Rabu, Mac 16, 2011

LAHIRNYA SEORANG LELAKI..

Sejak berzaman lelaki dianggap sebagai hero dan wira, tunggak sebuah kehidupan. Dalam apa jua bidang lelaki sering mendapat keutamaan dan keistimewaan.

Dalam dunia pekerjaan, lelaki sering diberi sebagai ketua atau diberi tanggungjawab yang lebih banyak berbanding dengan wanita.

Didalam keluarga pula, lelaki adalah payung dan raja yang akan memayungi kebahagiaan keluarga dan memerintah sebuah kerajaan kecil dengan penuh kredibilitynya.

Dengan adanya anggapan positif itu terhadap lelaki, maka wanita sering pula dianggap sebagai tangan kiri dan pembantu kepada lelaki.

Seorang lelaki memang tidak sama dengan seorang wanita. Bukan hanya dari segi fizikalnya atau sifat lahirnya tapi juga dari segi mental dan kerohaniannya.

Lahirnya seorang lelaki memang untuk membentuk dan membimbing wanita. Oleh itu pusat pemikiran mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang lebih berat dan mencabar.

Biasanya lelaki lebih terdorong untuk menonjolkan imej kepimpinan dan keegoaannya dalam apa jua perkara. Jarang ada lelaki yang boleh mengalah dengan mudah tanpa sebab munasabah yang penting.

Sesetengah lelaki pula lebih berahsia sesama mereka sebaliknya begitu luhur dan jujur serta berterus terang bila berhadapan dengan wanita. Ada pula yang tidak suka pada kritikan, walaupun kritikan itu begitu membina dan memberi kebaikan padanya

Namun jika wanita dan orang-orang yang terdekat dengannya perlu faham dan tahu cara mengkritiknya. Misalnya melalui jenaka atau gurau senda tapi bukan melalui sindiran.
*******************************************

saya tak suka dengan lelaki yang tidak menghormati wanita.

2 ulasan:

teratai berkata...

salam ckgu cte,
tak jalan mana2 ke cuti sekolah ni? Saya baru je balik dari b'cuti di kg!

Tanpa Nama berkata...

saya menghargai lelaki yang menghormayi insan yg bergelar wanita,...algkh bagusnye sekiranye semua lelaki berwatakan spt cikgu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...