Khamis, Mac 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

image
Kali ni nak muda-mudakan diri cikgu CTE lah ..bukan mudakan diri tapi mudakan fikiran je......nak masuk segmen en ben....en ben ni blogger femes..muda lagi dan ..........dan.............dan..........dan........... tak mahu cerita pjg2 nanti riak pulak en ben tu .
    1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
      - mestilah pernah...jatuh cinta dengan en suami sayalah...
      - saya jatuh cinta pada kepribadiannya...ada aura en suami saya yang tak boleh digambarkan dengan perkataan.....dia banyak membimbing saya untuk menjadi isteri yang sempurna.. terima kasih suami ku....
    2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
      saya tidak mengutamakan fizikal en suami saya kerana en suami saya masa saya berkenalan dengan dia tersangatlah kurusnya.
      Pada saya fizikal tidak memainkan peranan penting.. yang penting adalah tanggungjawab dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya..
    3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
      Dahulu, saya suka akan tahi lalat kat bibirnya...kata orang bahaya..tapi pada saya menawan...sekarang bila dah kawin...dah biasa aje..
      Saya tak suka lelaki yang berbulu dada....kalau tegap macam en ben pun tak suka jugak ...
    4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
      setuju sesangat..
      maknanya kita bahagia dan kehidupan berumahtangga sentiasa ceria...makan minum pun terjaga..tidak suka makan diluar.....sentiasa sukakan air tangan isteri...
    5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
      setuju...
      dunia sekarang memang begitu, lelaki kacak selalunya kaki perempuan sampailah mereka berjumpa dengan wanita pilihan hati..betul kan???
      Perempuan cantik pula kalau tak pandang material, macam ne nak hidup..banyak perbelanjaan diperlukan...mesti materialistik...tapi kalau dah dapat yang berkenan dihati, mereka pun tak kisah..kalau tak ada duit ke , tetap dipilih jugak...
      Tapi saya memang tak menyangkal tentang perempuan materialistik nie...ada memang tak mau kawin sbb begitu materialistik...kadang2 mereka sanggup memporakperandakan rumah tangga org lain semata2 nak mencari kebahagian...
    6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
      Suami saya sahaja..
      saya nak sehidup semati bersama-sama..Insya Allah
    7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
      syukur alhamdulillah...semakin berumur semakin handsome...
    8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
      Tidak..sebab semakin berisi..walaupun tak ditegur tapi saya tak puas hati..
    9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
      Perlu...tapi dah berusaha namun masih tak berjaya...
    10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasaianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
      Tak boleh percaya...dah macam2 produk cuba tapi bohong belaka dan dah pergi pusat kuruskan badan..tapi badan tetap macam gini..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...