Selasa, Mac 29, 2011

TENAGA HIDROELEKTRIK - untuk apa????

Minggu ni saya mengajar tajuk "Sumber tenaga di Malaysia"...Salah satu sumber elektrik yang kita peroleh ialah daripada sumber hidroelektrik...sumber tenaga yang berpunca daripada air ( sungai)...

Sebenarnya dalam buku teks Geografi Tingkatan 3, sumber tenaga hidroelektrik tidaklah diterangkan secara menyeluruh..cuma saya tekankan bahawa jika ada tenaga hidroelektrik, mesti ada empangan...Empangan??? pelajar dah mula bertanya....

Apa dia empangan??

selalunya, saya akan melukis dua buah gunung dahulu, kemudian saya akan buat blok di tengah-tengah menandakan ada empangan tersebut...bila saya lukis je macam gini...beberapa orang pelajar dah mula tersenyum-senyum...situasi ini memang saya dah jangka...berbelas2 tahun saya melukis gunung nie...entah apalah yang ada difikirkan mereka kan????( faham-faham ajelah pelajar sekarang...banyak otak kotor...)

Macam ginilah empangan....Contoh di bawah adalah EMPANGAN KENYIR, TERENGGANU...

Empangan kenyir ini terletak di hulu Sungai Terengganu, lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir. Iaitu sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. ( pelajar kena hafal sebab tasik ini selalu sangat masuk dalam exam )

Pernah dahulu, saya sekeluarga hendak balik ke Kelantan tetapi saya tersesat hingga ke empangan kenyir...begitu besar konkritnya...terus kecut dan cuak saya...

Bagaimana stesen ini menghasilkan tenaga elektrik??? saya pun beritahulah kepada pelajar bahawa untuk menjana kuasa elektrik , terdapat satu turbin dibawahnya...( main agak-agak sahaja )...tapi agakkan saya memang benar....betul tak??...

selepas tu pelajar saya pun bertanya lagi, apa tu turbin???..emmm macammana yek nak jawab....macam gambar kat bawah lah.... ( tolong fahami okey! )

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

dengar cerita, di Tasik Kenyir ni ada naga??? betul ke??? masih belum boleh dipercayai lagi....

Nampak tak dahan-dahan pokok yang mati di permukaan tasik tu????

Sebenarnya dahan-dahan kayu yang mati tu merupakan pokok-pokok hutan yang telah ditengelami oleh air hasil daripada pembinaan empangan...Yang kita nampak tu adalah dahan yang paling atas sekali ( pucuk )...Ini bermakna bahawa tasik ini sangat dalam sebab kebanyakan pokok-pokok di hutan hujan tropika adalah berketinggian 30 meter hingga 50 meter....

Dan selalu juga saya beritahu pelajar, bahawa di tasik kenyir terdapat kegiatan pembalakan dasar air...kerja yang sangat merbahaya.....tapi kalau paelajar malas nak belajar, bolehlah apply kerja tu...sebab gajinya sangatlah mahal...

Dahulu, saya pernah menonton di Majalah 3 yang menyiarkan tentang kegiatan pembalakan ini...namun begitu, kegiatan ini hanya dilakukan oleh pembalak-pembalak profesional sahaja iaitu yang tahu menyelam...Mereka menyelam menggunakan peralatan menyelam yang lengkap macam menyelam di dasar laut..kebanyakan pembalak ini adalah warganegara Thailand...Orang Malaysia memang tak berani....betul tak???

Saya kalau mengajar santai sahaja...cukup untuk pemahaman pelajar-pelajar saya sahaja...tidaklah saya mengajar secara teliti...Tetapi kalau nak lebih mendalam , tajuk ni ada dalam mata pelajaran sains...Tanyalah cikgu sains anda yea...

Ingat yea...selain Empangan Kenyir, anda juga perlu tahu tentang Empangan Chenderoh, Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai, Empangan Padas dan lain-lain lagi....

5 ulasan:

Kalamhati berkata...

tima ksih cikgu!hehe..info yg sgt berguna..

Cikgu CTE berkata...

baru nak belajar mcm ne nak mengajar pelajar menggunakan blog...

Citarasa Rinduan berkata...

bagus sungguh pendekatan yang cikgu cte kongsikan..
tapikan, bila cikgu kongsi tetang pokok2 yang mati tu..baru ayu terpikir yang kedalaman sangat2 releven....

PS; ayu dah pernah sampai empangan kenyir di terengganu............tu lah sekali dalam hidup ayu

Cikgu CTE berkata...

ayu,kalau saya tak mengajar geografi, saya pun tak tau hal-hal ini...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
boleh x klau cikgu explain dgn lebih detail lg tntg bahagian2 hidroelektrik ni.....
sy nak tahu ape fungsi bg stiap bahagian....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...