Ahad, Januari 16, 2011

Menantu VS Mentua....

Saya bukan nak beri komentar tentang drama "Mentua Vs Menantu" lakonan Erra Fazera tu... tapi saya nak ulas sedikit tentang tajuk ini yang setakat ini belum habis-habis dipersoalkan.. Kenapa kita tidak boleh tinggal bersama-sama dengan mentua kita? Kenapa kita tidak boleh tahan dengan sikap mentua kita seperti memahami sikap emak kita sendiri? Persoalan itu, jawapannya ada pada diri kita sendiri...Kata orang apabila kita sudah berkahwin, kita akan berkahwin sekali dengan keluarganya sekali...betul ke? Pada saya sebagai seorang isteri, apabila kita berkahwin dengan seseorang lelaki..kita tidak boleh memisahkan talian darah antara ibu dan anak ...memanglah ..kita sebagai seorang wanita, kadang-kadang ingin menguasai suami kita seorang sahaja..dan kita tidak mahu rumah tangga kita dicampuri oleh orang lain..terutama sekali mak mentua.. Dan kita juga kena tahu bahawa syurga suami masih lagi di bawah tapak kaki ibu mentua..kita tidak boleh menafikannya...sehingga suami kita meninggal pun , fatwa ini tidak akan berubah.. Pergaduhan antara menantu dan mentua ini memang sejak dari dulu lagi....seperti dalam filem "ÏBU MENTUAKU" lakonan P. Ramlie tu... Jadi, kita sebagai menantu mestilah menganggap bahawa mentua kita tu seperti ibu kita juga... mana sama? Memanglah tak sama...tapi kalau kita layan dia seperti ibu kita juga sudah pasti emak mentua kita pun akan menyayangi kita juga.. Hal mengumpat..memburuk-burukkan nama...ketidakpuasan hati...memang sudah menjadi asam garam kehidupan jika kita sudah mengambil keputusan untuk tinggal bersama mentua kita... Perasaan negatif terhadap emak mentua memang tidak dapat dielakkan...kan syaitan berada di mana-mana sahaja...memang dah sifat syaitan tu untuk memporak perandakan kehidupan umat manusia...biarlah dia menjalankan tugasnya... Tetapi kita yang mempunyai akal fikiran, sudah pasti dapat mengkaji mana yang baik dan buruk kepada kita.. Sampai bila kita hendak memusuhi mentua kita?... jika kita bencikan mentua...macam mana kita hendak menghadapi hari-hari mendatang...sebab kita akan berjumpa dengan mereka jua akhirnya... Pada saya, saya sendiri pun tidak sanggup untuk duduk bersama-sama emak mentua saya...malahan emak saya sendiri pun saya tidak mahu tinggal dengannya...bukan saya tidak sayang dengan mak saya sendiri tetapi saya tidak mahu menyusahkan dia... Sebagai isteri, kita mestilah membuang jauh-jauh perasaan yang negatif dan kita mestilah lebih banyak mengalah..sikap ini penting supaya kita menjadi menantu yang disayangi.. Selalulah berfikiran positif terhadap mentua... buang yang keruh, ambillah yang jernih... Senanglah awak cakap macam gitu, awak tidak merasainya! Saya tau saya tidak pernah merasainya...tetapi saya pun ada rasa ketidakpuasan terhadap mak mentua saya...tetapi saya tidak cakap...dan saya cuba memahaminya...mungkin memang dah sikap dia macam gitu...Redha aja lah... P/s ...teks ini didedikasikan kepada adik ipar saya di Pahang.....Sabarlah dek....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...