Kali ini saya nak berborak kosong tentang sejarah saya boleh terjun dalam dunia blogger ni...
Klik lah gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut...
Mulanya saya masuk dunia maya nie, bila mana kawan rapat saya Cikgu Norwani berpindah sekolah ke Selangor. Masa itu, saya melihat facebook adalah satu perhubungan yang sangat popular dan free pula... kenapa saya perlu menggunakan handphone saya untuk berchit chat dengan nya?....bukankah lebih mudah kalau saya ada face book....
Bila saya sudah mempunyai FB, saya dapati ruangan tersebut tidak cukup untuk kita mengutarakan pendapat kita dengan panjag lebar...jesteru itu bila seorang kawan saya iaitu Cikgu Salina memperkenalkan blog peribadinya, saya rasa macam ketinggalan sahaja... Mengapa seorang cikgu yang muda dari saya dan berkeluarga, masih mampu untuk merekacipta satu blog peribadi...sedangkan saya tidak boleh?...dari situ kesedaran mula timbul untuk membuat blog saya sendiri
Saya pun meminta tolong Cikgu Razali dan Ustaz Talha untuk membuat blog segera..dan Masa tu saya menggunakan nama PONDOK SITI sahaja...Selepas itu saya ubah nama kepada TITIAN KASIH SEMARAK RINDU dan akhirnya saya memilih CATATAN TINTA EMAS sehinggalah ke hari ini..
Entry pertama saya ialah Selamat Datang ke Pondok Siti yang dicatatkan pada 2hb June 2010.. Namun selepas tu, dek kerana kesibukan saya hanya memasukkan sedikit entry sahaja dan tidak begitu aktif...Sehingalah pada bulan Disember 2010., bila mana saya banyak masa terluang, saya mula mengaktifkan diri untuk menulis lagi...
Tujuan????
Sebenarnya tujuan saya berblog ini saya nak berkongsi ilmu terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah..tetapi bila dah masuk dunia blog nie, saya rasa apa salahnya saya berkongsi-kongsi idea dan pengalaman dengan pembaca-pembaca yang lain...sekurang-kurangnya saya boleh mendapat ilmu pengetahuan daripada cikgu2 dan pandangan-pandangan blogger lain...
Kalau dah namanya wanita...tetap wanita jugak.... jadi tak lari daripada dunia masakan...saya pula bekerjaya dan saya mahukan masakan yang mudah dibuat...jadi saya followlah blog2 masakan yang menghidangkan hidangan yang ringkas tetapi sedap..
Apa yang saya nak capai???
Masih lagi tidak pasti...
Buat masa sekarang saya cuba berkongsi pengalaman...tapi tidak tahu di masa depan sama ada saya akan terus aktif atau tidak...
Tetapi selagi berdaya, saya akan berusaha untuk memantapkan dan menyemarakkan lagi dunia blog ini...dan saya tak akan lokek untuk berkongsi pengalaman selama 42 tahun hidup ini...Insya Allah
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan