Isnin, Mac 07, 2011

Banduan pun takut hantu..

Ketawa saya bila baca harian metro hari ni...tak lah sampai terguling-guling hingga keluar tali pusat macam orang lain tu... Tapi luculah bila baca... banduan yang banyak buat jenayah, selalu keluar tengah-tengah malam hingga hampir subuh baru balik kerja ( kerja2 mereka ), dan macm2 kerja yang dibuat pada waktu malam lain boleh takut jugak dengan hantu...

Kalau dah nama manusia tu tetap manusia juga kan?...walaupun tak pernah takut dengan manusia lain, dengan polis, ..tapi mereka sebenarnya lebih takut dengan hantu...

Sepatutnya mereka takutkan Allah, namun disebabkan balasan dari Allah tu mereka tak rasa lagi...jadi mereka lebih takutkan mahluk lain....

Bacalah berita di bawah...

**************************************************************

"LEMBAGA PINDAH RUMAH"

BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula.

Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.

Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri.

Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.

“Kami pernah melihat kelibat seorang wanita berdiri berdekatan tingkap sebelum menghilangkan diri. Kejadian ini sering berlaku terutama pada awal pagi dan wanita terbabit dikatakan berlegar-legar sekitar kediaman pegawai.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah dalam lokap pun turut berlaku gangguan tetapi dipercayai oleh makhluk lain,” kata pegawai terbabit yang yang enggan dikenali.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila ada beberapa penduduk berhampiran terserempak dengan lembaga menyerupai pegawai di atas bumbung rumah terbabit.

Kejadian berlaku beberapa bulan lalu apabila individu berkenaan melihat kelibat ‘pegawai’ berkenaan di atas bumbung pada jam 2 pagi.

“Namun, tidak lama selepas itu, ‘pegawai’ berkenaan dikatakan menghilangkan diri dan apabila ditanya pada keesokan hari, pegawai terbabit menafikan dia berada di atas bumbung rumahnya pada waktu itu,” katanya.

Katanya, beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidur dalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan, malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.

Sebelum ini, IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.

Kejadian berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka.

Turut didakwa berlaku gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya. Berikutan itu, pengurusan IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang pengamal perubatan Islam bagi ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.

*****************************************************

Kalaulah kita boleh meminta bantuan 'mereka' untuk membenteras jenayah kan bagus!

Wassallam-

16 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

heheheh..
ayu baca kat metro harian pun ketawa macam pontianak...
lucu...hehehe

Cikgu CTE berkata...

kelakar kan???

selalunya bila baca paper tu cuma senyum kambing aje tapi kali ni ketawa betul2...ngilai lagi..

Nur Liyana berkata...

hahahaha..agak la....dh nama pun manusia..kih3..
yg tue pu dia takut..
mksudnye kena dekatkan diri kat Allah lagi..huhuhu

Cikgu CTE berkata...

betul2 tu liyana..

Cikgu Nurin berkata...

ha ha ha...betul...minta tolong bomoh mana mana pujuk *deorang* ni..berkhidmat,yang suka mencuri, suruh toyol pantau, yang suka merempit, pontianak ( sebab boleh terbang ), yang duk bunuh orang vampire..eh, vampire ngan pontianak,bukan sama ker? he he..

kay_are berkata...

wat lawak je banduan2 tu.. memang nak gelak ahakz!!

A.s.t.i.n.a berkata...

whahaha cikgu nehhh... walaupun lucu tapi sebab saya baca pada waktu malam, saya rasa sangat takut... mintak tolong mereka tangkap penjenayah.. haha

Mak Su berkata...

x brani nk ckp apa, moga Allah sentiasa pelihara

Cikgu CTE berkata...

ckgu nurin:

kalaulah boleh...mmg dh lama boleh kerjasama..

Key are :

memang lawak..

Cikgu CTE berkata...

astina; jgn baca mlm2...serammmm

Cikgu CTE berkata...

mak su:

memang...semoga dilindungiii

Cikgu CTE berkata...

astina; jgn baca mlm2...serammmm

sumanje berkata...

salam ziarah pagi selasa..
Salam kenal dari sumanje...
Oh...ya...

sambil promosikan blog su yang baru...
jemput singgah sini
Thanks so much sudi singgah..
happy blogging from Sumanje

padlie berkata...

kesian polis2 tu..
mesti trauma kena kacau hantu..

tp apa yg berlaku sama cam opis padlie dulu.. gaya yg sama.. ke diorang pindah dari Banting ke Betong?

Entry terbaru padlie: Padlie masa muda-muda [Part IV]

Cikgu CTE berkata...

sumanje:

selamat berkenalan
saya akan masuk blog awk k...

padlee:

agaknyelah tu mereka berpindah beramai-ramai..

Diari-Selebriti-Mama berkata...

cantik blog cikgu cte.ceria sangat.mood pun jadi ceria.
eii seram saya dengar..tempat yang macam-macam peel dan karenah memang 'benda' tu suka.

ziarah dari blog

http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/kls-sangat-happy-chillax.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...