Rabu, Mac 02, 2011

Janji yang dimungkiri

Kalau pandai berjanji, mestilah pandai tepati....

Apa perasaan anda kalau orang yang telah berjanji dengan anda, mungkiri janji tersebut???

Cuba anda bayangkan, seorang kawan anda telah sudah berjanji hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan..Jadi kita pun menunggulah dengan penuh harapan membunga dan dengan hati yang ceria.

Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak juga muncul. Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhatikan orang yang lalu lalang, melihat sepasang kekasih berjalan beriringan ( hingga menimbulkan kejelesan di hati kita), melihat si ibu memimpin anaknya dengan mesra ( aduh, bertuahnya anak itu punyai ibu seperti itu...), melihat seorang pelajar termenung ( mungkin tak lulus exam kot..) dan macam-maca lagi..

Tapi sahabat yang dinanti-nanti, belum jugak nampak muka...Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai... Kita melihat jam di tangan, ah!!!! sudah 30 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti...45 minit, naik 1 jam, dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!

Apa yang akan anda rasa??? Tentu anda akan berkata...

"EEEee...manalah budak ni???" "kalau ada hal calllahhhh"

"tak guna betul, tadi dah janji.."

dan last sekali...."tau la esok...siap ko!"

Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akujanji sebagai seorang umat Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita akan mematuhi Rukun Islam terutamanya solat lima waktu. Kita tau solat tu tiang agama, telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama

Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya, Lima minit, 20 minit.....40 minit.... satu jam....dua jam....tiga jam...., kita langsung tak sembahyang!..

Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa?? Bukankah kita sudah berjanji, kenapa mungkiri...

Oleh itu, marilah kita mengerjakan solat.....

*************************************************************************************

Aqilah buat hal lagi!!

Petang tadi, saya sedikit cuak kerana saya balik sahaja ke rumah, Aqilah masih lagi belum pulang dari sekolah... Dah 2 hari dia terus ke sekolah saya tapi hari ini dia tak pergi sekolah saya malah bila sampai rumah pun dia tiada...

Memang agak cuak jugak..bila duduk di bandar besar ni, macam-macam boleh berlaku...hati saya begitu takut kalau-kalau anak saya diculik ke, dibunuh ke, dirogol ke dan macam-macam lagi...semuanya berlegar di kepala saya..

Masih lagi berfikiran positif..mungkin aqilah akan balik rumah pukul 6.30 petang nanti kot?...mungkin aqilah ada aktiviti kat sekolah dia kot?...

Nasib baik lepas ambil Awadah dekat taska, nampak kasut sekolah dia kat depan pintu...alhamdulillah...

bila di tanya , Aqilah cakap dia ada latihan zapin...balik tadi pun dihantar oleh cikgu Zafran... saya pun beritahu Aqilah supaya dimasa lain, pinjam handphone cikgu dan hantar msg kat emak...

kadang-kadang anak-anak ni tak tau ke yang kita ni sayang kat diorang???

*************************************************************************************

Awadah kena tanda-tanda chicken pok

masa nak ambil Awadah kat taska tadi, pengasuhnya cakap awadah kena chiken pok...pesan pengasuhnya lagi.sekarang memang musim penyakit tu...dekat taska ni sahaja dah ramai yang kena penyakit tu...

adusss, macam mana nie... kena cutilah gamaknya..kalau penyakitnya semakin teruk, selalunya pihak taska tidak benarkan mereka dihantar ke taska buat sementara waktu...siapa yang nak jaga awadah di rumah??? kakak dia??? semuanya ada ujian pulak minggu nie...nampaknya saya jugaklah yang kena cuti...

apa-apa pun, saya hanya dapat berharap supaya anak-anak saya sihat sahaja terutama sekali kepada Awadah..

Wasallam

5 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

Wah ..berguna ..terima kasih kongsi ..
=)

azieazah berkata...

Salam kenal CIKGU CTE.
Kak Azie masuk membalas kunjungan.


Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan.

Teringat lagu, “Penantian Suatu Penyiksaan”


Make-over yang Over...!

azieazah berkata...

Luahan hati seorang ibu.
Kalu melibatkan anak-anak, apa saja tetap menjadi penting dan utama.

Itulah istimewanya kita... kan?

kay_are berkata...

betul2.. tu sebab kuar sticky post tu.. sebab xnak lupe janji yang di wat =)

sekamar rindu berkata...

salam...

manusia dipegang pada janji...bila dah berjanji perlulah tepati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...