Jumaat, Mac 11, 2011

DuNiA kItA sUdAh SeMaKiN TUA!!!

Semalam lagi kita sudah dikejutkan dengan gempa bumi dan tsunami di negara mata hari terbit, Jepun. Sementara pagi ini pula, kita dikejutkan dengan Gempa bumi di negara China pula...

Petang ini bila saya lihat dalam TV singapura ( A Asia ), dah mula ke Taiwan pula...

Para blogger hari ini pun sudah berpuluh2 yang memasukkan video tentang tsunami di Jepun...

Bila tengok benda-benda macam gini, saya rasa cuak pulak...cuak bukan kerana takut dengan tsunami...

Tetapi cuak dengan iman yang ada di dalam diri ini...masih lagi kurang ....amal ibadat masih lagi kurang...

Kenapa???

Situasi ini bermakna ...dunia kita sudah semakin tua....

Dunia kita seperti sudah tidak mampu hendak menampung sebarang tekanan lagi...

Dunia sudah semakin marah....

Dan
Inilah tanda-tanda awal dunia akhir zaman!!!!

************************************************************

Pagi tadi bila saya masuk ke kelas tingkatan 1 Aktif 1, persoalan pertama yang saya ajukan kepada mereka ialah..

Semalam saya tengok berita di TV3 .... ada berita tentang gempa bumi di China dan Jepun...

KENAPA GEMPA BUMI BERLAKU DI NEGARA JEPUN DAN CINA?????

Wah, memang tahap susah soalan ni...tanya pulak dengan pelajar tingkatan 1....
mana mungkin mereka dapat menjawabnya..
Tetapi kalau tanya dengan pelajar menengah atas pun belum tentu mereka dapat juga menjawabnya...

Tetapi masih ada juga pelajar yang cuba menjawabnya....tapi jawapan mereka semuanya boleh masuk ke dalam tong sampah...mengarut sahaja....

Sebenarnya, dua minggu lepas saya baru sahaja mengajar mereka tentang tajuk Gunung Lipat Muda dan Lingkaran Api Pasifik... Negara-negara yang terletak di atas Lingkaran Api Pasifik akan mengalami Gempa Bumi dan ada Gunung Berapi..

Itulah yang saya ingin mereka kaitkan dengan situasi sekarang...namun mereka masih lagi tak boleh mencapai tahap tersebut..

Inilah Lingkaran api Pasifik atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Ring Of Fire..

Jadi ngara-negara yang berada di atasnya akan mengalami gempa bumi...

Tengoklah negara kita...kena tempias jugak walaupun kita tak ada gunung berapi...

dan jika gempa bumi berlaku di dalam laut maka akan terjadinya tsunami..... macam gambarajah di bawah...

*******************************************

Saya copy dan paste je berita nie dari laman web .... sikit je dan tak semua...

[Mstar] TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air. Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi. Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.


">************************************************

teringat masa saya balik ke Kelantan ( rumah mak mertua )..lalu di negeri perak dan nampak gunung-gunung di perak yang mempunyai kabus2 di puncaknya...

lalu, pembantu rumah saya Watie ( orang indon tapi dah balik Indonesia ) bertanya dengan saya..

Ibu, gunung tu hidup ya??

Hidup??? mula-mula saya tidak faham tapi suami saya cakap tidak...barulah saya dapat tangkap apa yang cuba disoalkan oleh watie tu...

rupa2nya gunung berapi di Indonesia ada kabus di puncaknya sebab terlalu tinggi...

Sekarang saya pun tidak tahu dengan keadaan bekas orang gaji saya tu.. sebab katanya rumah dia hanya 3 km daripada gunung berapi yang meletup tempohari....

( sekarang saya dah tak pakai orang gaji lagi ,,,)

***************************************************

Wasallam

7 ulasan:

Cik Bidadari berkata...

macam mainankan kereta yang timbul tu? aduh...

whitecappuccino berkata...

tima kasih cikgu..teringat pulak masa belajar geografi dulu..

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

susah hati..masi byk kekurangan diri ini...risau jgk nie..byk rmh2 tepi pantai cni..

Cikgu CTE berkata...

Cik Bidadari :

ya macam mainan je kereta2 tu...

Whitesappuccina:

memang dlm geografilah nie...

qaseeh:
memang susuh ahti tengok nasib penduduk tepi pantai tu...mudah2an mrk tidur lenalah malam nie...

:: Zanna :: berkata...

Semoga rakyat malaysia di jepun selamat semuanya..insyaAllah ^_^

Terkini : Renungan bersama pada jumaat penghulu segala hari

Cikgu CTE berkata...

Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan dunia...

Qamarul berkata...

subjek geografi nih.. he3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...