Memaparkan catatan dengan label Luahan rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan rasa. Papar semua catatan

Ahad, Januari 16, 2011

Menantu VS Mentua....

Saya bukan nak beri komentar tentang drama "Mentua Vs Menantu" lakonan Erra Fazera tu... tapi saya nak ulas sedikit tentang tajuk ini yang setakat ini belum habis-habis dipersoalkan.. Kenapa kita tidak boleh tinggal bersama-sama dengan mentua kita? Kenapa kita tidak boleh tahan dengan sikap mentua kita seperti memahami sikap emak kita sendiri? Persoalan itu, jawapannya ada pada diri kita sendiri...Kata orang apabila kita sudah berkahwin, kita akan berkahwin sekali dengan keluarganya sekali...betul ke? Pada saya sebagai seorang isteri, apabila kita berkahwin dengan seseorang lelaki..kita tidak boleh memisahkan talian darah antara ibu dan anak ...memanglah ..kita sebagai seorang wanita, kadang-kadang ingin menguasai suami kita seorang sahaja..dan kita tidak mahu rumah tangga kita dicampuri oleh orang lain..terutama sekali mak mentua.. Dan kita juga kena tahu bahawa syurga suami masih lagi di bawah tapak kaki ibu mentua..kita tidak boleh menafikannya...sehingga suami kita meninggal pun , fatwa ini tidak akan berubah.. Pergaduhan antara menantu dan mentua ini memang sejak dari dulu lagi....seperti dalam filem "ÏBU MENTUAKU" lakonan P. Ramlie tu... Jadi, kita sebagai menantu mestilah menganggap bahawa mentua kita tu seperti ibu kita juga... mana sama? Memanglah tak sama...tapi kalau kita layan dia seperti ibu kita juga sudah pasti emak mentua kita pun akan menyayangi kita juga.. Hal mengumpat..memburuk-burukkan nama...ketidakpuasan hati...memang sudah menjadi asam garam kehidupan jika kita sudah mengambil keputusan untuk tinggal bersama mentua kita... Perasaan negatif terhadap emak mentua memang tidak dapat dielakkan...kan syaitan berada di mana-mana sahaja...memang dah sifat syaitan tu untuk memporak perandakan kehidupan umat manusia...biarlah dia menjalankan tugasnya... Tetapi kita yang mempunyai akal fikiran, sudah pasti dapat mengkaji mana yang baik dan buruk kepada kita.. Sampai bila kita hendak memusuhi mentua kita?... jika kita bencikan mentua...macam mana kita hendak menghadapi hari-hari mendatang...sebab kita akan berjumpa dengan mereka jua akhirnya... Pada saya, saya sendiri pun tidak sanggup untuk duduk bersama-sama emak mentua saya...malahan emak saya sendiri pun saya tidak mahu tinggal dengannya...bukan saya tidak sayang dengan mak saya sendiri tetapi saya tidak mahu menyusahkan dia... Sebagai isteri, kita mestilah membuang jauh-jauh perasaan yang negatif dan kita mestilah lebih banyak mengalah..sikap ini penting supaya kita menjadi menantu yang disayangi.. Selalulah berfikiran positif terhadap mentua... buang yang keruh, ambillah yang jernih... Senanglah awak cakap macam gitu, awak tidak merasainya! Saya tau saya tidak pernah merasainya...tetapi saya pun ada rasa ketidakpuasan terhadap mak mentua saya...tetapi saya tidak cakap...dan saya cuba memahaminya...mungkin memang dah sikap dia macam gitu...Redha aja lah... P/s ...teks ini didedikasikan kepada adik ipar saya di Pahang.....Sabarlah dek....

Sabtu, Januari 15, 2011

Bila nak kurus nie!!!!!!!

KURUS....LANGSING.... 2 perkataan yang selalu berlegar-legar dalam kepala otak saya sejak dari dulu lagi...Dari belum kawin sampailah dah beranak 5 ni..persoalan ini tak terpadam-padam dalam benak fikiran saya... Kadang-kadang benci sungguh bila memikirkan bila nak kurus ni... Banyak buku telah saya baca.. banyak produk telah saya cuba... namum impaknya masih macam gini jua... Dari tingkatan 6 lagi, saya dah mula melihat perubahan fizikal yang semakin "cubby"...kalau saya memakai tudung, nampak sangat bulat buka saya ini...berat dah mula mencecah 52 kg.... Masa tu saya tak tau nak buat apa...duit pun emak yang beri...tak tau macam ne nak kuruskan perut.. Masuk alam U...saya dan kawan-kawan dah mula berjogging...tapi jogging pagi-pagi buta...nak jogging petang-petang ..malu ngn budak-budak kampus... Saya pemalu orangnya....sebenarnya, saya tidak berapa suka bila jogging petang ni....ini kerana angin agak kuat bertiup pada masa ini...bila kita berlari, maka akan ternampaklah lekukkan-lekukkan yang tidak sepatutnya...tu yang menyebabkan saya suka berjogging awal pagi.. Lagi pula, budak-budak U ni lain sikit pemikirannya... saya mula diperkenalkan dengan teh kurus oleh kawan-kawan saya...Macam-macam teh yang di telan...kelat-kelatlah...asal nak kurus...minum aja lah...teh orang kampung...teh Binari...entah apa-apa jenama saja... Kalau dah minum teh kurus tu...apa lagi... rutin harian mestilah masuk toilet aja...kadang-kadang sampai 5 kali satu hari..penat... Perut..jangan kata lagi..asyik menahan sakit sahaja... Pernah kawan saya mencadangkan satu tablet ( pil ) kurus kepada saya...harganya pun murah... saya pun suruh dia belikanlah di pekan Jitra..pas saya makan je pil tu..tak samapi esok pagi, perut saya dah mula memulas-mulas...sakit sangat..cepat-cepat pergi toilet...melepaskan hajat... Tak dan keluar toilet, dah mula rasa yang mencengkam2 kat perut ni...lari lagi ke toilet...nasib baik bilik saya bersebelahan dgn bilik air...Hari tu saya keluar masuk toilet je hampir 8 kali... Bila saya tanya kawan saya, apa nama pil ni? dia pun tak tau...tapi orang panggil julat...JULAT!!!!!!. Patutlah ... Sejak tu, saya serik nak makan ubat ini... Sekarang, bila dah berkahwin...makin parah... mulalah saya membuang banyak duit untuk membeli prosuk kurus...Jus Matelah...De Bella lah..dan macam-macam lagi.. Namun hasilnya tetap macam gini...gemuk dan berisi lagi... Semakin di fikir semakin gemuk....tak taulah.. Sebenarnya, bila saya fikir-fikirkan semula...agak membazir sahaja membeli produk-produk tersebut...Bukan apa... sebab produk-produk ini memanglah boleh mengguruskan badan saya...namun yang menyebabkan saya tidak kurus ini adalah masalah sikap saya sahaja. Semua berpunca sikap saya...suka makan...kejap-kejap nak makan.. saya ni sentiasa memasak makanan untuk anak-anak... kadang-kadang kita nak juga memasak makanan yang enak untuk suami dan anak-anak...tak kan kita nak tengok saja...makanlah bersama-sama... Dekat tempat kerja pula...kudapan mesti ada..kalau tidak dah mula gelabah...nak muntah sahaja bila perut ni kosong... Macam mana boleh kurus...kalau macam gini... Sekarang umur pun dah semakin meningkat...metabolisme badan pun sudah semakin menurun...kalori pun dah susah nak di bakar...tenaga pun dah semakin lemah... Rasanya, saya kena redha ajalah dengan ketentuan Tuhan ini...sememangnya saya berketurunan gemuk...cuma dikalangan adik-beradik saya kecil sikit saiznya... namun begitu bila orang tengok masih lagi dikatogerikan gemuk... Tetapi saya masih lagi berusaha supaya saya tidak terlampau gemuk...sebab bila terlampau gemuk , pelbagai penyakit akan mula menyerang...itu yang saya takut... Biarlah saya sihat dan boleh menikmati kehidupan ini...walaupun saya cubby.....

Selasa, Januari 04, 2011

KERING SEBELUM WAKTUNYA.......

"Kirim salam yea pada Pak Haji....." Pesan saya kepada Cikgu Mahani...Pak Haji manalah yang mahu dijumpanya tu...selama ini yang saya tau Pak Haji inilah penyelamat saya di awal-awal tahun ini... Pak Haji ini sangat berjasa kepada saya...bukan kepada saya tetapi kepada semua cikgu-cikgu juga...Kekadang Pak Haji ini jugalah yang menjadi penasihat kewangan kepada keluarga saya.... Siapa yea?...siapa lagi kalau tidak... TABUNG HAJI lah....banyak betul pengurusan akhir tahun dan awal tahun yang perlu dilakukan...banyak wang yang perlu dilaburkan dan juga dileburkan semata-mata untuk kebahagian anak-anak dan keluarga... Jadi, di sinilah tempat yang sesuai untuk saya mengadu nasib...sebab apa saya perlu ke sini?...Sebab...bulan ni saya sudah kering sebelum waktunya...... Saya rasa, bukan saya sahaja yang mengalaminya...semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah ..sudah pasti akan mengalami situasi ini...Sama ada tidak merujuk kepada Tabung Haji ..mungkin juga merujuk dengan bank-bank lain, mungkin juga ASB, atau lain-lain....Tetapi kalau dah susut sangat, janganlah sampai pinjam dengan ALONG....BAHAYA... Berbalik kepada kes saya...Manalah saya tidak kering...banyak betul yang perlu saya belanjakan...Sudah jenuh saya berjimat cermat namun masih juga tidak mampu untuk memenuhinya...Untuk anak-anak sahaja, saya perlu memperuntukkan lebih kurang RM500.00 seorang ... itu merangkumi pakaian, kasut, yuran, alat tulis, buku-buku...dan lain-lain lagi... ... Bayangkan anak saya yang bersekolah sahaja seramai empat orang...mana saya hendak mencari wang untuk membayar bil-bil lain...memang perbelanjaan melebihi daripada simpanan... Dalam banyak-banyak perbelanjaan, perbelanjaan untuk anak yang baru memasuki tadika...lagilah mahal...melebihi perbelanjaan kakak-kakaknya...KONTANG memang KONTANG.... Oleh itu, pada tahun ini saya rasa perlulah bagi saya merangka strategi perbelanjaan yang lebih telus lagi supaya saya tidak akan KONTANG lagi pada awal tahun hadapan...Lebih berjimat cermat lagi....Jadikan pengalaman ini sebagai pedoman di awal tahun hadapan... Untuk anak-anak, dengarlah dan perihatinlah dengan keluhan-keluhan ibu bapa anda....Kesianilah mereka...janganlah semata-mata memenuhi keselesaan diri anda, anda tidak menghiraukan keperitan ibu bapa anda...

Khamis, Disember 23, 2010

Tahniah!!!

Tahniah bagi mereka yang telah berjaya mendapat keputusan PMR dengan cemerlang..Buat pelajar-pelajar saya yang dikasihi terutama di kelas 3 Aktif..Tahniah lagi sekali Buat Alan (7A ), Tan Hui Ying (8A ), Thanusha ( 7A ), Nadrah ( 8A), Tiqah - kakak( 8 A )...saya memang dah menjangkakan keputusan awak semua...Tahniah buat atiqah (8A ), kavina ( 8A ) dan Krisnaveni ( 8A )...awak buat saya teruja kerana kesungguhan awak semua untuk berjaya telah tercapai..saya memang telah melihat pencapaian awak sejak dari percubaan lagi...Buat wani, tahniah juga walaupun mendapat 7A1B.. Tahniah juga pada SMK Taman Daya 2, kerana peratus PMR telah meningkat berbanding dengan PMR tahun lepas..walaupun beberapa peratus sahaja.. Tetapi dalam gembira ada sedih juga, bila peratus bagi mata pelajaran Geografi telah jatuh dengan banyaknya...tahun lepas dapat 89 peratus tetapi tahun ini hanya 82 peratus sahaja...jika begini kejatuhannya, maka saya sebagai ketua panitia Geografi kenalah bersedia dengan jawapan dalam mesyuarat post-mortem PMR nanti...Tapi menurut Tn Hj, keputusan Geografi bagi daerah Pasir Gudang sememangnya jatuh pada keseluruhannya...Akan tetapi saya tetap kena bersedia dengan jawapan dalam mesyuarat berkenaan.. Untuk Adhwa, walaupun kakak tidak mendapat keputusan yang secemerlang macam anak-anak murid mak tu..tapi di hati emak, kakak tetap cemerlang...Anggaplah itu semua rezeki diorang ..yang pasti kakak berusaha lagi untuk memajukan diri kakak di masa hadapan..Emak akan sentiasa menyokong dan membantu kakak supaya kakak akan berjaya macam mereka...Semua cikgu cakap kakak boleh..betul tak??? Emak nak tengok result SPM kakak cemerlang..Jangan hampakan harapan emak yea... Akhir sekali TAHNIAH bagi semua pelajar yang berjaya, bagi yang kurang berjaya.. masih ada peluang untuk anda semua berusaha dan mengubahnya...

Rabu, Jun 02, 2010

Selamat Datang Ke Pondok Siti

Assalaimualaikum, Alhamdulillah...Syukur kepada Allah swt kerana pada tarikh 1hb Jun 2010, saya berjaya membina blog saya sendiri...Kesedaran untuk membina blog ini adalah dari perasaan tercabar dengan kewujudan blog-blog yang direka oleh kawan-kawan sekerja yang lain..Sebenarnya keinginan untuk mempunyai blog sendiri sudah lama tersemai dijiwa saya ini tetapi kerana terlampau banyak kekangan waktu menyebabkan blog ini baru boleh dibina pada hari ini.. Diharap dengan kewujudan laman ini dapatlah kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang positif untuk diri kita, keluarga, masyarakat dan generasi akan datang. Terima kasih kepada suami tercinta, Yusran Kasim dan anak-anak kerana mereka sentiasa berada disisi saya sewaktu susah dan senang..Terima kasih juga kepada Razali Saaran kerana sudi menjadi mentor saya dan rakan baik saya, Sharipah Daud kerana sentiasa menyokong saya dari belakang dan akhir sekali kepada rakan-rakan yang tidak disebutkan nama, janganlah berkecil hati... Jemputlah datang ke pondok saya.....silakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...