Khamis, Mac 31, 2011

Hari yang Memenatkan...

Hari ini memang penat, ada aktiviti ko-kurikulum untuk persatuan dan kelab...Saya merupakan penyelaras ( bukan nak promote ) terpaksalah menanti semua pelajar berbaris, memastikan kehadiran guru-guru yang lain menandatangani buku kehadiran, membuat laporan aktiviti semua persatuan akademik, dan mencatatkan masalah-masalah hari ini untuk diambil tindakan ...

Sabtu lepas Majlis Kecemerlangan dan Mesyuarat PIBG telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya...penatnya masih terasa lagi...Nasib baik Majlis maulidur rasul yang dijangkakan pada hari sabtu ni telah dibatalkan...kalau tidak , tak ada masa rehat...Pada sabtu 9hb pula, sekolah saya akan bersekolah seperti biasa kerana menggantikan cuti sekolah hari tu..( tak pasti ganti cuti raya cina ke atau deepavali???)

Esok, saya dan cikgu Hadijah mulalah sibuk untuk membuat raptai bagi memastikan perjalanan Majlis Pelantikan Pengawas bagi tahun 2011 yang akan di adakan pada isnin hadapan berjalan lancar..

Bilik operasi pengawas juga sudah diupgrade supaya lebih sesuai untuk mesyuarat AJK tertinggi Lembaga Pengawas....

Banyak kerja yang perlu dibereskan termasuklah memastikan sijil watikah pelantikan pengawas siap bertandatangan ..( Baru tengah hari tadi siap)...sesi pagi sahaja 100 lebih sijil perlu disediakan sementara sesi petang pula lebih kurang 60 orang pengawas...

Pamplet lum siap lagi... bunga rozet belum dibeli lagi, cenderahati juga belum dibungkus lagi...dan macam-macam lagi..

Mudah-mudahan majlis ni akan berjalan lancar...Ini kerana saya baru sahaja sebulan mengambil alih Lembaga Pengawas ni sebagai ketua guru penasihat pengawas....

6 ulasan:

cik pulau berkata...

penat yer..
buat ape td???

luahfikiran berkata...

SALAM,
PERNAH MENJADI GURU DI AWAL KERJAYA DAHULU. JADI LF DAPAT MEMAHAMI BETAPA BERATNYA TUGAS GURU. TETAPI TAK MENGAPA. INSYALLAH ALLAH AKAN MEMBERIKAN GANJARANNYA JIKA KITA MELAKUKAN DENGAN TERBAIK DAN IKHLAS KERANA ALLAH SWT. TERUSKAN CIKGU CTT

Citarasa Rinduan berkata...

cikguCTe

ayu dapat rasa kepenatan cikgu...
maklumlah..ayu pernah jadi guru kolej MLVK

dan masa ayu bergelar prlajar....5 tahun menjadi pengawas...sangat close dgn guru pengawas....
tahniah cikgu atas pelantikanmu

Cikgu CTE berkata...

terima kasih pada cik pulau, ayu dan luahfikiran kerna memberikan saya semangat untuk melupakan sebentar rasa kepenatan ini...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

assalam, tahniah di atas perlantikan. semoga tabah menghadapi kerenah anak2 murid.

Citarasa Rinduan berkata...

singgah sini..
alamak dah azan maghrib,nanti ayu singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...