Tahniah kepada pengawas-pengawas percubaan yang terpilih untuk dilantik menjadi pengawas tetap.
Bukan mudah untuk memilih pengawas-pengawas ni...Ini adalah tugas pertama saya setelah dilantik rasmi menjadi ketua guru pengawas menggantikan Pn Mahani bersama-sama cikgu Hadijah... Bila saya menjadi ketua guru pengawas, dengan serta merta jawatan ketua panitia geografi yang saya pegang sejak sekolah ini dibuka tahun 2003 telah dipindah tangan kepada cikgu yang betul opsyen geografi iaitu cikgu khairill haffis.
Calon-calon pengawas pada pemilihan kali ini memang betul2 mantap..ada yang buat permintaan temuduga dijalankan dalam bahasa Inggeris...Baru tingkatan satu dah boleh buat permintaan lagi...tak konfiden dengan bahasa Melayu...cepat2 saya cakap tak boleh...Ini sekolah melayu perlukan pengawas yang boleh bertutur dalam bahasa melayu..
anehnya, bila ditemuduga, lancar pulak berbahasa melayu...bila ditanya, ujian 1 tempoh hari dapat berapa...dijawabnya dapat 80 markah..A!!!....emmmm macam-macam bebudak sekarang... mereka nak mencabar kita ke???atau nak menduga kita???
Berat jugaklah tugas guru pengawas...tahun nie nak upgredkan bilik operasi pengawas yang ibarat hidup segan mati tak mahu tu...macam bilik stor aje...
berbalik kepada pemilihan pengawas-pengawas baru tu, akhirnya kami telah memilih seramai 16 pengawas baru untuk tingkatan satu yang mewakili pelbagai bangsa...Perlantikan mereka telah diberitahu secara rasminya pada pagi jumaat sebelum cuti sekolah yang lepas.
Terasa serba salah sahaja bila kita hendak memberitahu siapa yang terpilih ataupun tidak..jadi tugas tersebut, saya serahkan kepada cikgu Hadijah sebab cikgu nie pandai berkata-kata...
sedih jugak bila melihat wajah-wajah pelajar yang tidak terpilih...tapi nak buat macam mana...
kepada pengawas-pengawas yang terpilih, jadilah pengawas yang berwibawa. bertugaslah bersungguh-sungguh untuk membantu guru dalam mengawal disiplin sekolah...Jangan takut untuk menegur kesalahan pelajar dan rujuklah dengan saya jika merasa terancam..dan silalah buat baju pengawas cepat kerana majlis perlantikan pengawas akan di buat 2 minggu dari sekarang..
Kepada pelajar-pelajar yang tidak terpilih menjadi pengawas, janganlah berkecil hati, jadikanlah pengalaman anda selama lebih sebulan menjadi pengawas percubaan adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidup anda. Peluang masih terbuka kepada anda di masa depan untuk menjadi pengawas lagi kerana saya tetap akan memberi keutamaan kepada anda..
TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH...
Wassalam
11 ulasan:
tahniah kepada pengawas yg terpilih..semoga mereka dpt menjalankan tugas dgn penuh dedikasi..
tugas guru pengawas pun berat juga kan..huhu
memang berat kalamhati..
cikgu ketua disiplin suruh buat tranformasi lagi...
risaunya..
sebab sangatlah tak reti nak bertegas kalo bab disiplin ni..
~~"
i mean i tak reti nak marah2 students..
how eh?
Tahniah kepada semua yang terpilih menjadi pengawas, semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan penuh dedikasi...
mUnie kne jadi cikgu yang tegas...kalau tak nanti susah tau..
amy:
harap mereka akan jadi pengawas yang mantap..
wah tahniah pada adik2 yg terpilih..teringat masa zaman jd pengawas dulu..
uihh bangga! pakai baju biru..
tapi besar t/jawab..
kena displinkan diri sendiri dlu sbb mendisplinkan kawan2 yg lain..
smga cik berjaya mentransform kan mereka kepada pengawas yg berdedikasi..
pingky momma: memang bangga kalau jadi pengawas nie kan??
tu yg susah nak pilih...
tahniah kpd mereka. form 1 dah jadi pengawas yer.
berat tugas pengawas skrg. kedatangan kelas diorang yg handle. kalau x hadir kena mengadap di bilik pengawas. workload dah bertambah...
ohh dah buat pemilihan utk pengawas baru ya. Anak ada juga tniat utk jadi pengawas di sekolah barunya...skrg baru tg. 1,peluang masih byk lagi!Pernah jd pengawas di sekolah rendah tu yg bminat!!
as salam, tahniah kpd yg dilantik menjadi pengawas sekolah. Jadi lah seorg pengawas yg berdedikasi. Tapi BSB dulu tak pernah dpt jadi pengawas sekolah...kesian huuuhuuhh
Catat Ulasan