cikgu tu

Cik Pulau berkata...

kena pantau.. perhhh.. cuak gak kan..

err... kesiannya kat cikgu tu..
semoga perkara macam tu tak berlaku pada cik pulau sbg bakal guru kelak..amin.. ^^,

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

As salam, skg nie ramai guru besar perempuan kan?

padlie berkata...

kesiannya kat cikgu tu..
bukan senang nak jadi cikgu nih...

Unknown berkata...

ooooo..
cikgu2 pun kena pantau dan dipantau

cikgu...ayu doakan semuan sucess yer..
lagilah kena pantau dgn senior (mujur bsama level)

bab kena pantau cikgu cemerlang tu...uppp!! cikgu boleh...jangan risau...mana tau...cikgu pun dapat anugerah cikgu cemerlang akan datang..amin


PS: alahai...mmg kesian cikgu dari terengganu tu

Sham berkata...

salam kenal cikgu senior...

huh kena banyak blajo dengan cikgu senior ni...

Kalamhati berkata...

huhu kesiannya dia..

ckLah @xiiinam berkata...

Kami semalam, dari Ketua Pengarah, Ketua -ketua Sektor JPN, dan PPD dok berkampung kat sekolah. Panel pemilihan seklah Berprestasi Tinggi. Kita yang tak senang duduk dibuatnya....

Unknown berkata...

tadi ada nampak entry baru..mana eik
tak apalah/.just nak wish good night

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...