Sabtu, Mac 26, 2011

SUSULAN KOPI GELATIN BABI..

Tadi saya dan keluarga menyambut sahutan JaM Bumi ( earth hour ) dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam...Oleh sebab gelap, so saya sekeluarga pergilah makan di Taman Mount Austin menjamu selera...

*************************************

Tadi pagi , saya ada buat entry tentang Kluang Rail Coffee yang telah diharamkan...Tapi hari ni saya terbaca pulak paper harian metro tentang hal ini...

bila baca berita di bawah, hati ini masih lagi ragu-ragu untuk menghalalkannya..

Perniagaan terjejas teruk

JOHOR BAHRU: “Dalam tempoh dua hari saja, perniagaan yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu merudum sehingga lebih 50 peratus akibat dakwaan terdapat gelatin babi dalam serbuk kopi yang kami hasilkan,” kata Pengarah Urusan Kluang Rail Coffee Sdn Bhd, Lim Jit Chiang ketika dihubungi di sini, semalam.

Premis menjual kopi milik keluarga Lim di Stesen Keretapi Kluang dan dua lagi di daerah berkenaan didakwa menjual minuman kopi bercampur gelatin babi hasil ujian makmal dijalankan Jabatan Kimia Johor, baru-baru ini.

“Ini adalah sabotaj, ada pihak cuba jatuhkan perniagaan keluarga kami. Ini kali pertama kami dituduh mencampurkan gelatin babi dalam minuman dijual.

“Sebahagian besar pelanggan Islam kami kini hilang. Walaupun masih ada yang datang, jumlahnya kecil dan mereka menganggap dakwaan itu sebagai tidak berasas,” katanya.

Menurut Lim, Jabatan Kesihatan Negeri Johor semalam, datang membuat pemeriksaan di kilang kopi syarikat berkenaan di Batu 4, Kluang, bagi mengesahkan kewujudan dakwaan gelatin babi dicampur di dalam serbuk kopi dijual kepada pelanggan.

Lim berkata, dia faham perkara berkenaan sensitif kepada umat Islam dan berharap diberikan peluang untuk membuktikan pihaknya tidak bersalah.

“Pada masa sama, kira-kira sebulan lalu, kami sudah memohon mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan proses berkenaan masih berterusan.

“Bagaimanapun, jika perkara ini terbukti benar, kami akan ambil langkah pembetulan dengan segera untuk memastikan keadaan dapat dipulihkan,” katanya.

Menurut Lim, pihaknya akan melakukan apa saja seperti menyamak premis dan barangan digunakan dalam perniagaan jika pihak berkuasa mengatakan memang ada gelatin babi di dalam serbuk kopi terbabit.

Pada masa sama, Lim turut berkata, pihaknya akan patuh pada segala kehendak digariskan Jakim bagi mendapatkan sijil halal berkenaan.

“Apa yang berlaku sekarang ialah kami sudah dihukum sebelum dakwaan dibuktikan benar atau sebaliknya.

“Saya tidak akan lakukan perkara bodoh hingga menyebabkan perniagaan kami yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu ditutup hanya kerana perkara ini. Tidak masuk akal saya mahu musnahkan perniagaan sendiri,” katanya.

Lim turut menafikan dakwaan terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi dihasilkan syarikatnya memandangkan pihaknya masih belum lagi menerima laporan rasmi ujian makmal berkenaan.

Dia kesal kerana perkara terbabit belum dibuktikan tetapi orang ramai sudah mempercayainya.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Semalam, laporan muka depan Harian Metro melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman mengesahkan terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi di sebuah premis perniagaan terkenal menjual minuman berkenaan di negeri ini.

Pengesahan berkenaan dibuat selepas analisis terhadap sampel serbuk kopi dijalankan Jabatan Kimia Johor ketika premis berkenaan diperiksa baru-baru ini hasil aduan ramai.

*****************************

Tadi saya bagitahulah tentang hal ini kepada suami saya...dia sangatlah terkejutnya...sebab suami saya pernah makan di sana...lepas saya kata bahawa kopinya ada gelatin babi...suami saya jawab "patutlah kopi dia sedap...."

Tapi lepas tu tak terkata apa-apa....macamne tu yea...kalau kita dah terminum?..

4 ulasan:

whitecappuccino berkata...

meremang bulu roma la

Kalamhati berkata...

masa minum tu belum lg disahkan tidak halal..so takde apa..bila dah tau dan kita tak yakin,so tak payah minum lg..kena elak benda2 syubhah ni

padlie berkata...

Dah terminum tak boleh buat apa la.. kita bukan tahu pun..
Walaupun dia nafikan penggunaan gelatin tu, kalau kita masih was-was, jauhkan la..

Tinta Emas berkata...

whitecappuccino: saya memang tak sangka...tapi dulu ingatkan pengusahanya cina muslim..

kalamhati:
benda2 syubhah ni memang kena elakkan...masalahnya kita nie selalu terikut2 kalau ada orang islam lain yang turut memakannya..

padlie:
lepas ni memang kita kena berjaga2...bila was2 aje..jangan makan atau minum...

terima kasih sbb beri pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...