Bila kerajaan bagitau bahawa beberapa tahun lagi ( bila ek??? )akan tiada peperiksaan PMR lagi...ramailah pelajar-pelajar suka, gembira, riang ria dan macam-macam lagi....
sebab apa???
tak payah belajar sungguh-sungguh lagi....
tak payah nak pergi tuisyen lagi..
orang yang sedih???
guru-gurulah...
orang yang paling tak suka????
guru-guru jugak...
orang yang paling rugi????
cikgu2 yang bukak pusat tuisyenlah...sebab dah tak ada pelajar yang nak belajar...betul tak?
Bila dah tak ada exam, pelajar nak buat apa???
Kena buat kerja kursus untuk gantikan exam....
penilainya ialah guru-guru jugak
Saya bukannya tidak setuju dengan cadangan daripada kerajaan yang dimaklukan oleh Timbalan Perdana Menteri kita tu tapi mereka yang sudah memasuki bidang perguruan sahaja yang mengetahui betapa susahnya untuk membuat kerja kursus ni...
saya sudah menjadi pendidik lebih 10 tahun nie pun sudah nampak perbezaan antara pelajar 10 tahun dahulu dengan pelajar sekarang...pelajar sekarang banyak lemak!!! bukan kerana banyak lemak di badan mereka tapi dekat otak mereka kot....
Saya cukup tidak suka dengan ungkapan yang mengatakan bahawa "GURU IBARAT LILIN"..
saya tak nak diri saya terbakar..saya tahu dimana kemampuan saya untuk mendidik anak-anak bangsa...tapi sampai membakar diri sendiri nak buat apa???
Pelajar sekarang seperti kita kasi betis diaa nak peha...bukan peha sahaja yang dia nak, kalau boleh dia nak semua sekali...tapi mereka tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya....hanya berserah pada cikgu sahaja...
kalau guru ajar di dalam kelas macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan...mereka suka mendengar bebelan guru-guru sebab makin lama dengar mereka makin tak belajar...lepas tu kalau gagal sahaja, terus salahkan guru pulak...guru tak tahu mengajarlah...guru itu, guru inilah...dn macam2 lagi hinggakan masuk surat khabar..
Begitulah dengan kerja kursus nie...nampaknya cikgu-cikgu jugalah yang kena membuatnya dahulu untuk disalin bulat2 oleh pelajar...tu pun kalau mereka nak??
ada tu sampai, guru-guru hantar salinan kerja kursus ke rumah pelajar...untuk disalin oleh pelajar dari A sampailah ke Z...bila dihantar tengok-tengok sahaja tulisan emak pelajar...guru pun terima jugak dan diberinya markah...
bukan dah membakar jiwa raga cikgu ke???
ada pulak tu sampai anak cikgu tolong buatkan untuk pelajar yang memang tak hadir sekolah berbulan2 tapi dok kasihan takut tak lulus exam, kita buatkan jugak...namun usaha tu sia-sia sahaj...tak datang exam pulak!!
Bukan membakar diri ke lagi???
Lihatlah awal bulan mei nie...mesti berderet-deret pelajar yang kena beratur di dataran dan di tahan sebab tak siap kerja kursus..
jadi pelajar2, berubahlah...janganlah menyusahkan guru-guru anda..berusahalah untuk memajukan diri anda sendiri..kalau anda berjaya, sudah pasti ibu bapa anda akan gembira...
Kepada pelajar yang tak banyak lemak, entry ni bukan untuk anda!
USAHA TANGGA KEJAYAAN
13 ulasan:
betul tu..bila kena kerja kursus cikgu la yang pening bagai nak rak..
sbar ya cikgu... mungkinlah... ini mungkin aja kot... murid2 10 tahun lalu yg cikgu jumpa tu... time cikgu masih muda... masih gagah untuk bekerja... tetapi 10 tahun skang nie... rasanya muridnya tetap sama... cuma kudrat kita dah tak sama mcm 10 tahun dulu.... guru tu memang ibarat lilin... ikhlas mendidik tu yg akan buat hati kita tenang...
as salam cikgu, saya harap cikgu bersabar okkk... nanti bila diorg dah besar baru diaorg tahu betapa besar nyer pengorbanan seorg cikgu.
Akan berusaha untuk menjadikan entri ini bukan untuk saya. ;)
whitecappuccino:
tak lama lagi cikgu2 akan pening kepalalah...
cik bidarari:
dah tak larat nie..makin usia bertambah dah tak larat nak marah2.
BSB:
dah bertahun2 bersabarlah nie..
dah bertahun2 membebel kat bebudak..
baru tahun nie ada blog..bolehlah luahkan perasaan.
eira:
teruskan usaha yea...
selamat malam cikgu--
subhanallah...mmg PMR nak dimansurkan ker??
tak bagusnya..
sure pedapat cikgu ayu sokong 100%..
percaya sangat pelajar makin berlemak...
ada jugak orang yg setuju..
terima kasih ayu..
minat belajar dah kurang .. sebab tu lemak makin bertambah :)
anastasyea's latest post .. Adakah kedatangan Supermoon pada 19 Mac 2011 akan mencetus lebih banyak gempa bumi berukuran 8+ pada skala richter dan tsunami ?
memang ini salah satu sbb kenapa pelajar susah nak buat kerja khusus...
sangat tak setuju sebenanye yg PMR nak dimansuhkan..
yang paling kasihan adalah ckgu form 5.. percayalah..
walaupun cik pulau belum jadi cikgu, tp one day nanti komfem cik pulau jadi cikgu jugak..
sangat takut nak berdepan dgn student skarang..
dah rasa macam diorang skrag tak sama dengan masa cik pulau blaja dulu..
moga segalanya dipermudahkan.. ^^,
memang akan menyusahkan semua cikgu dari form 1 hingga ke form 5....
semoga cik pulau menjadi cikgu yang tabah kelak...
Catat Ulasan