Hari ini saya nak kongsi tentang satu kisah yang benar-benar berlaku dalam hidup saya..Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlaku namun ia masih segar tersemat dalam sanubari saya.
Mungkin ada diantara anda pernah membaca di blog ini. Sebenarnya saya telah membuat entri "
Jangan Cabar Saya!!!!!" dan "
Cikgu, Tolong Maafkan Saya". Untuk kali ini saya gabungkan kedua-dua kisah ini menjadi satu supaya pembaca boleh tahu keseluruhan kisah ini.
Untuk cerita ini, saya telah mengubah sedikit nama pelajar tersebut. Saya harap kisah ini akan menjadi pengajaran kepada pelajar terbabit dan pelajar-pelajar yang lain. Tidak salah kita merendahkan ego kita semata-mata untuk kecemerlangan di masa depan. Semoga kisah ini memberi kesan kepada semua.
Saya harap semua pembaca dapat menghayatinya...
*******************************************************************
Pagi itu, suasana sekolah sunyi sepi..masing-masing sedang tekun menjawab soalan peperiksaan yang terbentang dihadapan mereka.
Di kelas 3C3 kelihatan beberapa orang pelajar mulai tidur..mungkin mereka sudah siap atau mungkin mereka tidak dapat menjawab soalan lalu mengambil peluang untuk melelapkan mata dek kerana keboringan..
"Ah...bosannya..." getus hati saya.. sambil mundar mandir saya berjalan sambil memerhati pelajar-pelajar tersebut..
Tiba-tiba saya melihat seorang pelajar berbual-bual di hadapan kelas....
"Shazwan! jangan berbual." jerit saya dari belakang kelas. Keadaan kembali tenang sekita..
Tidak sampai dua minit, shazwan mula bersuara dan berbual-bual dengan kawan sebelahnya, Halim...
Hey budak ni, tak tau takut betul lah...bisik saya.
"Shazwan! kalau awak berbual lagi, saya pindahkan meja awak ke luar kelas" amaran saya.
Tapi Shazwan tetap berbual tanpa memperdulikan saya....
Geramnya...
Kurang ajar budak ni...langsung tidak mengendahkan cakap saya....saya kena bertindak ni..kalau tidak jatuhlah air muka saya sebagai guru..
Saya mula bergerak ke hadapan dan memukul lembut lengan Shazwan sebagai amaran tentang kebiadapannya itu...
"Apa pukul-pukul ni!" tengking Shazwan kepada saya dihadapan 35 pelajar lain...
Semua pelajar serta merta berhenti menulis dan memandang tepat ke arah saya..Pelajar yang tidur juga tersedar dari mimpi mereka..
"Awak jangan kurang ajar dengan saya..saya suruh awak diam tapi awak tidak diam..sekali lagi awak kurang ajar dengan saya, saya tampar muka awak!" balas saya dengan nada yang tegas..
"Cikgu cubalah tampar muka saya!" cabar Shazwan dengan menadahkan mukanya ke hadapan saya.
"Awak jangan cabar saya!" Balas saya dengan nada yang geram..
Keadaan sunyi sepi..semua pelajar terus memandang saya tanpa berkelip mata mereka...menunggu apa tindakan saya seterusnya..
Dalam hati saya, kalau saya tidak menampar pelajar ini, maka akan jatuhlah maruah saya sebagai seorang guru. Jika saya tidak bertindak, mungkin selepas ini, semua pelajar dalam kelas ini tidak akan menghormati saya lagi...
Saya masih lagi cuba bersabar...
"Kalau berani tamparlah muka saya!" ulang Shazwan mencabar kewibawaan saya...
PANGGG.....tangan saya ringan sahaja menampar muka Shazwan sekuat mungkin...hati saya puas....
Semua pelajar terkejut dengan tindakan saya...
Tangan saya masih lagi menggigil-gigil ..bukan menahan sakit sebab lelempang muka Shazwan tetapi kerana saya menahan geram. Saya mengenggamnya supaya tidak kelihatan oleh pelajar lain..
"Cikgu ingat, muka saya tak ada insurans ke?..saya akan buat laporan polis...saya akan saman cikgu...emak saya kerja dekat pejabat peguam...cikgu akan kena nanti!"amaran Shazwan.
"Awak ingat saya takut dengan ugutan awak tu!..saya ada saksi..semua pelajar dalam kelas ni lihat apa yang berlaku...awak yang paksa saya tampar muka awak..jadi saya tamparlah..jadi, awak tak boleh salahkan saya" tengking saya lagi....
Selepas kejadian tersebut, saya dan Shazwan ibarat musuh...saya tetap menjalankan tanggungjawab saya mendidik pelajar seperti biasa.
********************************************************************
Belum apa-apa lagi, saya sudah tidak senang hati untuk mengajar di kelas 3C3....ini semua gara-gara perangai Shazwan yang tidak berubah-ubah...ibarat nila yang setitk, habis susu sebelangga. Begitulah persepsi saya terhadap kelas tersebut...
"Bangun semua....SELAMAT SEJAHTERA, Pn Siti Mariam." Jerit ketua tingkatan berbangsa cina itu seperti biasa sejurus sahaja saya memasuki kelas tersebut...
"Selamat sejahtera...pastikan bawah meja awak semua tiada sampah...kalau ada sampah, sila punggut dan buangkan ke luar....jangan duduk selagi tidak bersih..." arahan biasa saya sebelum membenarkan pelajar duduk..
Memang sudah menjadi tabiat saya, memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran...
"Baiklah kelas, Hari ni, kita akan belajar tajuk Sumber Mineral Di Malaysia...sila keluarkan buku nota."kata saya untuk meneruskan pengajaran..
"Cikgu! buku nota ke buku latihan?" tanya seorang pelajar dari belakang kelas.....
Saya cam suara tersebut...suara Shazwan....
Namun dek hati yang masih panas lagi, saya tidak menoleh langsung muka Shazlan dan tidak menjawab soalannya...
"Biar padan dengan muka dia!..selagi dia tidak minta maaf dengan aku, aku tak akan melihat sedikit pun muka dia dalam kelas ini...."kata saya didalam hati..
Begitulah hari-hari seterusnya, saya masih tidak menghiraukannya...
Namun, pada suatu hari....
"Pah,aku sedih sangatlah masa aku duduk kat dalam bilik utiliti tadi...." Luah saya kepada cikgu Sharipah..
"Kenapa pulak?"tanya cikgu Sharipah.
Sebenarnya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Motivasi ini telah dijayakan oleh sebuah syarikat motivasi swasta...Memang sangat berkesan...lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa dan para guru...
Sedang saya khusyuk bercerita dengan Cikgu Sharipah, tiba-tiba saya ternampak Shazwan masuk ke bilik guru berseorangan...Saya pun terus bercerita tanpa menghiraukan kehadirannya...
Tanpa saya sedari, Shazwan meluru ke arah saya....
"Cikgu, maafkan saya cikgu.." kata Shazwan perlahan dengan getaran suara yang hiba...
Saya diam sahaja.....tanpa hiraukan kehadirannya... saya kuatkan hati lagi...
"Cikgu, tolonglah maafkan saya...saya banyak buat salah dekat cikgu...."kata Shazwan lagi...mata shazwan sudah mulai merah dan perlahan-perlahan dia mengalirkan air mata...
Shazwan menanggis!....Ahhh, air mata lelaki jatuhhh...
"Cikgu, saya tau saya bersalah...saya tak mahu ulangi lagi kesalahan saya lagi...cikgu...maafkan saya cikgu.." rayu Shazwan lagi..
Hati saya mulai sayu...saya sendiri terkejut dengan situasi ini...begitu juga dengan cikgu Sharipah...
Akhirnya...jatuh juga air mata saya....
"Sudahlah...jangan menanggis lagi...saya maafkan awak..." akhirnya saya dapat juga luahkan dengan linangan air mata.
"Awak belajarlah bersungguh-sungguh yea...saya nak awak berjaya... saya lupakan apa yang telah awak buat pada saya...." nasihat saya lagi dengan nada sedih....
Shazwan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengesat air matanya..
"Sudahlah....saya dah maafkan awak...awak mesti berjanji tidak akan membuat saya marah lagi..."sambung saya bila melihat Shazwan masih lagi menanggis dan tidak mahu berganjak...
"Terima kasih cikgu.."
Sejurus kemudian, Shazwan pergi dan meninggalkan saya yang masih-masih tidak mempercayai apa yang telah berlaku...persis drama... saya tidak sangka ia terjadi kepada diri saya....Cikgu Sharipah sendiri pun terkedu....
Setelah PMR keluar, pelajar ini telah berpindah ke sekolah berdekatan...sampai sekarang saya tidak pernah terserempak dengannya...namun sekarang, pelajar mungkin sudah bekerja...Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan...
P/s: Hampir menanggis bila saya menceritakan semula dalam catatan ini....rasa sebak mula menguasai...
Nukilan:-
11 ulasan:
Huhuhuhu...takutnya...
takut kalau kita buat salah...betul tak?
dahsat nyer perangai budak tu ek...... takutnyer saya..... seriau
tulah antara sikap pelajar zaman sekarang..berani mencabar guru...
subhanallah..ayu puji sifat cikgu..
mula2 ayu baca ayu takut juga shazwan semakin kurang ajar..
rupanya ada hikmah disebalik kejadian..
tahniah cikgu....
(PS" ayu baca ala2 novel..mendalam hingga gugur air mata kegembiraan)
alamak cmner boleh same dgn name saya..huhu
BANYAK CABARAN SEJAK MENJADI GURU SELAMA 12 TAHUN NIE...
mcm drama lak... hhehheeh.. my hubby pun cikgu, mcm2 ceta students gak saya dengar...
cite betul ke ni?? waahh. memang tersentuh r part mintak maap tu.. ish ish..
Shazwan:
nama tu hanya kebetulan sahaja..
mama:
inilah asam garam menjadi guru
kay are:
peristiwa ini memang betul2 terjadi..
bila pelajar minta maaf, rasa cair hati..
Catat Ulasan