Ahad, Mac 27, 2011

Pencemaran atau keracunan Bahasa...

BAHASA JIWA BANGSA

Salam Hari Minggu untuk semua...

Sudah lebih 5 bulan saya aktif berkongsi pengetahuan dan pengalaman, dan sudah banyak jugalah saya menerjah ke blog-blog yang ada di alam siber ini...Dan secara keseluruhannya, saya agak sedih dengan bahasa yang kita guna pakai sehari-hari semakin tercemar dan hampir hilang segala tatabahasanya..

Kasihan kepada guru-guru yang berhempas pulas mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita...dengan nahu dan tatabahasa yang betul....malangnya tidak diaplikasikan sesungguhnya...

Saya sebagai seorang guru, merasa agak terkilan dengan situasi ini.. walaupun saya bukanlah guru pakar bahasa melayu namun saya agak tersentuh dengan masalah keracunan bahasa ini...

Sudahlah bahasa dicemari , ditambah lagi dengan bahasa-bahasa yang kurang sopan menjadikan bahasa melayu kita ini semakin terpinggir...semakin dilupai...tidak dihormati dan macam-macam lagi..

Rasa bangga jika saya menerjah ke blog-blog yang santai namun mempunyai bahasa yang cukup santai tetapi masih menggunakan bahasa yang betul....

*********************************************

Cuba baca nie....

pejam celik dah nak habis cuti seminggu . mengapa masa berlalu begitu cepat ? mengapa ? adakah ini tanda-tanda dunia nak kiamat ? hm. itu la , sejam sekejap sangat . sehari pun sekejap. tak sempat nak buat apa-apa ? tidak ada kajian ke faktor-faktor ? tak apa la , yang aku tahu exam PMR semakin dekat . adakah aku sudah bersedia ? tidak maybe . tapi , mungkin akan aku usaha . entah la , aku tengok kawan aku study tak ada la lama mana , tapi dia dapat A , aku study serius pun sama ? mengapa ? kadang , sedih jugak aku . aku teruk , malu pun ada . duduk kelas pandai , tapi result teruk .KLIK SINI

bukankah senang difahami??? baru tingkatan 3, kira okelah bahasa tu..

*******************************************

Akan tetapi cubalah baca ni pula...

hye u all!!

khamis nie lwn hoki gler r! tkot siak.. nk wt cane nieh?? buntu aq nk pk psl bende nieh.. da la hoki clash ngn olahraga..

Sedih ....teringat dengan cikgu Sharipah yang menjadi KP Bahasa Melayu tahun lepas, beliau ada menunjukkan kepada saya beberapa skrip karangan pelajar yang memang suka menggunakan bahasa SMS dalam karangan mereka...sehinggakan cikgu Sharipah dan saya sendiri tidak tau apa yang ingin dituliskan....akhirnya terpaksa di gariskan ayat tersebut....dan di tulis dengan pen merah...JANGAN GUNAKAN BAHASA SMS DALAM KARANGAN SPM!!!....

Bila SPM keluar, sah pelajar ni tak lulus Bahasa Melayu.....

*******************************************************

kenapa saya tak suka mereka menggunakan bahasa cacamarba tu...

Ini kerana kualiti bahasa melayu akan menurun dalam kalangan pelajar...

Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul.

Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa.

Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Bukankah ia memalukan...

Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang

Apabila bahasa tercemar, ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

Bahasa menjadi rosak

Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri.

*********************************

Maaflah...saya tak akan follow blog yang saya tak faham apa butir yang ingin diperkatakan...makin pening dan sakit kepala serta mata saya bila nak membacanya...seperti budak yang baru membaca...

Tolonglah menggunakan bahasa yang baik ...kalau otai pun tak kan nak otaikan orang lain...bahasa melambangkan keperibadian sesorang....janganlah menggunakan bahasa yang kurang sopan....Saya jadi malu dengan orang melayu yang sebegini...

Walaupun saya seorang guru, bukan bermakna saya tidak melakukan kesalahan...Pada saya kesalahan ejaan atau kesalahan menaip bukanlah satu kesalahan yang besar tetapi janganlah bahasa tu diringkas-ringkaskan sehingga hilang identitinya...Dalam berblog ni saya tidak menggunakan ayat yang betul-betul mengikut skema Bahasa Melayu. Ini kerana saya tau bahawa pembaca sekarang tidak gemar akan bahasa-bahasa seperti itu....umpama buku teks.....

7 ulasan:

sarah-najwan berkata...

saya pun byk jugak jumpa blog yang keracunan bahasa itu..

tapi skrg sudah jadi lumrah
selagi mereka tidak mengguna pakai dlm surat2 rasmi atau peperiksaan sudahlah..

cuma untuk memartabatkan BM ini perlu sokongan padu seme pihak..

ckLah berkata...

Assalaualaikum.
Saya amat bersetuju dengan mesej entri ini.

Maka itulah, saya pernah keluar dari satu 'web kumpulan cikgu-cikgu', kerana saya perhatikan ramai ahlinya (cikgu) yang tidak menjaga penggunaan bahasanya. Tidak semestinya cikgu BM saja yang perlu menjaga bahasa Melayunya. Apabila kita sudah mengakui dalam laman sosial bahawa kita seorang guru, ada sesuatu yang kita perlu sedar. Tulisan kita akan dibaca orang. Mungkin murid-murid kita. Mungkin anak-anak kita. Siapakah yang bertanggungjawab, andai mereka keliru melihat kita menghancurkan bahasa?

Siapa lagi yang wajar mendaulatkan PERKARA 152 Perlembagaan itu, kalau bukan kita sendiri? Kan CTE.


(Maka itu, saya susah untuk menyertai grup guru di web. Maaf ya CTE!)

azharr berkata...

baguslah nasihat cikgu ni..

Cikgu CTE berkata...

saah-najwan:

mereka akan tekial-kial bila nak guna pakai dalam suat2 rasmi suatu hari kelak..

Cikgu CTE berkata...

ckLah :
saya pun tidak akan masuk dalam group2 cikgu yang sebegitu....dan Insya Allah, mereka juga akan sedar akhirnya tentang kesilapan mereka...

Cikgu CTE berkata...

azharr:
terima kasih....

padlie berkata...

bahasa sms ni dah jadi trend.. saya tengok budak2 sekarang boleh baca tulisan tu dengan lancar sedangkan kita terkial2.. satu tugas berat kepada guru bahasa untuk mengikis ajaran 'sesat' ni.. ibubapa pun kena selalu check macammana anak2 menulis.

p/s td baru sy tegur adik sy pasal ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...