Salam pagi Isnin...
PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.
Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.
“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.
“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bukan saya nak menyokong tindakan cikgu terbabit...tapi saya rasa mesti ada yang menyebabkan pelajar tersebut ditampar.... selalunya kalau pelajar ni berkumpulan, mereka merasakan diri mereka sangatlah kuat untuk menentang guru...
Kita sebagai pembaca tidak sepatutnya terus menghukum cikgu berkenaan...mungkin cikgu tersebut faham bahawa pelajar ini penat...namun mungkin juga mereka tidak membuat tugasan yang diberikan, mungkin juga mereka kerap ponteng kelas, mungkin juga mereka kurang ajar semasa disoal dan bermacam-macam lagi kemungkinan yang tidak dijelaskan kepada ibu bapa...
Dari pengalaman saya, sepanas-panas saya ini, jarang saya nak bertindak menampar pelajar sesuka hati...kalau memang mereka terlampau kurang ajar...mungkin sahaja tangan saya akan naik...
Bila kebenaran berpihak kepada cikgu berkenaan...barulah keluarga mereka malu..tak pulak buat ruangan di surat khabar untuk meminta maaf kepada guru.....
Pengalaman saya sendiri..saya telah menampar seorang pelajar perempuan kerana bermain-main air, berkejar-kejaran dan memancutkan air mineral yang telah dilubangkan dekat penutup botol di dataran sekolah sehingaga basah..pelajar yang tidak terlibat pun ikut basah...
Isu tampar ini menjadi kes sekolah..walhal saya tidaklah menampar dia sekuat pelajar lelaki...tapi dilebih2kan cerita...akhirnya kebenaran berpihak kepada saya dan bapa pelajar tersebut dikehendaki meminta maaf kepada saya...namun dek kerana ego, bapa pelajar tersebut tak jumpa saya sampai la nie...
saya cukup hormat dengan pandangan pelakon Sheila Rusly dalam Berita Minggu semalam...
Apakah yang harus dilakukan semua pihak terbabit bagi memastikan kerjasama dan kemesraan berkekalan?
katanya.." ibu bapa harus bersikap lebih terbuka dan prihatin terhadap pergaulan anak supaya dapat memantau kejadian sedemikian. Guru pula bertindak sebagai role model dan harus bersikap tegas, bukan sambil lewa selain lebih jujur berhubung permasalahan anak murid supaya segala masalah dapat dibendung lebih awal . Ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap berat sebelah, jangan terus menunding jari. Kaji masalah sebelum membuat keputusan. kenal siapa anak kita dan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tanpa menganggu emosi pihak lain"
saya cukup setuju dengan beliau, bahawa tanggungjawab mendidik anak diserahkan 100 peratus kepada guru dan sekolah. Bila berlaku kejadian yang tidak diingini, guru dan sekolah terus dipersalahkan....
******************************************
Teringat semasa sekolah rendah dahulu, ada cikgu perempuan dikejar dengan parang oleh bapa seorang pelajar... kesian dengan cikgu tersebut sebab pelajar tersebut sememangnya seorang pelajar yang sangat nakal di sekolah...tak taulah apa yang terjadi kepada anak-anaknya...
Jiran belakang rumah kat kampung saya lagilah teruk...sampai sekarang masih lagi mencuri dan memanjat rumah jiran-jiran yang lain...ibu bapa dia tetap buat dek je walaupun sudah diberitahu...memang tak tau malu..walhal kedudukan rumah rapat-rapat...
Wasallam
7 ulasan:
ni yang rasa nak marah ni.. mak bapak semuanya mengharapkan sekolah... habis tu apa tugas ibu bapa... kalo anak nakal salah sekolah.. padahal anak tu datang dari rumah... lawak la...
anak2 sekarang manja... kena sikit ngadu.. poodah...
tapi ada juga segelintir cikgu yang hanya makan gaji je.. yang tahu hanya mengajar.. mendidiknya tidak... terpaksa kot jadi cikgu...
memang tak dinafikan ada sebilangan guru yang mengajar krna terpaksa...
tapi kalau dah makan gaji tu kenalah kerja jugak...tak leh makan gaji buta...
huhu memang selalu mcm tu..parents bertindak melulu hantar surat layang atau contact pihak atasan..
tp bila siasat balik..mereka yg malu sbb anak mereka yg salah..
sebaiknya mereka dtg ke sekolah dulu, tahu keadaan sebenar sebelum buat tuduhan
memang betu tu..kena siasat dulu...anak-anak yang buat perangai....
kalau pelajar cepat mintak maaf sudah tentu cikgu akan maafkan...
ni mesti ada yang tak betul..
subhanallah..
zaman dahulu cikgu bagai idola sepanjang sessi persekolahan..
ibu dan ayah siap sound..kalau tak jawap soalan..rotan jer cikgu..saya bari hak pada cikgu didik ayu
begitu tinggi kemuliaan cikgu dimata kami..
zaman skrang agak berlainan..namun, insyallah..ayu akan mendidik umai muliakan dan hormati gurunya..
cheit baru kene tampar jer...
kuar berite camni kan, lagi wat saye nak lempang dak tue...
Berita macam ni memang menyesakkan dada kita. Hanya seseorang yang bergelar guru saja akan faham situasi ini. Guru biasanya masih rasional bertindak kecuali jika terpaksa. Guru pun manusia biasa. Jika anak murid dah mula kurang ajar, kita bertanya dengan elok dibalas dengan herdikan, hati siapa yang tak mendidih. Saya pun pernah menampar pelajar perempuan Cina kerana kurang ajar. Bukan pertama kali dia kurang ajar, tapi dah berpuluh kali kurang ajar, dengan semua cikgu diherdik maki, dihina, peraturan sekolah tak mau ikut. Fikir-fikirkanlah..
Catat Ulasan