Khamis, Mac 24, 2011

ALASAN PONTENG

Catatan 1

"Emak, hari ini ila tak mahu pergi sekolah. Rasa macam nak demam sebab tekak perit, badan sejuk, kepala berat macam ada batu. Emak tolong telefon cikgu beritahu ila tak sihat," rengek Aqilah..

"Eh, isnin lepas ila cakap sakit perut, tapi kemudian segar bugar saja duduk depan televisyen tengok Astro. Hari ni demam pulak? Baiklah, kalau ila tak sihat, jom mak bawak pergi klinik mintak doktor beri injection yea..."

Bila dengar sahaja perkataan injection tu, ila cepat-cepat bangkit dari tempat tidur dan bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah, Pelik sungguh tadi beriya-iya demam tapi sekarang bersungguh-sungguh nak pergi ke sekolah apabila diajak ke klinik..

Akhirnya persoalan terungkai jua apabila aqilah tidak mahu ke sekolah sebab tidak siap kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. banyak pulak tu...

************************************************
Catatan 2

Semalam saya di pantau oleh En Mariapan.. Oleh sebab tidak mahu membawa banyak bahan bantu mengajar, saya masuklah ke bilik Geografi...lebih mudah sebab semua bahan bantu mengajar ada di dalam bilik tersebut... Alhamdulillah semuanya okey...

Sebenarnya dah banyak hari beliau mahu memantau pengajaran saya di dalam kelas, namun saya cuba mengelak ( biasalah banyak kerja )..rasa mahu ponteng jugak???

Petang tadi saya pantau seorang guru baru sesi petang...guru matematik...masuk kelas yang 1 A 9...kelas hujung tu...bila saya masuk sahaja ( lewat sikit ), ketua kelas beri ucapan selamat sejahtera pada saya...mungkin cikgu tersebut sudah memberitahu tentang kehadiran saya kot...Keadaan kelas terkawal mungkin saya ada dalam kelas tersebut agaknya...lagi pula pelajar tersebut tidak mengenali saya sebab saya mengajar sesi pagi...

bukan nak cerita tentang cikgu berkenaan tetapi tentang seorang pelajar cina di dalam kelas tersebut yang bersiul tanpa menghiraukan kehadiran saya dan cikgu berkenaan di dalam kelas...bukankah kurang ajar ??? rasa nak menjerit sahaja saya kepada pelajar cina tersebut...tapi memandangkan saya ni tetamu...saya cuma lihat sahaja cara cikgu baru tersebut menangani masalah tersebut...

sebelum keluar, saya menyuruh guru berkenaan menulis nama pelajar tersebut dalam buku ponteng kelas yang disediakan...dalam buku tersebut, guru boleh mencatat segala kesalahan pelajar..Cikgu tersebut juga mengatakan kepada saya bahawa pelajar tersebut sebenarnya selalu ponteng kelas matematik dan dia sendiri tidak sangka, pelajar terbabit akan ada masa saya memantau kelas ini..

mungkin pelajar tersebut tidak suka mata pelajaran Matematik kot...

**************************************************

catatan 3

Dua hari ni, sekolah sedang sibuk mengadakan raptai untuk majlis anugerah cemerlang dan mesyuarat agung PIBG. Banyak jugaklah acara-acara yang dipersembahkan kepada ibu bapa nanti...Ada koir, ada nyanyian pelajar, ada persembahan pelajar pelbagai bangsa...dan tahun ini agak unik sikit sebab ada gamelan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 2... Semasa penyampaian hadiah kepada para pelajar kelak, bunyi gamelan akan kedengaran seiring. ( ala-ala majlis konvo gitu ..)

semasa majlis raptai ni, maka ramailah pelajar-pelajar yang berkeliaran disebabkan cikgu tidak masuk kelas kerana terlibat dengan raptai..akan tetapi bilangan pelajar yang ponteng juga lebih ramai kerana ingin melihat persembahan-persembahan pelajar...

bila di tanya....terlibat dengan persembahan dan kawad.??? entah betul...entah tidak...

****************************************************

Secara umumnya, dari pengalaman saya punca ponteng nie ialah:

Pelajar malas untuk ke kelas atau kelas-kelas tertentu.. macam anak saya pun kadang-kadang malas jugak nak ke sekolah agama terutamanya...sebab katanya , ustazah selalu tak ada kat sekolah!.

Pelajar tidak minat untuk belajar...Ini memang situasi biasa bagi pelajar sekarang...ramai yang rasa terpaksa sahaja...tapi yang hairannya, mereka sangatlah rajin datang ke sekolah tetapi suka ponteng kelas!.

Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah atau masuk ke kelas tertentu...Memang bengang kalau masuk ke kelas , kalau hanya hendak mendengar bebelan cikgu kan?? lebih-lebih lagi, jika asyik2 nama kita sahaja yang dipanggil dan disindir....

Pelajar terpengaruh dengan pelbagai hiburan ....kalau dah malam-malam asyik pergi ke RED BOX kat Jaya Jasco memanglah malas nak pergi sekolah keesokan harinya...lagi-lagi kalau dah pergi jom heboh....

pelajar terpengaruh dengan rakan yang tidak bersekolah...Ini lagi kuat pengaruhnya....kadang-kadang, pelajar mengadu kat saya yang rakan mereka tidak masuk ke sekolah tapi pusing balik ke tempat lain pulak...kesian kat emak bapak diorang yang hantar sampai pagar...dan bila balik aje ambil anak2 kat dpn pagar jugak...

dan banyak lagi sebab-sebab lain....

jadi kita sebagai ibu bapa kenalah prihatin dengan anak-anak kita tu....Depan kita perangai lain...belakang lagilah lain....

4 ulasan:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

Assalam,takut nyer dgn cabaran yg akan dihadapi ibubapa zaman skg nie..
dlm mendidik anak2 skg.

solo molo berkata...

dulu masa sekolah paling rajin...
kedatangan penuh...

ariana's berkata...

Wah..Siti ni mesti sorang guru yang hebat..sebab dalam kesibukan tu, sempat lagi menulis..banyak pulak tu..Selamat majujaya ye..:)

Kalamhati berkata...

huhu macam2 alasan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...